Archive | May 2008

Kem pemantapan JMK

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya mengambil kesempatan untuk menulis sedikit sebanyak sebelum bergerak ke pulau pangkor esok. Saya dan sahabat-sahabat masih lagi belum pulang memulakan cuti semester kami yang telah lama bermula bagi orang lain tapi tidak bagi kami. Alhamdulillah, bagi menghabiskan sisa-sisa memegang wasilah diperingkat kolej kediaman maka, kali ini saya mengalami putaran yang sama. Jika dahulu saya dilatih oleh senior-senior jmk (jawatankuasa mahasiswa kolej) maka kali ini saya pula yang melatih junior-junior.

Putaran kehidupan. Terasa begitu sekejap masa berlalu, apabila melihat para peserta seramai 30 orang seronok membuat ldk( itu pemerhatian saya),  terasa sayu melihat team saya yang telah bertungkus lumus memegang wasilah selama 2 penggal. Alhamdulillah, timbang tara telah dijalankan. segala kritikan saya terima sepanjang menjadi wasilah. tidak dinafikan, sepanjang 2 penggal ini jugalah pelbagai kemelut hati dan perasaan bermain dalam diri. Ini baru sedikit saya kira. Ditaklifkan untuk memegang wasilah dirasakan sebagai satu tarbiyah buat diri. ada kala diri ini gagal untuk menangani masalah yang dihadapi sepanjang memegang taklifan ini. 

Buat sahabat-sahabat yang menjadi pilihan ALLAH untuk ditarbiyah, ana yakin dengan antunna sekalian. Kalau bukan antunna, siapa lagi yang mampu untuk meneruskan perjuangan kita. Banyak lompang yang ditinggalkan oleh ana untuk kalian baiki semula. InsyaALLAH, semoga antunna tidak merasa beban dengan bebanan yang sedikit ini. Ana sentiasa berada menyokong kalian.

Kem ini diadakan khusus untuk memberi pendedahan awal kepada jmk baru berkenaan situasi kolej dan mehnah serta tribulasi yang mereka bakal alami. ALHAMDULLILAH. saya sendiri mendapat banyak input-input baru dalam bertindak sebagai fasilitator untuk kem ini. Lebih-lebih lagi sebagai yang mencipta modul.

Tertarik dengan satu ldk yang dinamakan “kapal karam” yang mana memerlukan para peserta berkorban untuk memilih empat sahaja penumpang yang perlu dibawa di dalam kapal, namun kapasiti yang berlebihan menyebabkan ada yang perlu terkorban. Perdebatan hangat serta sesi ‘backup membackup’ begitu jelas di kalangan peserta.

Akhirnya, keputusan mereka perlu dilakukan. saya terkejut apabila rata-rata di antara mereka ingin sama-sama naik dan karam dalam kapal terbabit. Tadinya masing-masing pertahankan diri, sekarang apabila keputusan dibuat masing-masing tidak mahu meninggalkan antara satu sama lain. Hmmm… Keadaan ini jarang dihadapi. andai kata perlu membuat keputusan mengorbankan seseorang realitinya kita akan tetap memilih seseorang untuk dikorbankan. itulah hakikatnya. ianya bukan retorik.

Maka, penjelasan fasilitator saya kira cukup membuka ruang minda para peserta untuk lebih bertindak secara rasional dan praktikal. bukan retorik. Konsep wala’ dan musyawarah itulah yang menjadi faktor yang paling dominan dalam menyelesaikan krisis yang dialami dalam sesebuah organisasi. ALHAMDULLILAH. junior-junior tampak jelas menerima penjelasan fasilitator. biarpun berlainan fikrah tetapi kita semua tetap sujud pada qiblat yang sama. insyaALLAH. moga kalian lebih matang nanti.

esok, kami bakal teruskan kem di pulau pangkor pula!

Advertisements

Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

Assalamualaikum wbt..

Entry kali ini saya kategorikan juga sebagai tokoh, kita membincangkan mengenai seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam masyrakat dunia, Mustapha Kamal Attarturk.. Satu nama tokoh yang mencetuskan kontroversi. Kali ini saya memilih untuk bercerita mengenai beliau sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita bersama.

