Archive | January 2009

Menemui Kebesaran ALLAH di KERIS 09

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

KERIS 09, (Kem Jati Diri Muslim 09) ,telah selamat melabuhkan tirainya pada 26 Januari 2009. Kem yang dijadualkan 24-26 Januari merupakan anjuran Kelab Rakan Surau Ar-Rashidin bersama dengan Biro Latihan & Pembangunan Sahsiah Kolej Harun Aminurrashid meninggalkan kesan yang bermakna kepada saya terutamanya. Ini merupakan anjuran julung-julung kalinya, dan  saya selaku ahli rakan surau telah  mendapat taklifan sebagai unit pengisian dan modul berusaha memberikan yang terbaik kepada para peserta biarpun masih banyak ruang yang menuntut untuk diperbaiki.

Andai ada lafaz yang lebih mulia daripada ucapan terima kasih, itulah lafaz yang ingin saya ucapkan kepada para peserta KERIS 09 kerana komitmen yang cukup baik dan sahabat-sahabat urusetia, biarpun ada beberapa perkara yang menjadi halangan kita. Semoga kefahaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.

Apa yang paling bermakna, adalah semasa slot muhasabah yang berlangsung pada pukul 1pg-3 pg, menemukan kami dengan kebesaran ALLAH. Slot ini diadakan khas untuk para peserta bermuhasabah dan bermunajat. Kalimah ALLAH ditemui dalam gambar yang kami ambil.

SLOT MUHASABAHdsc05266

Ini pertama kali saya menyaksikannya, dan ianya bukan dibuat-buat. Malah, kami selaku urusetia melihat gambar ini berkali-kali. Subhanallah. Kami menemui kebesaranMU ya ALLAH.  Pancaran api lilin yang kami susun dan letakkan pada setiap peserta untuk bermunajat  membentuk kalimah ALLAH. 

Walaubagaimanapun, setiap perkara yang berlaku harus diambil iktibar dan pengajaran. Dan sememangnya, saya sentiasa berharap agar program seumpama ini dijadikan program wajib tahunan untuk Rakan Surau Ar-rashidin, InsyaALLAH.

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Unit Pengisian dan Modul

KERIS 09

Taklimat Pindaan AUKU

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

22hb Januari 2009

Bagi memurnikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2009, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan pemimpin-pemimpin mahasiswa untuk memberi penerangan mengenainya. Dan, saya kira keputusan saya ambil untuk menghadiri taklimat pindaan AUKU di saat-saat akhir merupakan keputusan yang tepat. Input yang diperolehi hasil penerangan dan sesi soal jawab bersama dengan individu-individu penting yang terlibat dalam pindaan AUKU melihatkan satu budaya yang sihat dan harus diimplementasikan dalam kehidupan seharian selaku mahasiswa.

Bertempat di PICC, Putrajaya, penerangan telah disampaikan oleh Prof Dr Shaik Md Noor Alam Bin S.M Hussain daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan salah seorang individu penting dalam pindaan AUKU yang terbaru. Untuk pengetahuan mahasiswa/i, akta pindaan 2009 akan bermula secara rasmi pada 1 Februari 2009. Taklimat ini dihadiri oleh universiti-universiti yang berada di zon tengah (UKM, UPM, UPNM, UM,UTM KL dan beberapa lagi IPTA)

Antara bahagian-bahagian penting yang saya ketengahkan disini adalah

# Syeksyen 15 (yang baharu) Hak Berpersatuan.

1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang, dalam/luar Universiti, dalam atau luar Malaysia, kecuali :

a) mana-mana parti politik, dalam atau luar negara

b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, dalam atau luar Malaysia

c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan diberitahu secara bertulis kepada Naib Cancelor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Pertubuhan badan dan kumpulan pelajar yang ditubuhkan di bawah perlembagaan turut diberi hak yang sama dan tertakluk kepada sekatan yang sama.

Selepas Menteri menyatakan/menamakan kepada Naib Canselor pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan beliau sebagai tidak sesuai adalah menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar, atau pertubuhan pelajar berkenaan

Pengecualian : Naib Canselor boleh, atas permohonan pelajar, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan 15(1)(a)

*contoh : ahli politik menjadi pelajar

Ssksyen ini walaubagaimanapun telah menimbulkan beberapa persoalan yang saya kira perlu dianalisa semula oleh pihak KPT.

