Archive | April 2010

Penangan tulisan cantik

Bila sudah menjadi guru baru saya tahu hakikat tulisan cantik itu mempengaruhi saya untuk memeriksa buku pelajar-pelajar.

Kalau dahulu saya tiada faham kenapa guru saya acapkali menyuruh saya membaiki tulisan agar lebih bulat dan cantik, namun saya abaikan sahaja nasihat mereka. Sehingga kini tulisan saya masih tidak cantik. Mungkin dulu bercita-cita menjadi doctor, akhirnya bidang ini juga akhirnya menjadi pilihan utama.

semua pelajar cemerlang saya punya tulisan cantik

Menjadi tabiat saya sejak memeriksa buku-buku pelajar, saya akan memilih buku pelajar yang paling cantik tulisannya dan yang paling kemas.

Rupa-rupanya saya juga terpengaruh dengan tulisan cantik. Mungkin ini sebagai motivasi untuk saya. Tetapi saya tidak mengabaikan buku-buku pelajar yang lain. Gara-gara penangan tulisan cantik. Kadang-kadang tidak terfikir dahulu, sekarang baru saya rasai keseronokan memeriksa tulisan cantik.

Dan yang paling menarik juga, kebanyakan pemilik tulisan cantik di sekolah saya adalah dalam kalangan pelajar lelaki. Mereka juga selalunya pelajar terbaik sekolah. Inilah dia penangan tulisan cantik!

Saya dan Pelajar

Acap kali saya tangguhkan penulisan. Punya tugas lain yang menuntut untuk diselesaikan sebaiknya. Alhamdullilah, segala yang dirancang dan dikendalikan berjalan dengan sebaiknya.

Saya usai menguruskan perlancaran minggu sains dan matematik sekolah. Tiada bisa saya mampu untuk kendalikan tanpa kerjasama yang baik daripada guru pembimbing saya terutamanya dan pelajar-pelajar. Gunung berapi selamat diletupkan, alhamdullilah.

Saya juga terlibat sebagai pengacara majlis untuk sambutan hari anugerah kecemerlangan akademik 2009. Majlis ini dikira paling prestij bagi sekolah saya. Berbeza perasaannya. Jika dahulu saya menjadi salah seorang pelajar yang disebut oleh guru bagi menerima anugerah namun kini, giliran saya pula yang menyebut nama pelajar-pelajar yang terbaik dalam kurikulum mahupun ko-kurikulum. Yang paling terkesan adalah satu kelas 4 Alpha iaitu kelas yang saya ajar sekarang menerima anugerah. Selaku guru, jujurnya, saya amat bangga dengan pencapaian mereka. Malah, tiada kegembiraan yang dapat saya gambarkan pabila melihat pelajar-pelajar saya juga mendapat anugerah tokoh harapan.

‘teacher, kami tahu teacher penat sebut nama kami, thanks teacher’

‘teacher, let me take you some drinks’

Macam-macam gayanya. Senyuman pelajar-pelajar saya menggambarkan mereka gembira dengan pencapaian yang diperolehi.

‘after this, you must get A in chemistry’ sempat saya berpesan pada mereka, masih banyak usaha yang perlu dilakukan.

Tiada pernah terlintas saya akan diamanahkan untuk mendidik anak-anak pelajar saya yang berbilang bangsa dan agama. Hebat percaturan ALLAH. Bagus akhlaknya biarpun daripada agama yang berbeza.

Sempat juga dalam minggu ini saya menyiapkan mural untuk tinggalan kenangan di sekolah. Syukur punya sahabat yang membantu dan anak-anak pelajar yang tidak penat jemu memberi pertolongan pada saya.

Alhamdullilah.

Tanggungjawab saya masih tersisa. Saya punya tugas-tugas lain yang menanti. Moga-moga punya kekuatan untuk teruskan. Ameen.

Volcano eruption

Alhamdullilah

Saya risau memikirkan pelancaran Science and Mathematics Week  isnin nanti. Terlibat dalam bahagian pelancaran, memberi seribu satu lagi pengalaman baru buat saya. alhamdullilah. Inilah hasil volcano sentuhan kak mala yang tidak pernah jemu membantu memudahkan urusan saya.

It is really easy to make our own volcano. To minimize cost we have used the recyle material sucah as egg tray, material from box, coconut shred, cotton wool. Resepi yang paling penting adalah ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkannya. InsyaALLAH. Seems like very easy right? This is a fun experiment. When creating the volcano, the detergent drops to the bottle. Pour the baking soda inside as well. This prepares the volcano for eruption.

The chemical reaction between baking soda (sodium bicarbonate) and vinegar (acetic acid) will gives off carbon dioxide gas, which forms bubbles in the dishwashing detergent.

Saya syorkan teman-teman cuba membuatnya sendiri di rumah. Menarik!

Sinar Baru

Terasa baru semalam saya dan sahabat-sahabat menziarahi adik wan aini. Di hospital Slim River, Perak. Masih segar bunyi-bunyi mesin di dalam wad ICU, wad yang paling kritikal.