Agak janggal pada mulanya untuk bercerita mengenai tokoh yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan kesan buruk kepada masyarakat Islam, tapi saya kira tidak salah untuk bercerita serta berkongsi mengenai baik buruk yang ditinggalkan oleh beliau memandangkan kesannya begitu besar kepada masyarakat Islam di Turki khususnya.

 

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan  bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Maka, apabila datang pembalasan dari ALLAH, maka tiada yang dapat menolaknya. ALLAHURABBI. Memang telah ditetapkan bahawasanya setiap amalan kita biarpun sebesar zarah akan dinilai diakhirat nanti. Andai pada hari ini kita mampu menikmati usia selama 21 tahun maka, setiap sisa-sisa usia yang kita habiskan, semuanya akan terpampang sebagai manuskrip akhir yang diterima di akhirat nanti. Hari segala pembalasan.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!”

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri

 

Menangisnya sepasang mata..

 

“Dua mata yang tidak akan terkena api neraka iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah” (HR. Ath Thabrani).
Menangis bagi manusia adalah perkara biasa. Lebih lebih menangisnya seorang anak kecil yang belum mampu menyuarakan keinginannya dengan kata kata. Atau. Namun yang luar biasa ialah menangisnya orang orang beriman kerana takut kepada Allah.
Mengapakah terjadi demikian? Salah satu alasannya adalah tidak semua orang mampu menangis kerana takut kepada Allah. Hanya orang orang tertentu saja yang mampu seperti itu. Tentunya, orang-orang yang telah dipilih Allah sahaja, iaitu orang-orang yang sentiasa bertafakkur mengingat dosa-dosanya seraya meminta ampunanNya. Sedangkan pada lapisan manusia yang bukan menjadi bukan pilihan Allah, banyak ditemui orang-orang yang beribadah, namun tidak khusyuk dan tidak ikhlas melakukannya. Selain itu juga yang paling malang didapati orang-orang yang hatinya tidak mahu mengingat Allah dan bahkan melakukan perbuatan perbuatan durhaka.
Menangis kerana takut kepada Allah akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah, terutama di hari akhirat kelak. Sehingga diberikan ampunan dan pahala yang besar, serta diharamkan matanya disentuh api neraka. Bahkan, menurut riwayat, Rasulullah SAW sering menangis ketika mengingat Allah. Padahal beliau adalah seorang Rasul, suci dari dosa, dan sudah dijanjikan surga.
Siapalah kita yang tersangat sukar untuk menangis dihadapan Allah….

 

Siapa aku di hadapan tuhanku….

Subuhnya
Aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin di hujung waktu siapa aku di depan tuhanku

Zohornya
Aku memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku. Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku menggadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan tuhanku

Asarnya
Aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak di hujung kepala aku masih bercerita tentang si tuah yang setia dan si jebat yang derhaka siapa aku di depan tuhanku

Maghribnya
Aku melihat warna malam tetapi aku masih berlegar disebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan tuhanku

Isyaknya
Kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengganguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan tuhanku

Kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana ada jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang

Kursus pra-praktikum 2008 (FST)

Assalamualaikum wbt

 

Alhamdullilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran di panjatkan kepada tuhan segala pencipta ALLAH swt. 9.5.2008, tepat jam 10.15 pg usai sudah ke lapan-lapan bilangan kertas yang diambil sepanjang semester empat. Biarpun hasil akhirnya agak sukar untuk digambarkan, moga diberi kekuatan oleh ALLAH untuk meneruskan perjuangan dalam menyelusuri liku-liku sebelum bergelar bakal pendidik.

