Archive | June 2009

Jom meriahkan!

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Saya mengambil kesempatan untuk mengajak mahasiswa/i untuk sama-sama memeriahkan program-program yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat ini.

3659773484_5bd2d8dd2d

3659773206_c5884a8424

posterprint

Berita dari bahagian akademik ix

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Saya baru sahaja menerima terus penerangan mengenai sistem baru pendaftaran semester yang bakal dijalankan pada semester depan. Mahasiswa/i perlu mengambil kira beberapa perkara dan perubahan yang dilakukan oleh bahagian akademik bagi memudahkan urusan pendaftaran semester dan mengelakkan daripada didenda. Berikut beberapa perkara yang perlu dicermati:

1) Pendaftaran semester

Permulaan  semester 1 2009/2010, pendaftaran semester akan dibuat secara online bermula 1 Julai sehingga 6 Julai 2009. Mahasiswa/i diminta untuk membuka laman web myupsi portal untuk membuat pendaftaran semester dengan mengemaskini bahagian profile terutamanya pada bahagian no telefon dan alamat semasa. Proses mengemaskini profile yang lengkap akan membolehkan mahasiswa/i mencetak jadual waktu kuliah untuk semester hadapan.  Perlu diingatkan, bahawasanya pendaftaran semester hanya selesai sepenuhnya sebaik sahaja mahasiswa/i mendapatkan jadual kuliah masing-masing menerusi myupsi portal.

Dengan sistem ini, pihak fakulti tidak akan memberi jadual kuliah yang biasanya diambil di pejabat fakulti masing-masing dan mahasiswa/i boleh membuat pendaftaran semester dalam tempoh 1-6 Julai 2009 biarpun tidak berada di UPSI. Sekiranya mahasiswa/i tidak melakukan online pendaftaran pada masa yang diberikan, anda perlu menjalani proses pendaftaran secara manual dengan merujuk ke bahagian fakulti masing-masing.

2) Kuliah

Kuliah akan bermula pada 6 Julai 2009. Mahasiswa/i dinasihatkan merujuk jadual kuliah masing-masing, disamping memastikan diri hadir kuliah seperti biasa. Proses pengambilan kedatangan oleh pensyarah-pensyarah mengajar dan bagi 3 kali ketidakhadiran ke kuliah akan dibar daripada memasuki peperiksaan.

3) Slip keputusan peperiksaan

Untuk pengambilan slip keputusan peperiksaan akan bermula pada satu tempoh yang ditetapkan oleh fakulti dan mahasiswa/i boleh mendapatkannya di pejabat fakulti masing-masing. Urusan pengambilan slip keputusan peperiksaan akan dibuat  setelah bermulanya sesi kuliah.

4) Ulang peperiksaan

Bagi mahasiswa/i yang ingin mengulang semula peperiksaan bagi subjek yang gagal, anda boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kebenaran pensyarah yang mengajar subjek berkenaan dan membuat pendaftaran online semasa minggu tambah gugur.

Sumber:

Bahagian  Peperiksaan dan Pendaftaran Akademik Upsi

Saya menyarankan agar mahasiswa/i peka dengan perubahan dan tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan diri daripada dikenakan denda dan memudahkan sesi pembelajaran pada semester baru. Pastikan juga mahasiswa/i mendapat berita daripada sumber yang sahih dari pihak yang berautoriti bagi mengelakkan kekeliruan yang berlaku. Sama-sama kita mulakan semester baru dengan satu langkah baru yang lebih cemerlang, insyaALLAH!

‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI 2008/2009

Darah Islam mengalir lagi

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Belum lagi redha dengan ketegangan di Palestin, terbaru serangan bersenjata yang mengorbankan 12 jemaah yang sedang menunaikan solat Isyak di Masjid al-Furqan di Kampung Air Tempayan dalam Mukim Cho Airong 9 Jun 2009, disifatkan kekejaman paling buruk selepas Tragedi Masjid Krisek dan Takbai pada 2004.

