Archive | December 2008

Doakan mereka

gaza31Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Di saat umat Islam menyambut tahun baru Islam, hakikatnya saudara kita di Palestin sedang berduka. Ratusan umat Islam di Palestin syahid dan luka, akibat serangan rakus Israel. Akhbar melaporkan jumlah yang syahid dan luka akan terus bertambah. Tayangan televisyen memperlihatkan jenazah para korban yang terdiri dari anak-anak, laki-laki dan perempuan bergelimpangan di jalan-jalan Gaza.  Saya sedih. Adakah anda juga merasakan perkara yang sama?

Saya memetik semula kata-kata As-syahid Syeikh Ahmad Yassin apabila ditanya berkenaan perjuangan rakyat Palestin:

“Rakyat Palestin hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun meneruskan perjuangan mereka”

malah apabila ditanya berkaitan ancaman rejim Zionis supaya membunuhnya selepas percubaan pertama membunuhnya gagal,

“Jika saya terkorban, akan muncul seribu yang lain seperti diri saya”

Dan akhirnya, pada subuh 22 Mac 2004, Syeikh Ahmad Yassin akhirnya menemui syahid semasa beliau dalam perjalanan pulang dari masjid selepas selesai sembahyang subuh secara berjemaah.

Jika hari ini di ketika ini, saudara kita di Palestin berjaya membuktikan komitmen mereka dalam perjuangan bagi memerdekakan Masjid Al-Aqsa dan juga tanah air Palestin, tanyakan pada diri kita, apakah pula sumbangan kita kepada Masjid Al-Aqsa dan kepada Islam khususnya?

Kanak-kanak yang tidak berdosa  ini ketakutanjabalia-nov24-21

 

Para syuhada berpelukan bersama di sisi ALLAH (InsyaALLAH)

gaza5

Bom yang memburu mangsa-mangsa tidak berdosaneth_ah64_1

Ya ALLAH, selamatkanlah saudara seIslamku, seAgamaku di Palestin

“Kamu akan melihat orang yang beriman dalam saling menyayangi, saling mengasihi, dan saling mencintai bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota sakit, maka anggota yang lain juga turut sakit dengan berjaga malam dan demam” – Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Berita dari bahagian akademik

Bismilahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Ada beberapa makluman penting untuk mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik. 

aktiviti1

Praktikal semester tujuh

Berita yang disahkan, bahawasanya praktikal semester tujuh hanya melibatkan pelajar ambilan 2008/2009. Untuk pelajar-pelajar yang lain, anda akan mula berpraktikal pada semester 8 mengikut sistem yang telah ditetapkan. Bagi pelajar-pelajar FST, untuk subjek-subjek yang telah diambil, pihak fakulti masih dalam perbincangan samaada untuk mengekalkan subjek yang telah diambil atau kemungkinan besar akan digugurkan pada awal semester depan. Oleh yang demikian, pihak FST akan memaklumkan melalui notis yang akan dikeluarkan.

Jadual dan tempat kuliah

Pada semester depan juga, bahagian akademik telah menyusun semula jadual dan tempat kuliah mengikut fakulti. Pembahagian tempat kuliah khususnya dibuat mengikut zon bagi memudahkan dan menyelaraskan pergerakan pelajar. Sebagai contoh, tempat kuliah bagi pelajar FST hanya akan melibatkan kawasan tadahan utara dan kawasan tadahan selatan. Bagi pelajar FPE akan melibatkan kawasan anjung. Mahasiswa/i juga diminta untuk menyemak semula jadual kuliah bagi mengelakkan penyusunan waktu yang padat. Andai ada waktu yang tidak punya selang untuk melakukan solat, mahasiswa/i disyorkan untuk melakukan proses tambah gugur bagi menyusun semula jadual kuliah yang diberikan.

