Archive | April 2007

who are they?!

Melihat petikan akhbar pada hari ini sudah cukup menunjukkan betapa kualiti guru pada hari ini telah berada pada tahap yang yang meruncingkan. Who are they? persoalan yang mengetuk benak fikiran saya. Kenapa mereka yang bertopengkan seorang guru ini sanggup melakukan pelbagai di luar norma sebagai seorang pendidik? sedih  + marah + bimbang. Perasaan saya berbaur. Andainya begini situasinya, saya percaya tiada lagi dalam dunia ini yang bergelar insan bernama guru akan dihormati oleh masyarakat… Semakin bertambah bebanan yang saya rasakan.. Hanya dengan ilmu dan agama yang dapat kembalikan membetulkan situasi ini..

26 April 2007:
KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja.

Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk seorang pengawal keselamatan.

26 April 2007:

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan menjadi pemuas nafsu gurunya, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, membuat laporan polis kelmarin.

Pelajar berusia 15 tahun itu mendakwa guru itu beberapa kali mencabul kehormatannya, termasuk di sekolah dan rumah suspek.

7 April 2007:

SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh.

Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan.

Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu.

6 April 2007:

PASIR GUDANG: Beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikan menjadi bukti ‘penderaan’ di sebuah sekolah rendah di sini.

Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku, dipercayai akibat dipukul guru terbabit, petang kelmarin.

Perasaan itu hanya diluahkan menerusi tulisan di kertas selepas aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan mereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah.

6 Mac 2007:

BANTING: Seorang pelajar yang baru dua jam mendaftar diri pada hari pertama persekolahan di sekolah barunya, menghadapi kemungkinan buta apabila terkena pembaris kayu dilontar seorang guru.

Ketika itu, pelajar tingkatan dua itu mengikuti mata pelajaran Sains berkaitan mata di sebuah sekolah di Pulau Carey di sini.

26 Februari 2007:

KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dekat sini, menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kepala lapan murid dalam satu kelas, termasuk dua perempuan, didakwa diketuk guru wanita berkenaan selepas dikatakan tidak membawa buku latihan Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, hanya tiga murid lelaki terbabit yang mula-mula dipukul guru berkenaan mengalami pendarahan di kepala hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

14 Januari 2007:

DUNGUN: Seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau, kira-kira 40 kilometer dari sini, mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan teman sekelasnya, Rabu lalu.

Mohammad Nabill Iman Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak demikian kemungkinan sebagai hukuman berikutan dia tak membawa buku latihan.

10 Januari 2007:

GUA MUSANG: Seorang bapa menganggap tindakan guru disiplin sebuah sekolah menengah di sini menggunting kolar baju anak lelakinya kerana didakwa tidak mengikut peraturan pakaian seragam, sebagai tidak bertamadun dan mengaibkan.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, guru itu sepatutnya merujuk kepada ibu bapa pelajar atau anaknya diberi amaran terlebih dulu.

Andainya dibiarkan masa berlalu, kes-kes begini akan terus berlaku…. 😦

Advertisements

Jika hari ini…

Sebagai khalifah, pelajar bakal mempunyai ilmu, bakat dan keterampilan yang berbeza. Semuanya itu adalah taklif atau amanah yang perlu disempurnakan dengan baik bagi kesejahteraan diri dan orang lain. Sebagai khalifah, bakat kurniaan Allah itu sentiasa dimanfaatkan sebaik mungkin. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pendidik untuk menyuburkan bakat itu. Apabila ia terserlah, banyak faedah bakal diterima oleh diri, keluarga masyarakat dan negaranya. Saya coretkan semula sajak sasterawan negara yang membawa seribu satu makna untuk kita manfaatkan bersama.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri Berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang Ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya bermula oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca….

Terima kasih guru.

Guru kini….

