Archives

Entry baru, masih belum terlambat

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulilllah.

syukur saya masih ingat password blog guruohguru ini.

ini merupakan permulaan.

saya mahu mulakan sesuatu yang baru.

dengan semangat baru, orang baru dan olahan baru.

nanti saya kongsikan dengan para pembaca, biarpun saya tidak pasti masih adakah rakan-rakan pembaca sekalian.

doakan saya.

terkini..

saya di hujung penghabisan master.

sedang menunggu benih cinta lahir ke dunia.

mendapat bimbingan dari jauh suami tercinta.

syukur dengan nikmat allah.

mudah-mudahan selepas ini saya kongsikan semula dengan para pembaca.

jumpa lagi.

 

Saya mengharapkan doa kalian(Jemputan Buat Semua)

Allah SWT telah berfirman :
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS ar-Ruum)

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, segala puji dan puja bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta seluruh insan dan menurunkan perasan kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, contoh terunggul daripada kalangan orang yang bertaqwa, serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian

Dengan penuh rasa hormat dan rendah diri, kami ingin menjemput hadirin ke majlis kesyukuran kami bagi meraikan pernikahan kami pada 26 Mei 2012 & 27 Mei 2012.

Berikut maklumat majlis :

Nur Aqilah Hanis Mohd Yusoff (Rumah Perempuan)26 Mei 2012, Sabtu, 5 Rejab 1433H

Lot 1037,Kg Tok Sangkut,Repek,17070, Pasir Mas,Kelantan

Mohd Amin Mat Sidik (Rumah Lelaki)27 Mei 2012, Ahad, 6 Rejab 1433H

No. 42, Kg Enggong,18000 Kuala Krai,Kelantan

Diharap para hadirin dapat menghubungi kami untuk menyatakan kehadiran kalian untuk memudahkan kami merancang majlis. Semoga majlis walimah yang diadakan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Insyaallah.

Mohon doa dari kalian agar langkah ini membawa ke rumahtangga yang barakah, sakinah (menenteramkan jiwa) mawaddah wa rahmah (diliputi oleh rasa cinta dan kasih-sayang) diiringi dengan redha Allah. Dan juga moga hasil dari perkahwinan lahirnya generasi muslim yang menegakkan kalimah Tuhan hingga ke generasi-generasi sesudahnya. Amin ya rabbal alamin.

Jazaakumullahu khair

Kepada semua pembaca guruohguru, saya menjemput kalian untuk hadir pada majlis kesyukuran saya dan pasangan. Bagi rakan-rakan yang memerlukan emailkan pada saya alamat kalian pada nurha_nis@hotmail.com

Semua yang pernah dan mengenali saya,

-Tadika Tengku Anis

-SK Seri Kota

-SMKA Naim Lilbanat

-MRSM Kuala Berang

-PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah

-Matrikulasi Kedah Changlun

-Universiti Pendidikan Sultan Idris

-SMK Sg Pelek, Sepang

-Maahad Muhammadi Perempuan

-Maktab Pengajian Islam

-SMK Sri Sentosa, KL

– Universiti Putra Malaysia

-Semua Pembaca GURUOHGURU

Kembara Mencari Redha Illahi

Bismilahirrahmanirrahim

Alhamdulillah

Telah lama saya titipkan doa dan usaha menanti dengan sabar hingga akhirnya masanya kian tiba. Kurang dari seminggu lagi saya bakal berangkat ke baitullah. Saya tinggalkan kesibukan sementara untuk meraih redha dan cintaNYA. Hanya satu rasa yang saya pasti. Saya benar-benar rindu pada lambaian ka’bah yang kian menggamit hati.

Buat teman-teman yang bakal mendirikan bait da’wah di musim cuti sekolah ini, tahniah saya ucapkan, berbahagialah sesungguhnya kalian telah melengkapkan separuh daripada iman, moga ikatan cinta berkekalan hingga ke syurga. Saya mohon maaf tidak berkesempatan untuk hadir.

Doakan saya mendapat umrah yang mabrur, ameen, insya-allah.

