Saya mengharapkan doa kalian(Jemputan Buat Semua)

Allah SWT telah berfirman :
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS ar-Ruum)

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, segala puji dan puja bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta seluruh insan dan menurunkan perasan kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, contoh terunggul daripada kalangan orang yang bertaqwa, serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian

Dengan penuh rasa hormat dan rendah diri, kami ingin menjemput hadirin ke majlis kesyukuran kami bagi meraikan pernikahan kami pada 26 Mei 2012 & 27 Mei 2012.

Berikut maklumat majlis :

Nur Aqilah Hanis Mohd Yusoff (Rumah Perempuan)26 Mei 2012, Sabtu, 5 Rejab 1433H

Lot 1037,Kg Tok Sangkut,Repek,17070, Pasir Mas,Kelantan

Mohd Amin Mat Sidik (Rumah Lelaki)27 Mei 2012, Ahad, 6 Rejab 1433H

No. 42, Kg Enggong,18000 Kuala Krai,Kelantan

Diharap para hadirin dapat menghubungi kami untuk menyatakan kehadiran kalian untuk memudahkan kami merancang majlis. Semoga majlis walimah yang diadakan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Insyaallah.

Mohon doa dari kalian agar langkah ini membawa ke rumahtangga yang barakah, sakinah (menenteramkan jiwa) mawaddah wa rahmah (diliputi oleh rasa cinta dan kasih-sayang) diiringi dengan redha Allah. Dan juga moga hasil dari perkahwinan lahirnya generasi muslim yang menegakkan kalimah Tuhan hingga ke generasi-generasi sesudahnya. Amin ya rabbal alamin.

Jazaakumullahu khair

Kepada semua pembaca guruohguru, saya menjemput kalian untuk hadir pada majlis kesyukuran saya dan pasangan. Bagi rakan-rakan yang memerlukan emailkan pada saya alamat kalian pada nurha_nis@hotmail.com

Semua yang pernah dan mengenali saya,

-Tadika Tengku Anis

-SK Seri Kota

-SMKA Naim Lilbanat

-MRSM Kuala Berang

-PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah

-Matrikulasi Kedah Changlun

-Universiti Pendidikan Sultan Idris

-SMK Sg Pelek, Sepang

-Maahad Muhammadi Perempuan

-Maktab Pengajian Islam

-SMK Sri Sentosa, KL

– Universiti Putra Malaysia

-Semua Pembaca GURUOHGURU

Advertisements

3 thoughts on “Saya mengharapkan doa kalian(Jemputan Buat Semua)

  1. salam. tahniah kak qilah.. seronok tgk kalian.. tak sangka.. hehe..

    semoga kak qilah n a.amin diberkati selalu.. Selamat pengantin baru..

    ikhlas;
    zulaikha ex-REexco Akademik under k.qilah dulu 🙂

    • ika, adik ni walaupun sekejap je dengan akak dulu, still keep in touch ye dik. di mana ika sekarang? jemput datang majlis akak ye dik. 🙂

      • ika kat gombak sekarang ni.. Kerja.. datang tu macam tak boleh la kak.. hari sabtu sy kerja.. huhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s