Archive | June 2008

Minyak oh minyak

Assalamualaikum..
Saya kira untuk membincangkan isu minyak boleh menyebabkan orang naik minyak. Statement yang cocok saya kira apabila semalam kerajaan kesayangan rakyat mengumumkan untuk memotong cukai pendapatan. Percaturan mudah, cukai pendapatan untuk golongan yang bekerja dan makan gaji sahaja, bagaimana pula dengan mereka yang bekerja sebagai nelayan, peniaga sendiri dan petani? Maknanya langkah kerajaan hanya menyenangkan sesetengah pihak sahaja sedangkan pengguna minyak majoritinya juga di kalangan kelas bawahan.

Saya terjumpa beberapa fakta menarik mengenai harga minyak dunia untuk dikongsi bersama

Bagaimana pandangan anda?

Advertisements

Minyak dalam kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia sekali lagi dihebohkan dengan isu kenaikan minyak secara mendadak iaitu sebanyak 41%. Malaysia dilanda tsunami harga naik! Itulah fenomenanya. Saya tertarik untuk membincangkan isu ini apabila diasak dengan pelbagai pendapat serta kenyataan ingin selamat yang dikeluarkan oleh media massa. Untuk membincangkan isu ini, kita harus menolak untuk bersifat kepuakan mengikut kefahaman parti politik. Agenda rakyat harus diutamakan.

Rata-rata hasil pembacaan saya memerhatikan bahawasanya kenaikan harga minyak menambahkan luka dalam kehidupan rakyat. Kehidupan dirasakan kian mencengkam. Satu mekanisme yang jelas serta blue print tidak dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai isu kenaikan harga minyak ini. Hal ini ditambah lagi dengan kenyataan beberapa menteri yang menyatakan kita perlu menaikkan harga minyak kerana harga minyak dunia turut meningkat. Kenapa kita tidak melihat di negara-negara timur tengah malah bagi negara Arab Saudi sendiri harga minyak yang ditawarkan kepada rakyat serendah RM0.41 sen seliter. Julat yang cukup besar jika dibandingkan dengan harga minyak Malaysia.

Kerajaan ingin mengurangkan subsidi minyak kepada rakyat bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain. Untuk melihat masalah ini dengan jelas, kerajaan seharusnya mengeluarkan jumlah keuntungan sebenar yang dicapai oleh Petronas selaku pembekal minyak terbaik dunia. Rakyat dahulu bukan seperti rakyat sekarang. Rakyat kian bijak menilai dan mempersoalkan.

Hari ini PM keluarkan lagi kenyataan dan berjanji harga diesel tidak akan dinaikkan lagi bagi memberi masa kepada rakyat untuk menerima situasi harga minyak yang baru sahaja meningkat. Andai masa diberi berpuluh tahun sekalipun, rakyat tetap menanggung beban. Tambahan lagi, dalam berita harian 12.6.08 bagi membentuk pengurusan perberlanjaan yang baik, kerajaan akan membayar gaji sebanyak 2 kali bermula Ogos. Ini bukan kes menaikkan gaji tapi ini kes tangguh bayar gaji. Saya melihat langkah-langkah yang difikirkan selamat oleh kerajaan dalam masa terdekat merupakan langkah-langkah yang picisan malah mampu difikirkan oleh sesiapa sahaja walaupun tidak memegang sebagai portfolio menteri.

Hari ini juga, para nelayan Kuala Muda terpaksa membatalkan hasrat untuk turun ke laut berikutan dengan masalah pemberian minyak petrol oleh kerajaan ditarik balik dengan pengurusan yang mencurigakan. Dahulunya mereka dibekalkan dengan 15 tong minyak seorang sekarang hanya tinggal 7 tong minyak. Cuba kita fikirkan, wajarkah pemotongan pemberian minyak subsidi ini dilakukan kepada nelayan-nelayan yang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ini merupakan syndrom yang luar biasa. Jarak laut bukan semakin dekat, enjin bot bukan menggunakan NGV, musim hujan bukannya boleh dirancang.

Inilah realiti yang berlaku. Mereka yang berada di atas terus akan duduk senang, malah yang merasakan peritnya akan terus terbiar menelan perit. Andai syndrom harga minyak ini tidak diubati, harga-harga lain juga akan turut meningkat.

Minyak naik, tanggungjawab siapa?

Saya dan isu semasa

Bismillahirrahmanirrahim

Baru-baru ini saya telah menghadiri konvensyen yang diadakan bagi membentuk minda mahasiswa ke arah pemikiran yang lebih kritikal dan kritis. Saya akui, diri ini masih banyak yang perlu diperbaiki, masih banyak yang jahil tentang politik dunia dan keadaan semasa. Saya terpukul sebenarnya dengan pengisian program tersebut! Pihak penganjur berjaya mencipta provokasi yang cukup baik dengan mengatakan mahasiswa tidak matang dalam membincangkan isu-isu dalam negara apatah lagi dengan isu antarabangsa. Nah, apatah lagi kita sebagai pemimpin. Sejauh mana kita mencerap serta peka dengan keadaan serta iklim yang sentiasa berubah di sekeliling kita.