Dan sungguh, saya merasakan kesan tragedi ini dek kerana kita punya peranan besar selaku jiran terdekat dan juga negara yang turut sama menjadi ahli anggota OIC. Mahasiswa selaku yang beragama Islam seharusnya cakna dengan tragedi ini, cuba bayangkan yang tercedera yang terkorban merupakan rakan terdekat dan saudara mara kita yang paling hampir.

gambar4

Persidangan OIC baru sahaja selesai  di Damascus,Syria  dengan memberi seribu harapan kapada sebahagian pemimpin pejuang Patani bahawa satu hari nanti (apabila diberi taraf pemerhati oleh OIC) badan Dunia ini akan menyelesaikan masalah mereka. Pihak berkuasa Malaysia pun sebelum ini sering (dengan kerjasama setengah-setengah pemimpin pertubuhan pembebasan Patani) memujuk dan mendesak pejuang-pejuang supaya menghentikan kebangkitan dan perjuangan bersenjata dan memulakan rundingan damai. Setakat ini hanya disambut positif oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berminat untuk meneruskan gerakan kebangkitan lagi.

3614339071_3377b90f9d

Ketika Abhisit vejjajiva melawat PutraJaya dan cuba meyakinkan Malaysia bahawa kerajaan Thailand telah mengubah sikap dan cuba berbaik-baik dengan anak jajahnya Patani Darussalam. Namun sebaliknya berlaku. Pembunuhan kejam keatas umat islam di masjid Al-furqan ini menutup segala harapan yang ada untuk penyelesaian damai.

Sekarang ini kita berhadapan dengan situasi yang paling kritikal.Kemarahan umat Islam Patani sudah meluap-luap.Kalau dahulu para Mujahidin bertindak mengikut garisan yang ditetapkan oleh pimpinan dan majlis syura Ulama. Tapi kini adalah dibimbangi rakyat Patani akan mengambil tindakan melulu tanpa mengambil nasihat dari pimpinan.Dan untuk memburukan  lagi suasana munkin pihak tentera Thai akan mengambil kesempatan dari suasana ini.

Umum mengetahui tentera Thai ini sering menciptakan suasana palsu di selatan demi menekan kerajaan Bangkok menambah peruntukan perang.Wang ini kebanyakannya di manipulasikan oleh Jenderal-jenderal berkenaan.

Saya boleh katakan bahawasanya perjuangan umat Islam Patani adalah perjuangan yang paling sukar dan rumit di dunia.Kalau dibanding kan dengan perjuangan rakyat Palestin mereka disokong oleh seluruh Negara-negara Arab,seluruh Negara-negara Islam dan sebahagian dunia barat.Mereka mendapat bantuan kewangan dari segenap pelusuk Negara-negara penyokong.Tapi sebaliknya perjuangan Patani yang insiden-insiden nya sekarang lebih teruk dari Iraq tidak di bela oleh bangsa sendiri saperti Malaysia,Indonesia dan Brunai Darusssalam.Tidak di sokong oleh Negara-negara islam dunia kecuali satu dua simpati.

Aduhai dunia, jangan biarkan darah umat Islam itu terus mengalir lagi!

Terbangnya si merpati dua sejoli

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat saya Puan Nursabiha dan pasangan yang telah selamat disatukan pada 30.5.2009. Sahabat saya yang saya kenali sedari di matrikulasi, menjadi classmate dan housemate pengajian di UPSI akhirnya menamatkan zaman solonya di alam kampus. Tahniah!

8

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم apabila mendoakan seseorang yang berkahwin, baginda menyatakan:



(Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan.)

