Archives

2011 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Syndey Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 14,000 times in 2011. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 5 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

Perlu tutup sahaja blogtu?!

Bismillahirrahmanirrahim

kenapa lama tak menulis?

saya tiada masa, tiada idea, tiada cerita.

habis kenapa tak tutup sahaja blog?

saya diam, tiada jawapan.

2007-2011, kini usianya kian masuk ke 2012.

apa jadi kepada penulisnya?

kenapa tak tutup sahaja?

menganggu sungguh soalan ini.

susah lagi jawapannya daripada soalan test master saya.

sampai bila saya mahu teruskan?

saya tiada jawapan masa kini.

nantilah, saya tulis lagi.

senang sahaja berjanji.

tapi yang pasti,

saya belum bersedia untuk tutup lagi. ๐Ÿ™‚

tunggu sahaja teman-teman..

Cahaya Hijrah

โ€˜Kita nak pergi mana ni?โ€™ heran juga saya melihat jalan yang tidak biasa dilalui oleh sahabat saya jika kami keluar bersama.

Toyota camry yang dipandu terus bergerak laju di sebuah kawasan perumahan.

โ€˜Now, we are here. Come, turunlah, awak sure seronok di siniโ€™, ujar sahabat saya.

Namun akhirnya semuanya terjawab tatkala salah seroang penghuni rumah menyambut kami dan menyalami saya. Saya kira usianya sekitar 14 tahun, namun mata saya terpana melihat perutnya. Saya pasti kandungannya sekitar lima hingga enam bulan. Kunjungan kami di sini menemukan kami dengan 20 orang remaja lain. Allahurrabi, ada diantaranya masih dalam pantang.

Pengalaman menghabiskan masa selama sejam bersama penghuni Raudhatul Sakinah benar-benar memberi seribu satu pengalaman kepada saya. Niat awal ingin menemani sahabat sahaja untuk memberi tuisyen English percuma kepada penghuni, akhirnya membawa saya turut sama membantu mengajar mereka.

โ€˜Kak, saya menyesal dengan kesilapan yang saya lakukan, saya nak jadi baik kakโ€™, rintih seorang penghuni yang saya anggap sebaya adik saya ketika saya membuka sesi Q & A.Allahurrabi.

Mereka masih muda, seharusnya tempat mereka bukan disini. Mereka mengimpikan usia remaja seperti remaja-remaja yang lain, nikmat mengecapi pelajaran secara baik, bersama keluarga. Habis semua harapan dan impian. Sebaliknya mereka sekarang menggadaikan masa depan mengandungkan benih cinta kesan dosa silam.

Masihkah ada sinar harapan untuk mereka?

Saya tinggalkan penghuni Raudhatul Sakinah dengan perasaan yang sukar digambarkan. Jika punya masa dan kesempatan, pasti saya akan menziarahi mereka lagi.

Jujurnya saya kagum dengan sikap adik-adik yang saya temui. Allah masih sayangkan mereka, diberi peluang kali kedua untuk berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Alhamdullilah. Dalam kehidupan manusia biasa, fitrahnya manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Sebaik-baik mereka yang melakukan kesilapan adalah mereka yang kembali semula memohon taubat kepadaNYA. Banyak sekali iktibar yang diperolehi hasil hijrah yang dilakukan oleh mereka. Itulah tanda kasih sayang ALLAH kepada mereka.

Moga, kita sama-sama tanamkan azam, tekadkan hati, berhijrah ke arah yang lebih baik dari tahun-tahun yang sudah berlalu. Dalam usia pinjaman ALLAH yang berbaki, tiada masa lagi untuk kita persiakan. Salam maโ€™al hijrah, moga kalian sentiasa bersemangat meneruskan hari-hari mendatang!

Mencari erti cinta

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Jujur, sememangnya bukan bidang saya tatkala diajak berbicara soal hati dan perasaan. Saya lebih senang untuk berbicara mengenai isu semasa yang lebih kritikal dan sebagainya..ย  Namun, sedikit sebanyak kerosakan dan keparahan remaja masa kini disebabkan soal cinta yang tidak terkawal memanggil-manggil saya untuk berbicara berkenaannya. Gusar melihat keparahan akhlak dan keruntuhan remaja akibat mainan cinta. Belum lagi dilihat statistic penceraian yang berlaku. Terasa ingin menukar rentak penceritaan dalam blog saya ini. Ayuh berbicara mengenai cinta.