Secara peribadi, saya telah melontarkan 3 persoalan kepada panel untuk dijawab. Berikut adalah soalan yang telah saya utarakan

1) Melihat kepada pindaan AUKU 2009, secara umumnya melihat kepada Naib Canselor mempunyai autoriti dalam menentukan kesalahan tatatertib pelajar dan keputusan-keputusan penting dalam universiti, adakah pihak KPT menyediakan badan-badan khas atau berkecuali untuk  memantau kuasa yang diberikan kepada NC bagi mengelakkan wujudnya ‘political mailage’ ataupun kepentingan politik dalam melaksanakan AUKU 2009?

2) Apakah KPT menyediakan kriteria-kriteria khusus  ataupun senarai khas dalam menetapkan pertubuhan, badan-badan yang dibenarkan untuk para pelajar menyertainya?

3) Cadangan, AUKU diimplementasikan kepada mahasiswa/i , jika boleh ada antara wakil mahasiswa dalam melihat dan memberi cadangan dalam melakukan pindaan AUKU.

InsyaALLAH, saya akan mengulas mengenainya daripada semasa ke semasa. Namun, untuk melihat kepada keberjayaan pindaan AUKU ini, ianya mengambil masa 5 tahun. Persoalannya, adakah mahasiswa/i sedar mengenainya dan memikirkan kesannya?

‘Transform With Knowledge’

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI sesi 2008/2009

Raikan bersama keluarga

027

SELAMAT MENYAMBUT  TAHUN BARU CINA 

&

SELAMAT BERCUTI

‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI sesi 2008/2009

Berita daripada Bahagian Akademik (II)

23 Januari 2009

Sumber : Bahagian Akademik UPSI

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Ada beberapa maklumat penting yang baru sahaja saya perolehi hasil pertemuan dan perbincangan dengan bahagian akademik UPSI berhubung dengan isu mahasiswa/i.

1) Borang posting

Untuk makluman mahasiwa/i, borang posting hanya boleh diisi selepas tamat praktikum, iaitu apabila pihak akademik telah menghantar surat tamat pengajian. Ini disebabkan, data hanya akan dihantar ke pihak Kementerian Pelajaran Malaysia selepas mendapat kelulusan senat. Pengisian borang posting adalah secara online di website KPM.

2) ROS (Rancangan Orientasi Sekolah)

Mesyuarat bahagaian akademik bersama dengan unit latihan mengajar pada 21hb Januari 2008, telah menetapkan ROS hanya perlu dibuat sekali sahaja sepanjang sesi pengajian di UPSI.  Sehubungan dengan itu, bagi mahasiswa/i yang telah membuat ROS 1 (di sekolah rendah) tidak perlu lagi untuk membuat ROS 2. Namun yang demikian, bagi mahasiswa/i yang masih belum membuat ROS, mereka perlu membuatnya di sekolah menengah dan boleh dibuat bila-bila masa sahaja dalam tempoh 2 minggu semasa cuti.  Masa paling akhir ROS adalah 2 minggu sebelum pergi latihan mengajar. 5% daripada markah ROS menyumbang kepada markah latihan mengajar. Perubahan tertakluk pada fakulti.

3) Study week

Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI  telah menghantar surat permohonan ‘study week’ kepada Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Akademik. Namun demikian, TNCA masih berada di luar negara (Iran) atas urusan kerja sehingga 1 februari 2009. Kami akan memaklumkan perkembangannya daripada masa ke semasa.

5) Jumlah minimum jam kredit

Mahasiswa/i seharusnya mempunyai jumlah minimum jam kredit iaitu sebanyak 12 jam bagi setiap semester. Ini tertakluk kepada peraturan akademik yang telah diluluskan oleh senat.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan mahasiswa/i dapat memperolehi input-input yang terbaru bagi meneruskan kesinambungan di bumi UPSI. Semoga kejayaan mengiringi kita semua. Saya mengalu-alukan setiap komen, cadangan dan penambahbaikan daripada mahasiswa/i.

‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009

UPSI

Tahniah & Takziah

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Seminggu sudah saya meninggalkan blog. Banyak sebenarnya yang ingin dicurahkan, namun saya punya sebab lain yang harus didahulukan. Minggu ini terjadinya pelbagai pertandingan yang menemukan kumpulan-kumpulan tertentu dalam memilih siapa yang terbaik di kalangan mereka. PRK Kuala Terengganu dimenangi oleh YB Wahid, manakala anugerah juara lagu menyaksikan faizal tahir tetap unggul biarpun tidak memenangi juara keseluruhan. Tahniah!

