Papadom : Erti kasih seorang ayah

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

‘Mak teh, adam nak tengok papadom’

‘Jom tengok sama-sama, nanti mak teh pasang’

Jarang sekali saya menonton filem melayu keluaran anak jati Malaysia. Mulanya hanya niat untuk menemani adam sahaja menonton filem, namun sekejap sahaja seisi keluarga saya turut sama melihat filem tempatan ini. Ternyata, tema kekeluargaan kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya sememangnya tidak mengecewakan. Filem yang sarat dengan elemen-elemen kasih sayang, kekeluargaan sesuai sekali ditonton bersama. Sekadar hiburan santai.   Tiada keraguaan apabila filem arahan Afdlin Shauki ini berjaya memenangi filem terbaik festival filem malaysia.

Papadom

Watak yang dimainkan oleh afdlin seorang papa yang bernama Saadom dan membuka perusahaan nasi kandar dan antara menu yang istimewa ialah ‘pepedam’ (saya tidak pasti ejaannya). Kegigihan seorang ayah yang ingin sekali memberi yang terbaik untuk satu-satunya anak perempuannya Maisara setelah kematian isterinya sehingga memberikan impak yang besar pada kehidupan anaknya. Itulah kasih sayang tanpa syarat seorang ayah. Biarpun menuntut seribu satu pengorbanan. Gelagat afdlin yang pelbagai mengheret kami turut sama ketawa, sedih dan gembira sepanjang menonton filem ini.

Kehidupan remaja kota yang mengalami ‘culture shock’ apabila berada berjauhan dengan ibu bapa dipaparkan dengan sebaiknya melalui watak ‘Miasara’. Di saat-saat diri ditimpa masalah, barulah dia sedar bahawa hanya ayahnya sahaja yang mampu memberi perlindungan dan kasih sayang padanya.

‘Mia sayangkan papa, cuma mia juga mahu rasa bebas daripada konkongan papa’. 

Filem ini mengkritik skil ‘parenting’ yang silap. Saadom percaya, wang mampu melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya. Hakikatnya wang bukanlah segalanya, sebaliknya wang hanya sebahagian dari segalanya. Tidak sedikit ibu bapa percaya, dengan menyediakan material yang banyak itu sudah memadai untuk anak-anak tumbuh dan membesar dengan baik. Manakala dari kelompok yang lain pula, ramai juga ibu bapa yang tidak berusaha dengan sungguh-sungguh dan terbaik untuk menyediakan material dan prasarana yang cukup untuk keluarga.

Papadom sememangnya berjaya membawa tema erti kasih seorang ayah. Sesuai ditonton semua. Filem ini membuat kita pulang ke rumah  menyelak semula album gambar kenangan famili masing-masing. Cuba ambil masa, berilah penilaian, bahawasanya AYAH anda yang terbaik, insyaALLAH.

ps : teringat kasih ayahanda yang sentiasa memberi yang terbaik untuk kami adik beradik.🙂

5 thoughts on “Papadom : Erti kasih seorang ayah

  1. Ana tak pernah tengok lagi. Lama tak follow up filem-filem terkini kerana kecewa dengan kebanyakan filem yang kurang unsur nilai. Lebih banyak pada ‘kerosakan’.

    Dedah ‘kerosakan’ sana. Dedah ‘kerosakan’ sini. Sampaikan menenggelamkan mesej pengajaran yang kononnya nak disampaikan.

    Macam filem papadom sendiri, kerana temanya yang kurang ‘aksi’ hebat dan panas, mungkin kurang menarik perhatian masyarakat Malaysia termasuk penerbit sendiri.

    Ada persoalan. Bila buat filem ni, pengusaha ikut penonton atau penonton ikut pengusaha?

    Nilai yang nak diterima penonton atau nilai yang nak disampaikan pengusaha?

  2. setakat ni kutipan papadom dah mencecah 3.5 juta dan akan diterbitkan dalam bahasa tamil lagi. Files berasas estetika nilai masih mendapat tempat jika kena caranya. tahniah afdlin!

  3. Salam..
    citer ini best penuh dgn kasih syg seorg ayah terhadap anaknya.. wlupun cara si ayah tersebut salah.. tp penuh impak yg maksima utk myampaikan maksud pgorbanan seorg ayah trhadap anaknya..
    saya dah tgok.. thniah afdlin..

  4. wei, jgn melawan ckp abah…asyik md jah abah tuh…abah is the best abah in the world,,,my abah is better than ur abah….

  5. i already watch dat movie..
    yup byk nilai2 nye…but smtimes cara penyampaian nilai2 tersebut over..but nice movie than others..kem salam ke Encik Adam, Cik Opie and the small one Cik Hawa..(teringin jupo hawa)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s