Ya allah,

HambaMU datang menyahut panggilan Engkau, ya ALLAH. Seluruh jiwa dan raga pasrah menyerah diri hanya mengharap redhaMU.

Harapanku untuk memperoleh keberkatan dan kenikmatanMu memenuhi relung kalbu. Kepayahan dan kesukaran tidak mempu menepis kerinduan untuk bernaung di bawah rahmatMu serta menziarahi makam kekasihMu Rasullah.

Terimalah diri ini sebagai tetamuMu, agar hambaMu menjadi kekasih yang sentiasa merinduiMu sepanjang hayat.

Ameen.

Bersujud di  baitullah demi meraih cintaMu…

Panas peringatan

Bismillahirrahmanirrahim

‘the weather is really hot, if i have the thermometer now, i want to measure the temperature’

Keluh rakan sekerja saya yang merupakan guru physic.

‘ me too, if i have the aircond, i’ll make sure it will always on for 24 hours’


Perbualan kami sememangnya terganggu dek kerana terasa ‘ bahang dunia’.

Melihat pelajar-pelajar meneruskan aktiviti ko-kurikulum yang sememangnya wajib setiap minggu tanpa kompromi, tangan kami tidak berhenti ‘bekerja’, ‘mengibas’ menghilangkan sedikit rasa panas.

Risau dengan keadaan semasa cuaca yang kadangkala panas melampau dan hujan kilat yang seringkali menjengah.

Akhirnya, saya sendiri yang tidak sihat. Sakit tekak, panas hujan, batuk, dan pengajaran saya sememangnya terpaksa ditangguhkan kerana saya diberi cuti oleh doktor.

Dunia semakin tua, saya juga semakin ‘terkena’ kesan pemanasan global yang berlaku.

Hangat juga dengan isu-isu polimik politik semasa, senaman poco-poco yang diharamkan dan juga keadaan sosial yang meruncing. Tandanya apa?

Aduhai diri..

Tidak ada enaknya kehidupan dunia ini kerana intinya berisi ingatan akan usia tua dan mati.

Masa masih ada, moga masih bisa mengambil ibrah dan pengajaran setiap yang berlaku.

Saya sedang bercuti, kesan dari panas peringatan.

Lao shi, Feichang ganxie!

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

‘Aqilah, when you’r teaching, it’s must come from your sincere heart’

‘Dui, lao shi’

‘Lao shi’ saya masih muda, mungkin jarak umur kami tidak banyak beza, tetapi saya cukup menghormatinya sebagai guru. Biarpun merentas bahasa dan bangsa, saya dapat merasakan kesungguhannya mengajar dan membetulkan setiap sebutan mandarin saya.

Saya yakin bukan senang.

Ini merupakan ‘long term investment’ untuk saya menjadikan bahasa mandarin sebagai bahasa ke-empat.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak selama 3 semester di UPSI bumi MURABBI, saya berjaya menyelesaikan kursus bahasa arab, dan kini saya berpeluang lagi untuk mengambil mandarin sebagai bahasa keempat. Biarpun masih sukar untuk bercakap dalam bahasa arab, namun sedikit sebanyak saya sudah memahaminya pabila mendengar perbualan ataupun mempelajarinya secara tidak langsung melalui pembacaan ayat-ayat al-quran.

Tarbiyah petama di sekolah baru benar-benar menguji. Kali ini ‘tong xue’ saya 90% Chinese yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar sjk ( c ).

Di sekolah saya, bahasa utama menggunakan bahasa Inggeris, mandarin dan kadangkala bahasa melayu.

Berpeluang belajar secara langsung dengan guru berbeda bangsa dan bahasa sebenarnya memberi ruang kepada saya untuk mempelajari secara langsung adab resam budaya masyarakat mereka.

Kadang-kala lebih sepuluh kali saya terpaksa mengulangi perkataan yang sama bagi mendapatkan sebutan yang benar-benar tepat.  

Dan setiap kali itu juga ‘lao shi’ saya tidak jemu memberikan kata-kata dorongan terus sabar dan terus sabar membetulkan sebutan saya.

Saya ketika di bumi murabbi

Sebagai pelajar, sedaya upaya saya berusaha memberikan komitmen yang terbaik kepada guru-guru dan juga para pensyarah.