(Hadith Riwayat Ashabus Sunan kecuali An Nasai dan lihat Shahih Tirmidzi 1/317)

Sama-samalah kita menyemarakkan amalan sunat dalam kehidupan seharian kita. Semoga pengantin mendapat berkat yang selayaknya dan kita juga mendapat ganjaran kerana mengamalkan amalan sunnah yang ditunjukkan baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسل

UPSI kekurangan bakal guru bukan Melayu dan Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Menyelesuri kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ NC, saya bersetuju sepenuhnya. Nisbah pelajar lelaki kepada pelajar perempuan di UPSI 1 : 8 orang merupakan suatu perkara yang dirasakan cukup genting.  Hasilnya profesion perguruan didominasi oleh perempuan. Tidak mustahil suatu hari nanti di sekolah-sekolah struktur pentadbirannya semuanya perempuan!

Berikut adalah petikan yang diambil daripada utusan malaysia :

10/06/2009 6:15pm

 

KUALA LUMPUR 10 Jun — Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr Aminah Ayob hari ini melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu.

 

Katanya daripada 4,800 pelajar di universiti itu, hanya 20 peratus daripada mereka terdiri daripada pelajar bukan Melayu dan 23 peratus pelajar lelaki. “Kami sendiri gagal mengenal pasti kenapa perkara ini berlaku. Tetapi mungkin disebabkan perbezaan kecenderungan dan minat antara kaum itu sendiri.

 

“Malah di universiti kami, pelajar-pelajar bukan Melayu kebanyakannya mengambil program tertentu seperti perniagaan dan ekonomi serta sains dan teknologi,” katanya ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media, di sini, hari ini. – Bernama

Manohara vs muslimah solehah

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Sengaja saya menulis mengenai cik puan muda temenggung. Oleh sebab ianya berlaku di negeri saya, maka tidak dapat tidak saya juga ditanya mengenai perkembangannya. Yang pasti, ada juga saudara mara daripada kuala lumpur yang menelefon bonda untuk mengetahui mengenainya.

Sibuk sekali media dan para bloggers menganalisis mengenai rumahtangga. Secara peribadi, ia adalah isu rumahtangga seseorang. Biarlah mereka selesaikan sendiri masalah mereka menurut lunas undang-undang yang ada. Nabi s.a.w memberi panduan kepada kita,

Salah satu tanda kebaikan seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tidak berfaedah baginya

INDONESIA-MALAYSIA-US-SINGAPORE-ROYALS-CRIME-RAPE-ABUSE

Berita Harian dan Utusan juga telah melaporkan bahawa pihak istana Kelantan telah memutuskan isu ‘Manohara’ adalah isu peribadi suami isteri berkenaan. Berikut merupakan petikan dari Utusan Malaysia Online.

Kes Manohara perlu ikut perundangan

KOTA BHARU 3 Jun – Istana Kelantan hari ini menegaskan isu ‘Manohara’ merupakan urusan peribadi suami isteri yang perlu diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

1_673357370m

Akhir kata, buat renungan semula, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan mengenai kriteria isteri pilihan:

Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini; kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka REBUTlah kerana agamanya. Justeru itu akan beruntunglah kedua2 tanganmu.”

Hadis oleh Bukhari dan Muslim

Nabi s.a.w bukan suruh pilih-pilih sama ada mahu cantik dulu atau kaya dulu atau berkedudukan tinggi dulu, bahkan Nabi s.a.w menganjurkan agar berebut jika terdapat mana-mana gadis/wanita yang beragama. Jika kebetulan wanita solehah itu memiliki salah satu atau mana-mana ciri dari 3 sifat duniawi itu, maka ia mungkin bonus atau mungkin juga menjadi ujian. Bergantung sejauh mana ia menambah iman dan taqwa di hati suami.

Untuk memiliki isteri solehah, lelaki perlu berusaha menjadi soleh terlebih dahulu. Begitu jualah sebaliknya.

Berita dari bahagian akademik viii

Bismillahirrahmanirrahim

Mahasiswa/i boleh mula mendapatkan keputusan akhir peperiksaan di laman web mysis upsi dan juga melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip UPSI RESULT (no k/p) (kata laluan mysis portal) dan hantar ke 15888.

Sumber : bahagian peperiksaan UPSI