 

Dan sejerus selepas menghantar kertas bahasa arab komunikasi 111 yakni kertas terakhir bahasa moden saya, saya dan beberapa sahabiah menghadiri mesyuarat bersama dengan pensyarah mengenai kursus pra praktikum. Saya ceritakan sedikit sebanyak mengenai kursus ini dek kerana pengunjung blog ini tidak semestinya terhad kepada guru. Demi kecintaan kepada pengembangan ilmu, maka kami sepakat untuk turut serta dalam menjayakan kursus pra praktikum ini walaupun kebanyakannya masih terlalu awal untuk mengikuti kursus ini memandangkan ianya untuk semester tujuh. Tugas kami kali ini adalah sebagai pembantu bagi tutor-tutor dalam memastikan perjalanan majlis teratur, memandangkan ianya melibatkan fakulti sains dan teknologi maka seharusnya menjadi tugas kami selaku exco dan rexco menolong fakulti. Alhamdullilah, mesyuarat berjalan dengan lancar.

 

Maka hari ini, bermula tugas kami,  saya rasakan cukup menarik tajuk-tajuk yang dikupas bagi menyediakan senior-senior kami untuk menjalani praktikum. Ilmu-ilmu yang dikongsi bersama dengan pensyarah daripada fakulti sains sedikit sebanyak mencetus semangat kami untuk menjadi guru yang cemerlang kelak, insyaALLAH. Jujurnya, saya sememangnya menyukai dengan program-program seperti ini. Kelak, apabila bergelar guru, ianya menjadi nilai tambah bagi saya dan rakan-rakan kerana ilmu yang diperolehi amat berguna untuk dipraktikkan.

 

Dr Salihan, pensyarah yang tidak asing lagi dalam fakulti sains, menyampaikan ceramah mengenai tugas guru di sekolah kelak dan kesilapan-kesilapan major dan minor yang boleh diperbaiki. Pendedahan dan olahan yang cukup menarik saya kira, melihat kepada pengalaman sebagai bekas guru, pensyarah dan pendidik maka saya merasakan kesesuaiannya dengan penceramah yang menyampaikannya. ALHAMDULLILAH. Satu teknik baru yang diperkenalkan oleh beliau mengenai cara mengajar secara interaktif. Kagum melihat kesungguhan senior-senior walaupun majoritinya agak ‘liat’ untuk turut serta namun akhirnya masing-masing tersenyum puas dengan pengisian yang diberikan.

 

Beliau telah memanggil 20 orang senior untuk kehadapan dan diberi kata kunci untuk dihafal secara beramai-ramai. Akhirnya dibentuk menjadi satu konsep yang jelas mengenai fotosintesis. Mudah pendekatannya, hanya mengambil masa 12 minit sudah cukup menjelaskan dengan cepat, mudah dan senang diingati mengenai konsep fotosintesis. Satu lagi ilmu baru buat saya dan sahabat-sahabat yang pergi.

 

Realitinya, apabila telah mengambil keputusan untuk berundur dalam dunia debat, maka saya rasakan perlunya alternatif untuk mendapatkan informasi-informasi baru secara cepat dan efektif untuk saya. Andai dulu brainstorming mengenai tajuk-tajuk yang berat perlu diadakan, maka kali ini saya berusaha meggantikannya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini yang disediakan. Semuanya terpulang kepada diri kita.

 

Moga esok, ada lagi ilmu baru untuk kami, dan bakal dikongsi dengan anda semua!  

kemana selepas ini

Assalamualaikum wbt

Sekali lagi dibiarkan blog sunyi sepi tanpa post baru. saya juga dilanda virus demam peperiksaan. tinggal satu lagi peperiksaan. tapi saya kira saya telah tamat sebenarnya. dek kerana paper esoknya merupakan paper elektif bahasa arab komunikasi 111. insyaALLAH saya usahakan yang terbaik seperti kertas-kertas sebelumnya.

sudah tiba masanya memikirkan pengisian-pengisian sepanjang musim cuti yang bakal menjengah tiba. kemana kita selepas ini?

pelbagai program telah diselia atur sepanjang cuti ini. Biiznillah. dengan izinnNYA. insyaALLAH moga segala yang telah dirancang bakal dilaksanakan sebaiknya. ameen.

anda bagaimana? kemana selepas ini?