Saya mulakan dengan penceritaan kisah benar bagaimana tarikan โ€˜chemistyโ€™ antara uda dan dara ini berlaku. Seorang gadis cukup mencintai seorang pemuda yang tutur katanya telah menawan hatinya, kerana penampilan yang menarik hati dan dek kerana ketajaman pandangan mata si pemuda yang memikat, sehingga membuatkan si gadis tidak mahu kahwin kecuali dengannya dan menganggap bahawa kebahagiannya tidak dapat diraih, kecuali bila hidup dengannya.

โ€˜Semua yang ada padanya cukup untuk membuktikan bahawasanya dia adalah lelaki idolaku yang selama ini kucari-cari, kerana pada dirinya terdapat semua dambaan dari seorang lelaki yang selama ini kuimpikanโ€™, rintihan si gadis.

Kesan yang menarik ini kemudian berkembang menjadi perasaan yang bergelora penuh cinta dan menjejakkan kedua-duanya ke jinjang pelamin. Namun, langit tidak selalunya cerah. Belum genap 18 bulan perkahwinan mereka, pasangan ini berada di depan mahkamah syariah untuk mengemukakan proses penceraian sesudah kelemahan masing-masing dari mereka terbuka. Ruang kehidupan rumah tangga mereka diwarnai oleh rasa tidak suka antara satu sama lain.

Tamat pengakhiran kisah cinta uda dan dara.

Realiti yang sering berlaku, gelora perasaan cinta akan beransur pudar sesudah perkahwinan. Dengan demikian, bererti perkahwinan yang berjaya dapat diidentifikasikan sebagai hubungan yang berlandaskan cinta yang lebih mendalam pengertiannya dan lebih panjang usianya sebagai ganti dari perasaan cinta buta yang bergelojak hanya untuk sementara waktu. Pesan pada diri, carilah cinta yang mempunyai akar yang mendalam dan ditumbuhkan atas dasar saling mengerti dan memahami persamaan pengalaman , tiada yang lain demi bertujuan mecari redha Illahi.

Suka saya berkongsi teori cinta yang dikemukan oleh Dr Soul Gordon, dari Universiti Serakova,Amerika Syarikat, hasil bacaan ringkas saya menemui bahawa sesungguhnya jika kita dalam mabuk cinta, seluruh dunia ini seolah-olah berputar pada orang yang dicintai. Setelah perkahwinan berlangsung, datanglah seiring dengannya realiti lain untuk mebuktikan yang sebaliknya dan memupuskan semua persepsiย  indah kita sebelumnya. Demikian sudah, baru kita temui bahawa ternyata ada dunia-dunia lain yang seharusnya kita sedari kewujudannya, iaitu dunia saling mengerti, norma-norma dan berbagai jenis tradisi kehidupan.

Saya impikan yang terbaik.

Lantaran itu, setiap muslimah mengimpikan lamaran islami. Ternyata lamaran islami berbeza dengan jenis lamaran yang lain. Lainnya lamaran ini menggambarkan keikhlasan hati si pemuda untuk memperisterikan si gadis, kerana lamaran yang islami melibatkan orang yang menjadi wali bagi si gadis dalam menentukan pilihannya. Untuk itu, dia bertanyakan tentang sikapnya dalam berinteraksi dengan orang lain dan bertanyakan tentang agamanya. Tidak cukup sampai disitu sahaja, bahkan dia meminta kepada pihak lain untuk menyelidiki teman-teman rapatnya dan juga teman-teman pergaulannya. Selanjutnya, jika punya kesempatan dia sendiri duduk bersama untuk melihatnya dengan pandangan mata yang berbeza dengan pandangan mata si gadis. Ia mengajaknya berbicara dan mengajukannya pelbagai pertanyaan kepadanya sehingga dia dapat mengetahui banyak hal yang tidak dapat diketahui oleh si gadis yang belum berpengalaman dengan lelaki dan belum mengenal selok-belok mereka dalam menampilkan, selain apa yang mereka sembunyikan dalam dirinya.