Seingat saya di zaman belajar.

Sedaya upaya saya usahakan untuk datang awal sebelum guru masuk.

Sedaya upaya untuk setiap kelas saya sentiasa berada di kerusi paling hadapan (biarpun subjek kadangkala sukar)

Sedaya upaya juga saya akan berusaha memberi respon apabila ditanya oleh guru ataupun pensyarah

Sedaya upaya juga saya usahakan untuk menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Saya cukup yakin dengan pesan guru saya, apa yang anda berikan pada hari ini akan turut sama anda perolehi pada masa akan datang.

Pernah pensyarah saya ketika di university, berbangsa Indonesia, sukar sebenarnya memahami kuliah yang disampaikan, namun sebagai pelajar perlu untuk terus kita menghormatinya.

Dengan menghormati guru, saya yakin di sana ada keberkatan dengan setiap ilmu yang dipelajari.

‘I’ll try to add another words and notes for you, jia you aqilah. I’ll not letting you to speak mandarin like malay slang’

Jujurnya saya senang dengan setiap guru saya, biarpun mereka berbeda bangsa dan bahasa.

Xie xie ‘lao shier’.

Qing duo zhi jiao!

Menghitung hari tua

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah

29 NOV

Sedar tidak sedar hari ini telah sampai lagi hari lahir saya. Pantas waktu berlalu, yang pasti saya semakin tua. Setiap amalan sepanjang usia saya dipinjamkan pasti akan dihisab di akhirat kelak. Muhasabah diri.

Ya ALLAH, please forgive me for the wrong I’ve done

Ya Rabb, give me another chance to prove that I can pass

Please guide me and protect me along the straight path

Ya ALLAH, the only Mighty can grand me the heaven,  insya-allah.

Ameen.




Hadiah hari lahir saya, taklifan baru yang perlu saya jaga, sekolah baru saya.

 

Di tempat baru

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILLAH

Saya kira teman-teman punya pengalaman yang berbeda di tempat baru masing-masing. Bila menerima berita-berita daripada teman-teman yang jauh ke pedalaman Sarawak, kadang-kala saya lupa untuk bersyukur. Saya masih berusaha menerima keadaan di sekitar saya sebaiknya biarpun tiap kali itu juga saya merasakan tidak kuat untuk menghadapinya. Saya sudah secara rasmi menjadi pendidik bagi wilayah persekutuan. Akur sumpah sudah dibuat, yang pasti saya perlu galas amanah ini hingga ke akhirnya. Bukan senang, ‘patient’ saya kali ini benar-benar mencabar.

Saya sudah keluar daripada ‘comfort’ zone.

Saya perlu pulih segera daripada syndrom ‘culture shock’ ini.

Menjadi pendidik di bandar metropolitan sememangnya sudah tersedia dengan cabaran-cabaran yang tersendiri. Saya perlu hadapi. Sedaya upaya saya cuba memberi motivasi buat diri, hingga akhirnya saya sempat menghasilkan nukilan yang tidak seberapa.

Di tempat baru

Semua perkara perlu tahu

Kadangkala jadi buntu

Tatakala hilang tempat mengadu

Di tempat baru

Perlu ada semangat yang satu

Datang bukan tanpa hala tuju

Silap langkah jadi celaru

Di tempat baru

Perlu jadi sabar selalu

Harungi sahaja jalan berliku

Demi jiwa menjadi jitu

Di tempat baru

Bukan semua perkara harus setuju

Perlu jadi orang ‘baru’

Diam-diam tak beerti setuju

Tidak rugi kalah dahulu

Untuk menang di kemudian waktu

Di tempat baru

Moga temui kekuatan dalam diriku

KepadaMU Tuhan Yang Satu

Hanya PadaMU aku mengadu

Tentukan terbaik untuk hambaMU

Kerana sesungguhnya

Hidupku, amal ku, hanya untukMU.

Ameen.


 

p/s: saya bakal menyambut hari tua tidak lama lagi, sudahkah saya manfaatkan usia pinjaman sementara ini? allahurrabi.