SAYA berasa sangat terpanggil untuk mengupas isu berkenaan permasalahan moral di kalangan bakal guru setelah saban hari dimomokkan dengan pelbagai karenah mereka yang melayan nafsu cinta yang semakin menakutkan dalam konteks kita di Upsi pada masa kini. Jujurnya saya mengambil berat dan sensitif dengan hal ini lantaran pelbagai faktor. Pertama saya menyedari bahawa saya juga berada di kalangan mereka, sebaya dan kedua saya sekadar ingin membuat gambaran terhadap para pewaris kepimpinan negara yang juga bakal pendidik anak bangsa pada masa akan datang. Sesungguhnya, pada masa akan datang itu bukanlah seabad, atau sealaf yang akan datang, tetapi hanyalah sekitar 10 tahun atau 20 tahun yang akan menjelang.

Pertama-tamanya memandangkan ini kali pertama saya menulis, maka mungkin terdapat maksud-maksud penulisan yang agak sukar difahami kerana bukannya kepakaran utama saya dalam bidang penulisan.So, I choose to write in English.

Disclaimer: This issue will be written in English because it will discuss about some matters which are seriously happening in Malaysia especially in UPSI. If you really want to know and want me to translate this entry to you, please email me privately.

1)Children of zina =serial Killer

– 82% teenager mothers without fathers.

– Al wadud (Loving). 3 important elements = Love
= Hope
= Fear

– Prophet Muhammad was a very loving person

– No shameful about love.

– Statistic shows that;
1. Love before marriage vs After marriage. Which one more successful?
– After marriage is more successful

2. Choose spouse on our own vs By best friend or family. Which one?
– By our best friend or family more successful.

– Love easily makes us to be unrealistic mind & mindless zombie. How come nothing will happen in man & woman relationship?

– “Do not come near Zina, for it is a shameful deed and an evil path.” 17:32

– Allah prohibits us to be near with zina.

– Separation between man & woman;
1. Prophet Muhammad – After solah women go out first.
– Door: Women can enter this door (kekal sampai zaman Umar)
– Worse row is prayer = Last row for men, first row for women
– The gazed
1. Prophet Muhammad said, “Do not follow the glance with the glance”.

– The story of Tha’labah
– Tha’labah was one of the companions of Prophet Muhammad . One day Prophet Muhammad asked him to go to this one town to do something. Tha’labah went to that town. When he was walking, he saw this house with the door opened. There was a curtain, but it was too transparent. Then he saw a woman bathing. He could see the body of that woman. Tha’labah was like amazed and looked too long. Suddenly he realized that he was doing a sin. Then he felt extremely guilty. Then he was disappeared.

Umar al Khattab & Salman al Farisi tried to search him but they did not find. Then one day Umar al Khattab & Salman al Farisi found this one guy, a Shepard who told them that every month, a man will come down from the mountain, crying and do the istighfar, asked for milk. Then he will drink the milk, but still crying while drinking the milk.
So Umar and Salman went to the mountain, and they realized that it was Tha’labah. Tha’labah was too afraid and he did not want to meet with Rasulullah. He was so afraid that Allah will punish him during the hereafter.
At the end, Tha’labah died at the Rasulullah’s lap. When his body was carried to the grave, Rasulullah said that all angels were spreading their wings to honor the body of Tha’labah.

*Lowered the gaze, watch out the gazing to the private part.

*3 tips to avoid zina ; Married, Fasting, Look down.

Sekadar berkongsi rasa..

“My love is only for this Deen”

New Born!

Assalamua’alaikum

Pertama-tamanya saya memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH s.w.t di atas kelahiran blog ini. Telah lama saya idamkan memiliki blog sendiri dan mencuba sesuatu yang baru. ALHAMDULLILAH akhirnya terlaksana meskipun dalam proses belajar. GURU, cikgu, teacher, Ustaz, ustazah! semuanya membawa satu makna dan tanggungjawab yang amat besar bagi mendidik dan melahirkan anak-anak pada masa depan yang cemerlang. Kerjaya ini sering kali dianggap enteng, pilihan terakhir. Itulah persepsi pertama saya. Atas hidayah dan kekuatan yang diberikan oleh ALLAH, maka saya telah berada dalam bidang pendidikan ini sekaligus memikul tanggungjawab sebagai bakal guru. Diharapkan blog ini memberi manfaat kepada kita semua.