Sekalung tahniah & takziah daripada saya untuk sahabat-sahabat baru, kenalan-kenalan lama yang telah memenangi kerusi Pilihanraya Kampus 2008/2009 baru-baru ini. Sudah pasti kemenangan itu merupakan sesuatu yang manis dan sukar digambarkan kerana PRK merupakan medan tarbiyah yang utama di kampus. Saya yakin sahabat-sahabat telah melalui tarbiyah yang berkesan apabila terpaksa berdepan dengan fitnah yang bertebaran. Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kemenangan itu di pihak mereka yang benar.

Pesan pada diri

Seseorang yang menjadi pemimpin mahasiswa jika diteliti dengan mendalam, sebenarnya berada dalam proses melaksanakan amanah perhambaan dan kekhalifahan. Islam dan ajarannya mengiktiraf peranan dan tujuan manusia diturunkan ke muka bumi sebagai hamba dan khalifah. Manusia sebagai hamba perlu melaksanakan segala arahan dan meninggalkan larangan yang termaktub dalam syariah. Ibadah perlu dilaksanakan tanpa sebarang bantahan dan hanya keredhaan Allah yang diharapkan.

Allah swt telah menyatakan dalam Al-Quran bahawa tujuan penciptaan makhluk khususnya manusia dan jin itu tidak lain kecuali untuk menyembah-Nya (Az-Zariat : 56).

Pemimpin mahasiswa juga mempunyai peranan yang sama cuma yang berbeza adalah suasana dan skopnya sahaja. Pemimpin mahasiswa perlu melaksanakan amanah sebagai ‘khalifah di kampus’ dengan berusaha supaya semua pelajar akan terbela kebajikannya, suasana yang sejahtera dan kondusif di kampus diwujudkan, dan penghayatan budaya ilmu harus disemarakkan. Tambahan lagi, bagi memastikan usaha memimpin suasana kampus ini akan lebih berkesan, pemimpin mahasiswa perlu memastikan penggantungharapannya hanya kepada yang Maha Esa. Tidak kira agama apa yang dianuti, keyakinan kepada ketentuan tuhan itu perlu diperteguh sebagai bekalan menjalankan tugas kepimpinan. Doa dan harapan, perlu sentiasa dipohon ke hadrat Ilahi. Bantuan dan pertolongan perlu diminta daripadaNya supaya ditunjukkan jalan penyelesaian.

16739d4cbd07f5e7568c80126ae726f1

Hakikat kemenangan itu merupakan sesuatu yang harus dikekalkan, dan perjalanan masih jauh!

Fosforus Putih yang memudharatkan

Bismilahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH.

Syukur ya ALLAH, masih diberi kesempatan untuk menulis. InsyaALLAH masih ada isu-isu mahasiswa UPSI yang menuntut untuk diselesaikan dalam sedikit waktu lagi. Moga diri ini mampu untuk meneruskan amanah yang diberikan.

Memulakan sesi kuliah yang agak padat selaku mahasiswa yang berbaki tiga semester lagi di bumi UPSI sedikit sebanyak membantu untuk mengisi usia muda dengan gerak kerja yang bermanfaat. Semoga menjadi kredit di akhirat kelak InsyaALLAH.

Perbincangan dengan sahabat-sahabat sekuliah mengenai isu Palestin masih belum redha. Isu ini isu ummah, maka biarpun di mana kita berada, semoga kita tidak jemu untuk berdoa keselamatan rakyat Palestin. Selaku bakal guru kimia dan belajar mengenai unsur kimia, saya dan beberapa sahabat cukup terkesan dengan penggunaan bom fosforus putih dalam serangan Israel Laknatullah kepada rakyat Palestin. Sempat kami mengadakan perbincangan mengenainya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan yang sangat penting dan menakjubkan. Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia. Penemuan ini juga mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan seperti pembangunan senjata nuklear. Pembinaan senjata nuklear menggugat keselamatan dunia secara menyeluruh.

g-fig1-131

Seharusnya kita hendaklah menghayati dan menghargai anugerah Tuhan yang telah mencipta pelbagai bahan dalam alam yang boleh digunakan untuk kesejahteraan umat manusia.

Penemuan Fosforus yang dimanipulasikan

Ketika askar-askar Yahudi dan kereta kebal mara ke Gaza, bedilan meriam dilepaskan sehingga mencetuskan kepulan asap putih.