Bila mana lamaran islami tidak diamalkan, demikianlah terusnya berlaku cinta monyet ini. Maka pihak masing-masing tidak akan melihat pihak lain yang menjadi pasangannya, kecuali hanyalah apa yang diimpi-impikan dan diangan-angankannya. Dia tidak akan mampu berfikir dan bersikap realisitik dan rasional terhadapnya.

Bukankah semuanya ini menjadi bukti yang jelas tentang keperluan lamaran islami tidak cukup sekadar cinta?

Ya Rabb, temukanlah insan yang terbaik untuk hambaMU ini. Ameen.

p/s :ย  saya mohon maaf, andainya bahasa kurang puitis bila berbicara mengenai cinta. namun, tiada niat lain melainkan sedikit perkongsian untuk manfaat bersama. aduhai, niat awal ingin ulas mengenai BTN namun keluar idea lain bila diajak berbicara berkenaan cinta.

Polemik Profesion Perguruan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Syukur, di tengah kesempitan yang ada, saya masih punya ruang untuk menulis. Hawa tidur, adam dan sofea ke tadika, kerja rumah juga selesai sepenuhnya, maka peluang keemasan untuk menulis.

Kelazimannya, dunia pendidikan dan profesion perguruan sememangnya tidak sunyi dari kemelut dan polemik yang berpanjangan. Jujurnya, saya tidak betah hanya duduk diam memerhati sahaja perkembangan ini berterusan. Biarpun belum bergelar guru, namun jika punya kesempatan dalam beberapa ketika,biiznillah, saya akan bergelumang dengan dunia sebenar sebagai guru.

Sempat saya mengikuti rancangan ‘Astro Awani’ berhubung dengan pelancaran Standard Guru Malaysia. Panel yang ditampilkan amat dekat dengan saya, Pensyarah Pendidikan di UKM dan Presiden NUTP (En Hashim). Saya pernah berurusan secara langsung dengan Presiden NUTP bagi menyelesaikan isu posting. Dan tuntasnya,ย  kupasan mereka sememangnya memberi sedikit sebanyak gambaran sebenar hasrat kerajaan terhadap guru.ย  Standard Guru Malaysia (SGM) bertujuan memartabatkan profesion perguruan ke suatu aras yang lebih tinggi. Modulnya cukup cantik dan jika mampu diimplementasikan dengan berkesan.

Namun, saya masih gusar, bagaimana harus memastikannnya bukan satu lagi ‘projek politik’ย  yang akan mengganggu P&P para guru, dieksploitasi oleh pentadbir sekolah untuk menekan para guru supaya menyediakan pelbagai laporan dan statistik yang akhirnya akan digunakan oleh pihak pentadbir sebagai bukti untuk kecemerlangan kerjaya mereka sahaja!

Realitinya, pentadbir sekolah berjaya merangkul pelbagai anugerah dan pujian, malangnya para guru pula semakin tertekan dan para pelajar yang akan menjadi mangsa.

‘Hanis, nanti pergi sekolah, jangan berani-berani tegur pelajar, just buat kerja kamu, dan ikut silibus, guru sekarang bukan macam dulu lagi‘ nasihat kak ngah saya.

‘Ustaz duduk kat mana? Berani sangat nak tegur saya, saya akan saman ustaz’ cerita abang ngah saya yang realitinya mahu mendidik namun dia pula yang diugut pelajarnya.

Persoalannya, bagaimana SGM mampu untuk membantu para guru dalam menangani situasi sebenar di sekolah? Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.ย  Masih terlalu awal untuk memberi penilaian, saya yakin dalam tempoh 5 tahun ini kita akan menilai semula keperluan SGM pada guru.

Saya masih lagi memikirkan masihkah punya kerelevanan di masa kini yang menyatakan ‘guru ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain’?ย  Kadang-kadang ianya juga lebih cocok ditukar dengan frasa baru, ‘guru berusaha memberi yang terbaik pada pelajar, alih-alih keretanya pula yang dibakar’.

