Archive | December 2010

Refleksi 2010 ‘kunci’ lembaran 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Bila dihitung kira hari-hari yang berlalu, sekian lama juga saya rasakan saya tidak meninggalkan sebarang coretan di dalam guruohguru. Tirai 2010 bakal berlabuh sedikit masa lagi dan yang pasti 2011 bakal membuka satu lagi lembaran baru dalam kehidupan kita kelak.

Sedikit masa saya perlukan untuk penyesuaian dengan semua keadaan di sekeliling, disamping memberi ruang kepada saya untuk membuat persiapan rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan untuk tahun baru. Tough times never last.


Saya baru menyelesaikan pembacaan buku Robert Schuller, baru terasa rindu untuk menulis.

Sudah tiba masa saya benar-benar serius untuk menukar paradigma sebagai pelajar kepada figura penting yang  bertindak ‘memanusiakan’ pelajar-pelajar saya kelak. Besar istilahnya sebagai GURU biarpun kadangkala dianggap enteng oleh sesetengah pendapat.

Suka saya berkongsi peribahasa cina yang dipelajari, ‘ming shi chu gao tu’ (guru yang baik akan lahirkan pelajar yang baik)- peribahasa cina.

2010 hanya akan berlalu dengan coretan peristiwa yang sudah tersedia berlaku. Dan yang paling penting sebagai hamba, setiap perkara penting untuk kita mengambil iktibar serta mengkoreksi diri samaada setiap waktu pinjaman-NYA sudah dimanfaatkan atau sebaliknya.

Saya kira anjakan perubahan daripada alam mahasiswa kepada alam pekerjaan merupakan satu lagi metamorphosis yang perlu saya lalui dalam peringkat hidup. Pekerjaan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian baik sebagai lao shi (guru) mahupun tong xue (pelajar) sudahkah cukup baik untuk mendapat ganjaran pahala ibadah?

Penghijrahan saya dari KB ke KL mungkin makan masa bertahun lamanya, namun saya optimis ini merupakan peluang yang terbaik untuk saya menunaikan beberapa impian dan matlamat yang perlu direalisasikan dalam masa terdekat.

Melihat keseluruhan gaya penulisan saya pada tahun ini juga lebih banyak menyentuh kepada pengalaman semasa sebagai seorang guru, dan dari situ saya berkongsi sedikit kisah masam manis bezanya pengalaman bergelar guru dan pelajar.  Seawal tahun 2010 saya sudah memulakan praktikal di selangor bagi melengkapkan ijazah pertama, dan kemudian diberi peluang sebagai guru ganti di beberapa maahad. Moga-moga dengan sedikit pengalaman sedikit sebanyak mampu untuk membantu saya di dalam profesion perguruan.

Mengintai keadaan politik semasa yang berlaku, dan sedikit kesempatan untuk terjun dalam masyarakat semasa, hakikatnya tugas dan tanggungjawab kita masih lagi banyak yang perlu dilunaskan. Peluang terlibat dengan beberapa program kerajaan inilah platform yang saya gunakan untuk menunaikan tanggungjawab sosial yang sedia ada. Beban masalah-masalah umat yang sedia ada perlu ada yang bersedia untuk menghuraikannya dan bertindak menyelesaikannya.

Tahun ini juga sudah beberapa kali saya bermalam di wad dengan pelbagai masalah kesihatan yang dialami keluarga tercinta dan setiap kali itu juga saya melihat betapa besarnya nikmat kesihatan yang dikurniakanNYA. Andai hari ini kita rasakan sudah cukup perit diuji dengan segala kesakitan dan kepayahan, disaat itu juga masih ramai diluar sana yang menderita dengan keperitan yang dialami. Dan kematiaanlah yang paling hampir dengan kita saban waktu.

Mengapa perlu dilakar semua pengalaman-pengalaman yang sedia sudah berlaku?

Muhasabah buat kita. Moga-moga kita tidak  lupa setiap ujian, kejayaan, kesusahan, kegembiraan, kepahitan itu sebenarnya sentiasa menyedarkan hakikat kita sebagai hambaNYA.  Hidup ini pengakhirannya diakhirat sana.

Tahun 2010 tahun yang pendek.

Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke penghujungnya. Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Ameen.

Allahurabbi.

Oh ALLAH

Give me the guidance

To know

When to hold on

And

When to let go

And the grace

To make the right decision

With dignity

Ameen.


Advertisements

Lao shi, Feichang ganxie!

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

‘Aqilah, when you’r teaching, it’s must come from your sincere heart’

‘Dui, lao shi’

‘Lao shi’ saya masih muda, mungkin jarak umur kami tidak banyak beza, tetapi saya cukup menghormatinya sebagai guru. Biarpun merentas bahasa dan bangsa, saya dapat merasakan kesungguhannya mengajar dan membetulkan setiap sebutan mandarin saya.

Saya yakin bukan senang.

Ini merupakan ‘long term investment’ untuk saya menjadikan bahasa mandarin sebagai bahasa ke-empat.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak selama 3 semester di UPSI bumi MURABBI, saya berjaya menyelesaikan kursus bahasa arab, dan kini saya berpeluang lagi untuk mengambil mandarin sebagai bahasa keempat. Biarpun masih sukar untuk bercakap dalam bahasa arab, namun sedikit sebanyak saya sudah memahaminya pabila mendengar perbualan ataupun mempelajarinya secara tidak langsung melalui pembacaan ayat-ayat al-quran.

Tarbiyah petama di sekolah baru benar-benar menguji. Kali ini ‘tong xue’ saya 90% Chinese yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar sjk ( c ).

Di sekolah saya, bahasa utama menggunakan bahasa Inggeris, mandarin dan kadangkala bahasa melayu.

Berpeluang belajar secara langsung dengan guru berbeda bangsa dan bahasa sebenarnya memberi ruang kepada saya untuk mempelajari secara langsung adab resam budaya masyarakat mereka.

Kadang-kala lebih sepuluh kali saya terpaksa mengulangi perkataan yang sama bagi mendapatkan sebutan yang benar-benar tepat.  

Dan setiap kali itu juga ‘lao shi’ saya tidak jemu memberikan kata-kata dorongan terus sabar dan terus sabar membetulkan sebutan saya.

Saya ketika di bumi murabbi

Sebagai pelajar, sedaya upaya saya berusaha memberikan komitmen yang terbaik kepada guru-guru dan juga para pensyarah.

Seingat saya di zaman belajar.

Sedaya upaya saya usahakan untuk datang awal sebelum guru masuk.

Sedaya upaya untuk setiap kelas saya sentiasa berada di kerusi paling hadapan (biarpun subjek kadangkala sukar)

Sedaya upaya juga saya akan berusaha memberi respon apabila ditanya oleh guru ataupun pensyarah

Sedaya upaya juga saya usahakan untuk menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Saya cukup yakin dengan pesan guru saya, apa yang anda berikan pada hari ini akan turut sama anda perolehi pada masa akan datang.

Pernah pensyarah saya ketika di university, berbangsa Indonesia, sukar sebenarnya memahami kuliah yang disampaikan, namun sebagai pelajar perlu untuk terus kita menghormatinya.

Dengan menghormati guru, saya yakin di sana ada keberkatan dengan setiap ilmu yang dipelajari.

‘I’ll try to add another words and notes for you, jia you aqilah. I’ll not letting you to speak mandarin like malay slang’

Jujurnya saya senang dengan setiap guru saya, biarpun mereka berbeda bangsa dan bahasa.

Xie xie ‘lao shier’.

Qing duo zhi jiao!