Tompokan putih fosforus boleh menyebabkan seseorang itu melecur di badan dan penggunaannya adalah diharamkan terhadap orang awam berdasarkan Perjanjian Geneva pada 1980.

Seorang lagi pakar ketenteraan Israel menyatakan letupan-letupan berwarna putih itu adalah bagi tujuan ‘membutakan’ penglihatan musuh.

Akhbar Times dari Britain berkata pihak Zionis Israel menghujani seluruh Gaza dengan fosforus putih yang diharamkan penggunaannya seluruh dunia kerana akan menyebabkan kebakaran dahsyat kepada orang awam. Times menyatakan bahawa tentera Amerika dan British di Iraq turut menggunakan senjata tersebut menentang orang awam, tetapi ia berhujah bukan haram sekiranya digunakan sebagai satu “penutup asap”. Akhbar menambah bahawa penggunaan bagi senjata tersebut di Gaza , satu penempatan terpadat di dunia mungkin akan menyebabkan kebakaran yang dahsyat, di mana setakat ini lebih daripada 550 Rakyat Palestin telah terbunuh 2,300 orang lain tercedera.

Saya bimbang penggunaan bom kimia itu boleh mengakibatkan kesengsaraan lebih dahsyat kepada orang awam Palestin.Cukuplah unsur kimia itu dimanipulasikan!

Palestin Menangis, Mahasiswa Harus Responsif

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan serangan rakus Israel terhadap Palestin. Rentetan daripada serangan tersebut, jumlah angka syahid dan mangsa yang tercedera kian meningkat. Biarpun berada dalam keadaan “condusive surrounding” hakikatnya mahasiswa seharusnya lebih respon dengan isu semasa.

401780659l

Antara ciri istimewa mahasiswa adalah kemampuan inteleknya. Seharusnya, selaku mahasiswa kita disarankan memanfaatkan kemampuan intelek yang dikurniakan dengan sentiasa bersikap responsive pada isu-isu yang berlaku di sekeliling kita samaada isu-isu yang bersifat nasional ataupun antarabangsa. Kemampuan dari segi intelektual dan kemahiran berfikir serta menganalisis maklumat adalah sangat penting bagi menghadapi situasi sebenar pasca graduasi. Mahasiswa yang matang dan lengkap dengan ilmu dan kemampuan intelektualnya tidak akan mudah melatah dengan perubahan-perubahan semasa.

Dunia kampus dilihat sebagai tempat yang paling ideal dalam usaha untuk menyuburkan budaya intelektual dan lebih responsive kerana suasana persekitarannya tidak dapat tidak membantu dalam usaha melahirkan mahasiswa yang bersikap responsive tersebut. Kehidupan selaku mahasiswa di kampus mempunyai rutin-rutin yang menggalakan menjadi seorang yang responsif. Sebagai contoh, mahasiswa akan menghadiri kuliah, berdiskusi dan berdialog dengan pensyarah, selain daripada telah disediakan lengkap dengan kemudahan yang sedia ada seperti perpustakaan amat membantu dalam mengadakan sesi ‘brainstorming’ idea-idea baru serta menganalisa isu-isu semasa.

Setiap perkara yang berlaku perlu diikuti secara matang oleh mahasiswa disertai dengan tindakan-tindakan yang dirasakan sesuai berdasarkan kapasiti yang ada. Janganlah juga, menjadi jaguh yang menjuarai isu-isu peringkat kampus, tetapi apabila diminta mengulas isu nasional, mahasiswa akan kelu dan tidak mampu berkata-kata. Lantaran itu, semua pihak di semua peringkat di kampus perlu berusaha memastikan usaha ‘intelectual development’ ini akan dapat dipertahankan.

gaza5

Kezaliman yang berlaku di Palestin, membuka mata banyak pihak. Kemenangan Presiden baru Amerika Syarikat yang diharapkan membawa harapan baru masyarakat dunia, akhirnya memberi kekecewaan kepada seluruh umat Islam. Harapan dan perubahan masih lagi tidak dapat dilakukan. Tidak ada beza antara zaman pemerintahan Bush dan Obama. Namun mereka punya persamaan yang menghalalkan darah umat Islam. Pendamaian sama sekali tidak terlintas dalam fikiran mereka, hanya sekadar manis dibibir. Mereka hanya impikan kejatuhan Islam dan mereka akan menguasai dunia. Perlu diketahui bahawa setiap Presiden Amerika hendaklah mendapat restu daripada Yahudi untuk menang pilihanraya Presiden kerana Yahudi yang memegang kuasa politik dan ekonomi kuasa dunia itu. Setelah menang juga, dia mengulangi komitmennya itu dengan memberi pembelaan sepenuhnya kepada Israel. Ahkbar Berita Harian hari ini juga memetik komen Barack Obama ini terhadap apa yang berlaku di Gaza kini dengan mengatakan dia sedang mengikuti rapat perkembangan di sana. Jadi apa yang boleh diharapkan lagi kepada dia?