Aduhai, saya kira kemelut profesion guru akan berterusan. Tertanya-tanya adakah saya bersedia jadi guru atau mungkin boleh tukar profesion sebagai surirumah tangga sahaja?

Cukup sekadar maksimum 12A?

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Isu yang semakin hangat dibincangkan sejak mutakhir ini sememangnya cukup menarik untuk difikirkan dan dibahaskan dengan baik. ย Apatah lagi apabila ianya melibatkan perubahan dalam sistem pendidikan Negara kita. Kesannya cukup besar dalam melahirkan individu-individu yang cemerlang dari aspek intelektual.

Persoalannya cukupkah sekadar maksimum pelajar-pelajar 12A?

Secara peribadi, pabila dasar ini dikeluarkan, saya sememangnya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir. Adakah perlu disekat potensi yang ada pada pelajar-pelajar. Berilah kebebasan kepada mereka untuk memilih dan mempelajari lebih banyak subjek kerana disitu mereka akan punya peluang untuk meneroka lebih banyak ilmu. Dalam dunia yang semakin hari semakin deras dihambat arus permodenan, pelajar semakin bijak memilih, mencatur, dan merancang masa depan mereka sesuai dengan keperluan zaman. Kerugian besar, apabila ruang yang disediakan tidak cukup untuk mereka berpencak dengan baik sebagai seorang pelajar.

โ€˜Orang pakat-pakat nak dapat banyak A, tapi kita pula pakat-pakat nak sekat bagi depa dapat sikit Aโ€™

Realiti sebenarnya, kita tidak dapat mencungkil potensi sebenar keupayaan pelajar kita dan ia menjadikan gred pelajar 12A adalah paling maksimum.ย 

Suka saya membawa pembaca budiman melihat sejarah kejayaan pelajar-pelajar yang sememangnya berjaya meraih keputusan SPM terbaik Negara dengan bilangan A yang melebihiย  12A. Mereka ini figura-figura biasa yang berusaha secara luar biasa. Lantas natijahnya mampu untuk memberiย  inspirasi pada semua.

Tahun Nama Sekolah Keputusan
2003 Ahmad Atiq Abdul Hamid Sekolah Menengah La Salle Klang, Klang 14 1A, 1 2A
Nicholas Pang Tze Ping Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu 14 1A, 2 2A
Celestina Johnny Bouniu Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu 16 A
2004 Nur Amalina Che Bakri Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor 17 1A
2005 Chin Shiang Jin Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu 15 1A
Esther Elizabeth Jack Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu, Klang 15 1A
Chong Huey Ee SMK (P) Treacher Methodist, Taiping 15 1A, 1 2A
2006 Siti Fatimah Mukhtar Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu 17 1A
2007 Azali Azlan โ€“ Gambar (memecah rekod SPM Terbaik 2004) SMK Agama Yan 20 1A 1 2A
2008 Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal SMA (Agama) Maahad Muhammadi (Perempuan) 19 1A 1 2A

Kementerian sepatutnya melihat dari sudut kurikulum dan ko-kurikulum yang yang lebih praktikal seperti mana yang dilaksanakan di sesetengah ipt selain daripada merubah dan menghadkan pengambilan 12A.

Pada tahun 2008, 442,936 yang menduduki peperiksaan SPM dan lebih 100,000 pelajar yang tiada tempat ke mana-mana IPT mewakili 22.6 %. Oleh itu, pelaksanaan kurikulum yang efektif membantu pelajar berdikari dari mempelajari teori untuk menduduki bangku peperiksanaan semata-mata. Contohnya, kajian seharusnya dilakukan supaya pembelajaran teori dan praktikal bergerak seiring sebagaimana kaedah pembelajaran politeknik, teori dan praktikal berjalan selari.

Jujurnya, baru sahaja saya bersemangat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang seperti adik Madihah yang cemerlang akhlaknya disamping bilangan A yang maksimum. Hakikatnya, hanya para pelajar yang pernah merasai betapa ‘pahit’nya kegagalan akan mengetahui betapa ‘manis’nya hakikat kejayaan.

