Mencari erti cinta

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Jujur, sememangnya bukan bidang saya tatkala diajak berbicara soal hati dan perasaan. Saya lebih senang untuk berbicara mengenai isu semasa yang lebih kritikal dan sebagainya..  Namun, sedikit sebanyak kerosakan dan keparahan remaja masa kini disebabkan soal cinta yang tidak terkawal memanggil-manggil saya untuk berbicara berkenaannya. Gusar melihat keparahan akhlak dan keruntuhan remaja akibat mainan cinta. Belum lagi dilihat statistic penceraian yang berlaku. Terasa ingin menukar rentak penceritaan dalam blog saya ini. Ayuh berbicara mengenai cinta.

Saya mulakan dengan penceritaan kisah benar bagaimana tarikan ‘chemisty’ antara uda dan dara ini berlaku. Seorang gadis cukup mencintai seorang pemuda yang tutur katanya telah menawan hatinya, kerana penampilan yang menarik hati dan dek kerana ketajaman pandangan mata si pemuda yang memikat, sehingga membuatkan si gadis tidak mahu kahwin kecuali dengannya dan menganggap bahawa kebahagiannya tidak dapat diraih, kecuali bila hidup dengannya.

‘Semua yang ada padanya cukup untuk membuktikan bahawasanya dia adalah lelaki idolaku yang selama ini kucari-cari, kerana pada dirinya terdapat semua dambaan dari seorang lelaki yang selama ini kuimpikan’, rintihan si gadis.

Kesan yang menarik ini kemudian berkembang menjadi perasaan yang bergelora penuh cinta dan menjejakkan kedua-duanya ke jinjang pelamin. Namun, langit tidak selalunya cerah. Belum genap 18 bulan perkahwinan mereka, pasangan ini berada di depan mahkamah syariah untuk mengemukakan proses penceraian sesudah kelemahan masing-masing dari mereka terbuka. Ruang kehidupan rumah tangga mereka diwarnai oleh rasa tidak suka antara satu sama lain.

Tamat pengakhiran kisah cinta uda dan dara.

Realiti yang sering berlaku, gelora perasaan cinta akan beransur pudar sesudah perkahwinan. Dengan demikian, bererti perkahwinan yang berjaya dapat diidentifikasikan sebagai hubungan yang berlandaskan cinta yang lebih mendalam pengertiannya dan lebih panjang usianya sebagai ganti dari perasaan cinta buta yang bergelojak hanya untuk sementara waktu. Pesan pada diri, carilah cinta yang mempunyai akar yang mendalam dan ditumbuhkan atas dasar saling mengerti dan memahami persamaan pengalaman , tiada yang lain demi bertujuan mecari redha Illahi.

Suka saya berkongsi teori cinta yang dikemukan oleh Dr Soul Gordon, dari Universiti Serakova,Amerika Syarikat, hasil bacaan ringkas saya menemui bahawa sesungguhnya jika kita dalam mabuk cinta, seluruh dunia ini seolah-olah berputar pada orang yang dicintai. Setelah perkahwinan berlangsung, datanglah seiring dengannya realiti lain untuk mebuktikan yang sebaliknya dan memupuskan semua persepsi  indah kita sebelumnya. Demikian sudah, baru kita temui bahawa ternyata ada dunia-dunia lain yang seharusnya kita sedari kewujudannya, iaitu dunia saling mengerti, norma-norma dan berbagai jenis tradisi kehidupan.

Saya impikan yang terbaik.

Lantaran itu, setiap muslimah mengimpikan lamaran islami. Ternyata lamaran islami berbeza dengan jenis lamaran yang lain. Lainnya lamaran ini menggambarkan keikhlasan hati si pemuda untuk memperisterikan si gadis, kerana lamaran yang islami melibatkan orang yang menjadi wali bagi si gadis dalam menentukan pilihannya. Untuk itu, dia bertanyakan tentang sikapnya dalam berinteraksi dengan orang lain dan bertanyakan tentang agamanya. Tidak cukup sampai disitu sahaja, bahkan dia meminta kepada pihak lain untuk menyelidiki teman-teman rapatnya dan juga teman-teman pergaulannya. Selanjutnya, jika punya kesempatan dia sendiri duduk bersama untuk melihatnya dengan pandangan mata yang berbeza dengan pandangan mata si gadis. Ia mengajaknya berbicara dan mengajukannya pelbagai pertanyaan kepadanya sehingga dia dapat mengetahui banyak hal yang tidak dapat diketahui oleh si gadis yang belum berpengalaman dengan lelaki dan belum mengenal selok-belok mereka dalam menampilkan, selain apa yang mereka sembunyikan dalam dirinya.

Bila mana lamaran islami tidak diamalkan, demikianlah terusnya berlaku cinta monyet ini. Maka pihak masing-masing tidak akan melihat pihak lain yang menjadi pasangannya, kecuali hanyalah apa yang diimpi-impikan dan diangan-angankannya. Dia tidak akan mampu berfikir dan bersikap realisitik dan rasional terhadapnya.

Bukankah semuanya ini menjadi bukti yang jelas tentang keperluan lamaran islami tidak cukup sekadar cinta?

Ya Rabb, temukanlah insan yang terbaik untuk hambaMU ini. Ameen.

p/s :  saya mohon maaf, andainya bahasa kurang puitis bila berbicara mengenai cinta. namun, tiada niat lain melainkan sedikit perkongsian untuk manfaat bersama. aduhai, niat awal ingin ulas mengenai BTN namun keluar idea lain bila diajak berbicara berkenaan cinta.

Advertisements

6 thoughts on “Mencari erti cinta

  1. Assalamualaikum wbt sj ziarah.

    “Utamakan cinta Allah SWT daripada cinta sesama manusia. Cinta itu terbahagi lima :

    ­Cinta manusia kepada Tuhannya
    ­Cinta manusia kepada dirinya
    ­Cinta kepada orang kerana kecantikannya
    ­Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya
    ­Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya
    (Kata² Hukama’)

  2. Setuju dgn cg zulhilmi,
    Cinta manusia cinta sementara tapi,cinta Allah cinta abadi dan LEBIH UTAMA

    tak salah mencintai manusia,mencintai bunga, mencintai apa saja kbaikan..
    yang penting cinta itu didasari dengan CINTA kepada ALLAH
    barulah itu dikatakan ‘cinta’

    Ya Allah..
    temukanlah kami dengan insan yang menjadi penguat cinta kami kepada-Mu…amin

    p/S sentiasalah berdoa pada-Nya supaya ditemukan dengan insan yang dapat mendekatkan kita kpd-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s