Saya mula rindu saat-saat itu. Tatkala sebelum pertandingan DEBAT universiti, para peserta terpaksa bekerja keras menghadam isu-isu global. OIC, PBB, DARFUR, PALESTIN, POLITIK dan lain-lain. Mana mungkin selaku pendebat saya akan menyampaikan hujah-hujah kosong tanpa mengetahui key point dalam setiap usul. Ya, itu saya dahulu… Cukup rajin membuat pembacaan bagi memastikan saya tidak ketinggalan dan sentiasa peka. Terima kasih debat. Dan kini, setelah saya tinggalkan, kian banyak rasanya saya jauh ketinggalan. Lebih-lebih lagi untuk cakna dengan isu semasa.

Wahai diri, betapa kamu perlu bangkit daripada terus beku.

Untuk menjadi seorang mahasiswa yang kompeten dan proaktif, sedar atau tidak, saya perlukan minda debat iaitu minda yang sentiasa kritikal dan bersedia dengan isu-isu semasa. Lebih-lebih lagi sebagai pemimpin dan guru. Saya bakal dinilai samaada saya seorang yang cetek ilmu ataupun penuh dengan pengetahuan dan sentiasa ‘up to date’.

Saya bersetuju dengan pengisian konvensyen, untuk menjadi lebih kritikal kita juga hendaklah sentiasa membaca dan menulis. Itulah rahsianya. Nampak susah, namun saya yakin andai ada usaha kita tidak akan ketinggalan lagi ke belakang. Selepas ini saya akan berusaha untuk menulis mengenai isu-isu semasa dengan lebih banyak lagi. Doakan saya semoga berjaya!

Ros Mode

Alhamdullilah, hari ini saya masih mampu menjejakkan kaki ke sekolah yang dahulunya pernah mendidik saya sehingga menjadi diri saya pada hari ini. Kali ini kunjungan saya ke sekolah adalah disebabkan tugasan ROS (Rancangan Orientasi Sekolah) yang diadakan pada akhir semester empat bagi melengkapkan markah 10% tugasan. Bagi mereka yang bakal bergelar pendidik, anda akan mengalaminya jua.Sebenarnya ianya lebih kepada permerhatian mengenai persekitaran sekolah, cara pengurusan serta pentadbiran sekolah. Lebih 9 tahun sudah saya tinggalkan dunia sekolah rendah.
Individu yang paling bersemangat dalam tugasan ini tentulah bonda saya Azizah Pain, yang memberi galakan sejak mulanya. Sampai bonda setuju untuk menulis dalam blog saya mengenai ROS (bonda amat teruja sebenarnya).
Ya Allah, sesungguhnya redhaMU terletak pada redha kedua orang tuaku

Pertemuan dengan bekas-bekas guru lama saya menimbulkan satu nafas baru bagi saya dalam bergelar sebagai pendidik. Dahulunya, suara itulah yang mengajar saya, menahan karenah dan tingkahlaku yang amat kurang menyenangkan dan akhirnya kami semua berjaya. Terima kasih cikgu! Jasa anda memang tidak ternilai.

Situasi 1 : Ya Rabbi, kamu datang jugak akhirnya, 9 tahun sudah kamu tinggalkan sekolah, sekarang baru kamu datang balik
Situasi 2 : Kamu batch 1999 kan? Lama sungguh cikgu tak dengar berita dari kamu, kamu macammana sekarang?
Situasi 3 : Tiba masanya kamu datang menabur bakti semula kepada sekolah lama, cikgu bangga dengan kamu
Situasi 4 : dan…..

Ya Rabb, saya sungguh terharu dengan guru-guru saya. Mereka masih mampu mengingati saya dan rakan-rakan. Inilah kekuatan seorang guru. Ini belum masuk lagi pengalaman saya berjumpa dengan guru-guru yang tidak mengajar saya. Mereka masih mampu merasai “chemistry” yang telah kami tinggalkan di sekolah dahulu. ALHAMDULLILAH. Saya kira saya telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih untuk melakukan ROS di sekolah lama. Terima kasih Bonda (Perancang utama saya).

Dan kini, saya sedang berada di pusat sumber sekolah menunggu untuk masuk ke kelas selepas ini. Guru Penolong Kanan 1 telah memberi beberapa kelas gantian kepada saya dan rakan-rakan. Untuk lebih matang, kami perlukan pengalaman. InsyaALLAH, kami berusaha laksanakan yang terbaik. Bukan mudah menjadi cikgu. Kami sedar perkara itu, setelah terpukul dengan karenah murid-murid yang cukup mencabar. Seringkali kami masuk ke dalam kelas dalam keadaan minda yang sentiasa berfikir ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak murid kami.

Susah!

Teorinya kami telah belajar, namun pengaplikasiaanya jauh dari apa yang diduga. Saya mula meragui kemampuan diri untuk bergelar sebagai pendidik. Adakah punya waktu bagi saya untuk menjadi pendidik yang baik seperti guru-guru saya yang dahulu?

Sisa ROS kian berbaki 5 hari sahaja lagi.. Ayuh sahabat-sahabat kita usaha memanfaatkannya! 🙂

ROS oh ROS

“Mak, Orang nak buat ROS di SRK Kota”.” Ape ROS 2 ?”.” La, bla, bla, bla…….” “Ooooo baru mak faham.””Baik2la semasa buat ROS tu.Tegur mantan guru kita.Jangan menyombong dan bangga diri.Tanpa jasa2 mereka, siapalah kita sehingga jadi ke tahap ini.Apapun, selamat maju jaya dalam segala lapangan.”

Ikhlas daripada EMAK untuk anakanda HANIS