Papadom : Erti kasih seorang ayah

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

‘Mak teh, adam nak tengok papadom’

‘Jom tengok sama-sama, nantiย mak teh pasang’

Jarang sekali saya menonton filem melayu keluaran anak jati Malaysia. Mulanya hanya niat untuk menemani adam sahaja menonton filem, namun sekejap sahaja seisi keluarga saya turut sama melihat filem tempatan ini. Ternyata, tema kekeluargaan kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya sememangnya tidak mengecewakan. Filem yang sarat dengan elemen-elemen kasih sayang, kekeluargaan sesuai sekali ditonton bersama. Sekadar hiburan santai. ย ย Tiada keraguaan apabila filem arahan Afdlin Shauki ini berjaya memenangi filem terbaik festival filem malaysia.

Papadom

Watak yang dimainkan oleh afdlin seorang papa yang bernama Saadom dan membuka perusahaan nasi kandar dan antaraย menuย yang istimewa ialah ‘pepedam’ (saya tidak pasti ejaannya). Kegigihan seorang ayah yang ingin sekali memberi yang terbaik untuk satu-satunya anak perempuannya Maisara setelah kematian isterinya sehingga memberikan impak yang besar pada kehidupan anaknya. Itulah kasih sayang tanpa syarat seorang ayah. Biarpun menuntut seribu satu pengorbanan. Gelagat afdlin yang pelbagai mengheret kami turut sama ketawa, sedih dan gembira sepanjang menonton filem ini.

Kehidupan remaja kota yang mengalami ‘culture shock’ apabila berada berjauhan dengan ibu bapa dipaparkan dengan sebaiknya melalui watak ‘Miasara’. Di saat-saat diri ditimpa masalah, barulah dia sedar bahawa hanya ayahnya sahaja yang mampu memberi perlindungan dan kasih sayang padanya.

‘Mia sayangkan papa, cuma mia juga mahu rasa bebas daripada konkongan papa’.ย 

Filem ini mengkritik skil โ€˜parentingโ€™ yang silap. Saadom percaya, wang mampu melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya. Hakikatnya wang bukanlah segalanya, sebaliknya wang hanya sebahagian dari segalanya. Tidak sedikit ibu bapa percaya, dengan menyediakan material yang banyak itu sudah memadai untuk anak-anak tumbuh dan membesar dengan baik. Manakala dari kelompok yang lain pula, ramai juga ibu bapa yang tidak berusaha dengan sungguh-sungguh dan terbaik untuk menyediakan material dan prasarana yang cukup untuk keluarga.

Papadom sememangnya berjaya membawa tema erti kasih seorang ayah. Sesuai ditonton semua. Filem ini membuat kita pulang ke rumahย  menyelak semula album gambar kenangan famili masing-masing. Cuba ambil masa, berilah penilaian, bahawasanya AYAH anda yang terbaik, insyaALLAH.

ps : teringat kasih ayahanda yang sentiasa memberi yang terbaik untuk kami adik beradik. ๐Ÿ™‚

Syair seorang hamba

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Mungkin ramai yang masih belum tahu bait-bait syair terakhir oleh imam Al-Ghazali sebelum menghembuskan nafas terakhir.Alhamdullilah saya perolehinya dari seorang sahabat, moga-moga sama-sama mendapat manfaat.

ุฅู„ู€ูŠู€ู€ูƒ ุฅู„ู€ู€ู€ู‡ ุงู„ู€ุฎู€ู„ู€ู‚ ุฃุฑูู€ู€ู€ู€ุน ุฑุบู€ุจู€ุชู€ู€ูŠ

kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

ูˆุฅู† ูƒู€ู†ู€ุชู ูŠู€ู€ุง ุฐุง ุงู„ู€ู…ู€ู€ู† ูˆุงู„ู€ุฌู€ู€ูˆุฏ ู…ู€ุฌู€ุฑู…ู€ุง

sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ูˆู„ู€ู…ู€ู€ุง ู‚ู€ุณู€ู€ุง ู‚ู€ู„ู€ุจู€ูŠ ูˆุถู€ุงู‚ู€ู€ุช ู…ู€ุฐุงู‡ู€ุจู€ู€ูŠ

tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

ุฌู€ุนู€ู„ู€ุช ุงู„ู€ุฑุฌู€ู€ุง ู…ู€ู†ู€ู€ูŠ ู„ู€ุนู€ูู€ูˆูƒ ุณู€ู„ู€ู…ู€ู€ุง

kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

ูู€ู…ู€ุง ุฒู„ู€ู€ุชูŽ ุฐุง ุนู€ูู€ูˆ ุนู€ู€ู† ุงู„ู€ุฐู†ู€ุจ ู„ู€ู€ู… ุชู€ุฒู„

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

ุชู€ู€ุฌู€ู€ูˆุฏ ูˆ ุชู€ุนู€ู€ูู€ู€ูˆ ู…ู€ู€ู†ู€ู€ู€ุฉ ูˆุชู€ูƒู€ู€ุฑู…ู€ู€ุง

bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ุฃู„ู€ู€ุณู€ู€ุช ุงู„ู€ู€ู€ู€ุฐูŠ ุบู€ุฐูŠู€ุชู€ู†ู€ูŠ ูˆู‡ู€ุฏูŠู€ุชู€ู†ู€ู€ูŠ

bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ูˆู„ุง ุฒู„ู€ู€ู€ู€ุช ู…ู€ู†ู€ุงู†ู€ู€ุง ุนู€ู€ู„ู€ู€ู€ูŠู‘ ูˆู…ู€ู†ู€ุนู€ู…ู€ู€ุง

dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan niโ€™mat itu kepadaku

ุนู€ุณู€ู‰ ู…ู€ู€ู† ู„ู€ู€ู‡ ุงู„ุฅุญู€ุณู€ู€ุงู† ูŠู€ุบู€ูู€ุฑ ุฒู„ู€ุชู€ู€ูŠ

semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ูˆูŠู€ุณู€ุชู€ู€ุฑ ุฃูˆุฒุงุฑูŠ ูˆู…ู€ู€ู€ู€ุง ู‚ู€ู€ู€ู€ุฏ ุชู€ู‚ู€ู€ุฏู…ู€ู€ุง

dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

ูู€ู€ุฅู† ุชู€ุนู€ู ุนู€ู†ู€ู€ูŠ ุชู€ุนู€ู€ู ุนู€ู€ู€ู† ู…ู€ุชู€ู…ู€ุฑุฏ

sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ุธู€ู€ู„ู€ู€ูˆู… ุบู€ู€ุดู€ู€ูˆู… ู„ุง ูŠู€ู€ุฒุงูŠู€ู€ู€ู„ ู…ู€ุฃุชู€ู€ู…ู€ู€ุง

kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

ูˆ ุฅู† ุชู†ู€ุชู€ู‚ู€ู… ู…ู€ู€ู†ู€ู€ูŠ ูู€ู„ู€ุณู€ู€ุช ุจู€ู€ุขูŠู€ู€ุณ

dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ูˆู„ู€ู€ู€ูˆ ุฃุฏุฎู€ู„ู€ู€ูˆุง ู†ู€ูู€ุณู€ูŠ ุจู€ุฌู€ู€ุฑู… ุฌู€ู‡ู€ู†ู€ู…ู€ุง

sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

ูุตูŠู€ุญู€ุง ุฅุฐุง ู…ู€ู€ุง ูƒู€ู€ุงู† ูู€ู€ู€ูŠ ุฐูƒู€ู€ู€ุฑ ุฑุจู€ู€ู€ู‡

dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

ูˆููŠู…ุง ุณูˆุงู‡ ููŠ ุงู„ูˆุฑู‰ ูƒุงู† ุฃุนุฌู…ุง

tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

ูŠู€ู‚ู€ู€ูˆู„: ุญุจู€ูŠู€ุจู€ูŠ ุฃู†ู€ู€ู€ุช ุณู€ุคู„ู€ู€ูŠ ูˆุจุบู€ูŠู€ุชู€ูŠ

dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

ูƒู€ูู€ู€ู‰ ุจู€ู€ู€ูƒ ู„ู„ู€ุฑุงุฌู€ูŠู€ู† ุณู€ู€ู€ุคู„ุง ูˆู…ู€ุบู€ู†ู€ู…ู€ุง

cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

ุฃุตู€ู€ู€ู€ู€ูˆู† ูˆุฏุงุฏูŠ ุฃู† ูŠู€ุฏู†ู€ู€ุณู€ู€ู‡ ุงู„ู€ู€ู€ู‡ู€ู€ู€ูˆู‰

kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

ูˆุฃุญู€ู€ูู€ู€ุธ ุนู€ู€ู‡ู€ู€ุฏ ุงู„ู€ู€ุญู€ู€ู€ุจ ุฃู† ูŠู€ุชู€ุซู€ู„ู€ู…ู€ุง

dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

ูู€ูู€ูŠ ูŠู‚ุธู€ุชู€ูŠ ุดู€ู€ูˆู‚ ูˆูู€ู€ูŠ ุบู€ูู€ูˆุชู€ูŠ ู…ู€ู†ู€ู€ู‰

di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

ุชู€ู€ู„ุงุญู€ู€ู‚ ุฎู€ู€ุทู€ู€ูˆูŠ ู†ู€ู€ุดู€ู€ูˆุฉ ูˆุชู€ุฑู†ู€ู€ู…ู€ู€ุง

yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

ูู€ุฌู€ุฑู…ู€ูŠ ุนู€ุธู€ูŠู€ู… ู…ู€ู€ู€ู† ู‚ู€ุฏูŠู€ู€ู… ูˆุญู€ู€ู€ู€ุงุฏุซ

maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

ูˆุนู€ูู€ู€ูˆูƒ ูŠู€ุฃุชู€ู€ูŠ ุงู„ู€ุนู€ุจู€ุฏ ุฃุนู€ู„ู€ู€ู‰ ูˆุฃุฌู€ุณู€ู…ู€ุง

dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

ps : Al-fatihah untuk rakan saya, Arwah Nur Asyikin Ahmad Termizi, sem 7, kimia, yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. tidak sempat berpraktikal bersama, 4 tahun sekuliah. allhurrabi.

Barack Obama Win!

Bismillahirrahmanirahim.

ALHAMDULLILAH.

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan tsunami politik rakyat Amerika Syarikat pertama yangย merupakan orang kulit hitam pertama yang menjadi Presiden Amerika. Rakyat Amerika juga dilanda tsunami politik.

Barack Obama is now the president-elect of the United States after running a long and gruel race, firstly by defeating Hillary Clinton in the Democratic primaries and then defeating John McCain in the presidential elections.
Di Washington Senator Barack Obama berjanji kepada rakyat Amerika Syarikat akan membawa negara itu ke era baru yang diharapkan semua pihak.

“Pilihan raya itu merupakan satu detik yang bermakna ke arah perubahan Amerika,” kata Obama ketika berucap pada kemenangannya di hadapan kira-kira 240,000 penyokongnya di Chicago Rabu lalu.Manakala lawannya Mc Cain mengaku kalah dalam pemilihan tersebut.

Era Bush telah ditinggalkan. Ini yang rakyat Amerika mahukan. Mereka memerlukan revolusi dalam pemerintahan Barack Obama kali ini.

Semua bangsa di dunia ini sama ada mereka berkulit putih atau hitam sama di sisi Allah, dan apa yang membezakan antara mereka ialah ketaqwaan terhadapNya.

P/S : Kemenangan itu harus diisiย danย jugaย kemenangan sayaย  sahabat-sahabat di UPSI.

ROS oh ROS

“Mak, Orang nak buat ROS di SRK Kota”.” Ape ROS 2 ?”.” La, bla, bla, bla…….” “Ooooo baru mak faham.””Baik2la semasa buat ROS tu.Tegur mantan guru kita.Jangan menyombong dan bangga diri.Tanpa jasa2 mereka, siapalah kita sehingga jadi ke tahap ini.Apapun, selamat maju jaya dalam segala lapangan.”

Ikhlas daripada EMAK untuk anakanda HANIS