dsc00075

Seharusnya juga, Malaysia yang punya autoriti selaku Presiden OIC, mengambil langkah drastic dengan mengumpulkan semua Negara-negara Islam bagi mengembeleng tenaga dalam membantu umat Islam di Palestin. Isu Palestin merupakan isu ummah. Di peringkat pimpinan mahasiswa, kita cuba melakukan yang terbaik dan mempergiatkan usaha seperti kutipan tabung derma, edaran risalah dan tayangan video Palestin. Kesimpulannya di sini, saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan Al Aqsa adalah bawah tanggungjawab kita. Jangan berharap pada musuh untuk jaminan keselamatan masjid suci kita. Jika kita berharap kepada Amerika, samalah seperti mengharapkan pencuri untuk menjaga rumah kita. Tiada yang bermanfaat. Ayuh mahasiswa, anda sedar perkara ini!

‘Transform with knowledge’

Daripada

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Mahasiswa 08/09
UPSI

Perutusan Akademik

Bismillahirahmanirrahim

 

ALHAMDULLILAH. Salam revolusi dan perpaduan untuk semua. Dengan Izin Allah juga, dapat lagi kita menempuhi satu lagi cabaran yang kecil dalam kehidupan kita ini. Cabaran dan ujian ini yang menguji sejauh manakah kita telah berusaha seterusnya bertawakal dalam mencari ilmu pengetahuan untuk kegunaan. Pertamanya kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada semua warga UPSI bagi sesi ambilan Disember. Bagi warga kampus UPSI, sememangnya semester ini menuntut kita melakukan persedian yang sebaiknya bagi memperoleh kejayaan cemerlang.

 

 tangan

Menelusuri kehidupan sebagai mahasiswa/i anak kandung suluh budiman, kami ingin menyeru kepada diri kami sendiri termasuk warga UPSI, bahawasanya kita bakal berdepan dengan jadual yang saban hari semakin padat. Oleh yang demikian, persedian awal kita seharusnya mengambil kira daripada segenap sudut dalam merencana pengurusan masa yang efektif.

 

Allah swt berfirman dalam surah al-Asr, maksudnya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

 

Untuk akhirnya, suka kami kongsikan di sini, bahawa “ Success is a journey not a destiny”. Marilah kita sama-sama mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Selamat menempuh semester ini dengan cemerlang. Lakukan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamua`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

“Bersama menuju kecemerlangan dunia dan akhirat”

TRANSFORM WITH KNOWLEDGE

Daripada,

Arif bin Mohammad

Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff

Exco Akademik & Kerjaya

Majlis Perwakilan Mahasiswa

Universiti Pendidikan Sultan Idris 2008/2009 

p/s : Mahasiswa/i teruskan berdoa kepada saudara seislam kita di Palestin

Tahniah Jawatankuasa Suaikenal

Bismilahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Hari ini saya punya kesempatan untuk melihat persiapan terakhir rakan-rakan yang terlibat sebagai urusetia jawatankuasa suai kenal bagi ambilan Disember sesi 2008/2009.  Melihat kepada persiapan dan kelengkapan yang disediakan, saya kira mereka telah melakukan kerja dengan cukup baik, biarpun ini gabungan pertama yang melibatkan semua  jawatankuasa mahasiswa kolej (jmk) disertai dengan rakan-rakan exco. Saya tidak terlibat untuk gerak kerja dalam minggu suaikenal ini. Walaubagaimanapun,  sekalung tahniah untuk semuah ahli jawatankuasa suaikenal untuk masa-masa dan tenaga yang anda korbankan dalam memberikan komitmen yang terbaik. Moga ianya ganjaran kredit untuk dunia dan akhirat kelak.

Sempat saya mengambil gambar di beberapa sudut sehari sebelum menerima pelajar-pelajar mendaftar esok. Continue reading