Berbicara dengan doctor yang merawat adik wan aini, saya rasakan masa pinjaman ALLAH padanya tidak lama. Apatah lagi melihat pihak UPSI telah siap sedia menyediakan van jenazah, sembahyang hajat di buat di kolej-kolej kediaman. Semuanya merasakan adik wan aini bakal meninggalkan kita semua. Tetapi takdir ALLAH mengatasi segala-galanya.

Hari ini saya gembira membaca sisipan berita yang dimuatkan dalam akhbar Kosmo. Adik wan aini dapat kaki palsu. Adik yang terlantar sakit dahulu bagaikan dihujung nyawa, kini langkahnya kian pantas. Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan adik wan aini. Bagaikan memberi sinar baru apabila pihak UPSI juga sudi menawarkan peluang belajar semula kepadanya semula. Alhamdullilah.

Kadang-kadang hati manusia itu merintih derita apabila diuji, jiwa menangis sedih, akal juga mengeluh letih. Namun, hakikat hidup itu tidak akan berubah, yang perlu diubah adalah diri yang menghadapinya. Hati juga yang memilih jalan, akal memulakan langkah dan iman meluruskan arah yang sebelumnya kian kelam. Adik wan aini berjaya buktikannya.Sinar baru buat pengubat duka. Moga kasih Allah terus bersamanya. ameen

Jika punya peluang berkunjung ke kampus, insyaALLAH saya usahakan untuk menziarahinya!

Marah menyelesaikan masalah?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Beberapa keutamaan perlu didahulukan dalam beberapa ketika ini menyebabkan sering kali penulisan saya tertangguh. Alhamdullilah, observation pertama daripada pensyarah juga telah usai dengan lancar. Biarpun pelajar saya ‘unsangkarable’ tetapi secara keseluruhannya objektif yang disampaikan terlaksana. Alhamdulillah. Masih ada lompang-lompang yang perlu diperbaiki.

Penat juga saya berulang alik menyelesaikan beberapa perkara. Berada di sekeliling orang lebih dewasa menyedarkan saya betapa banyak lagi tanggungjawab yang perlu digalas sebaiknya

.Jika dahulu mungkin di kalangan sahabat-sahabat saya adalah dalam lingkungan rakan sebaya ataupun yang lebih muda beberapa tahun dan juga senior yang tidak lebih dari usia puluhan tahun. Menjengah ke alam perguruan, realitinya saya berada di kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa yang lebih jauh dewasa usianya dari saya. Alhamdullilah, cantik susunan dan percaturan ALLAH. Lebih banyak parenting skill,  dan juga usaha-usaha memahami jiwa remaja diselami dan dipelajari daripada orang disekeliling saya.

Saya kira saya cukup bertuah kerana dibimbing oleh guru pembimbing yang bukan sahaja guru kimia, merangkap juga guru disiplin yang disegani di sekolah dan juga dalam proses menyiapkan PHD nya.

Dalam beberapa minggu ini, saya menyaksikan kes-kes disiplin yang melibatkan pelajar, guru dan ibu bapa. Semuanya perlu ditangani dengan hikmah dan professional. Sikap tidak menunding antara satu sama lain disamping perlu untuk duduk semeja adalah intipati penting dalam menyelesaikan permasalahan pelajar.

Kebanyakan pelajar yang bermasalah secara keseluruhannya inginkan perhatian daripada ibu bapa dan guru. Pabila melihat pelajar yang paling ‘nakal’ di sekolah menitiskan air mata ketika bercerita masalahnya, selaku guru perlu untuk kita merasionalkan kembali tindakan pelajar tersebut. Tidak meletakkan kesalahan ke atas bahunya sahaja. Jiwa remaja itu perlukan perhatian bukannya hukuman.

Aduhai guru, banyak sungguh tanggungjawab kalian.

Ada guru yang mungkin lebih senang datang ke sekolah, mengajar dan tidak peka dengan perubahan pelajar-pelajarnya.

Ada juga guru yang datang sekolah bukan sahaja tidak mengajar, tetapi sebaliknya memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar.

Bagaimana berhadapan dengan pelajar yang bermasalah?

Dalam usaha mendidik pelajar, kesabaran guru itu akan sentiasa diuji. Antara kesabaran yang terus teruji adalah berhadapan dengan karenah pelajar yang boleh mengundang rasa marah dalam jiwa. Kesabaran ini juga menuntut guru supaya bersabar dalam mengururskan masalah yang berkaitan disiplin di dalam kelas.

Seringkali juga pelajar-pelajar yang bermasalah ini dimarahi.

Sifat yang berlawanan dengan nilai kelembutan adalah marah. Bilamana guru gagal mengawal emosinya, maka sifat marah lebih banayk ditonjolkan berbanding dengan sifat lemah lembut. Ya, tidak salah untuk kita memarahi pelajar, tetapi apa yang perlu diingatkan ialah bagaimana kita sebagai guru meletakkan nilai sebenar kemarahan itu.

Tahanlah marahmu wahai guru.

Saya yakin, disana kita akan lebih menyelesaikan masalah dan merungkaikan setiap segumpal perasaan yang sedia kusut dalam jiwa pelajar. InsyaALLAH.

Atau mungkin kalian ada cara lain selain daripada menggunakan marah sebagai penyelesaian?