General English

Untuk mahasiswa/i yang akan bergraduate,  sekurang-kurangnya bagi pelajar-pelajar TESL sekurang-kurangnya lulus MUET dengan band 4, manakala pelajar sains band 3, dan pelajar-pelajar lain sekurang-kurangnya band 2. Namun yang demikian, universiti telah memperkenalkan subjek General English untuk mahasiswa/i yang berminat sebagai ganti kepada peperiksaan MUET. Subjek General English tidak dikira sebagai jam kredit. Sekurang-kurangnya pelajar harus mencapai gred C untuk subjek ini bagi menggantikan peperiksaan MUET. Pelajar lama yang berminat boleh berbuat demikian pada awal semester depan semasa minggu tambah gugur. Subjek General English diharapkan dapat membantu kesemua pelajar UPSI untuk bergraduat.

Ulang peperiksaan

Bagi mahasiswa/i  yang berminat untuk memeriksa semula kertas peperiksaan baru-baru ini, anda boleh berbuat demikian pada awal semester depan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM25 untuk satu kertas. Bagi pelajar-pelajar yang berminat mengulang semula, sekurang-kurangnya gred c- dan ke bawah untuk subjek-subjek teras iaitu subjek pendidikan dan subjek universiti.

Denda bahagian akademik

Mahasiswa/i yang mempunyai masalah untuk pulang awal ke kampus sehingga akhirnya terlambat untuk mengambil slip peperiksaan,  disebabkan masalah-masalah yang berkaitan dengan keluarga, kewangan dan lain-lain hal yang berkaitan, anda dinasihatkan menulis surat kepada dekan. Hal ini disebabkan, untuk masalah-masalah terbabit  denda boleh dikurangkan daripada bahagian akademik sehingga 80% ataupun pelajar tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Surat yang dibuat perlu mendapat pengesahan dekan untuk digunakan sebagai bukti semasa pembayaran dilakukan.

Study week

Mengikut takwim yang ditetapkan pada semester hadapan, study week tidak dimasukkan pada semester depan. Hal ini berikutan, UPSI memulakan kuliah seminggu lebih lambat berbanding dengan universiti-universiti lain iaitu pada 5.1.2009 berbanding universiti lain yang bakal bermula seawal 28.12.2008. Namun yang demikian, perkara ini telah dimajukan kepada bahagian akademik untuk diadakan semula study week sekurang-kurangnya seminggu dan ianya dalam pertimbangan . Walaubagaimanapun, saya akan mendapatkan maklum balas selanjutnya daripada semasa ke semasa oleh bahagian akademik UPSI berhubung dengan perkara ini.

Oleh yang demikian, diharapkan mahasiswa/i mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai isu-isu yang diutarakan.

“Transform with knowledge”

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI 2008/2009

Karya segar

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Antara penulis yang saya minati adalah Tuan Guru Dato’  Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tuntasnya saya hampir memiliki kebanyakan buku tulisan beliau.  Membaca karya beliau terasa bait-bait ayatnya sampai ke dalam hati. Bagi sesiapa yang pernah mendengar ceramah yang disampaikan beliau, ayat-ayat bersahaja yang digunakan sarat dengan unsur-unsur nasihat untuk diimplemtasikan dalam kehidupan harian. Itulah dia, ulama’ pewaris para anbiya’.

Dan, pada tulisan ini, saya mengambil peluang untuk berkongsi mengenai karya beliau seterusnya untuk dimiliki oleh mahasiswa/i khususnya.

Buku yang pertama :                                                                                                                           

Apabila Tuan Guru mula berbicara mengenai cinta dalam tulisan beliau. Buku ini mempunyai 242 muka surat.

“Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu.” (Surah al-‘Imran Ayat 31)

cover-buku-cinta-web1Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang “terbungkus” kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat “malu-malu”, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi “taboo” dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya “ahli” hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana.

Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan “live” !

Jika mampu untuk digambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan ALLAH SWT.

Buku yang kedua :

telaga-copy

Telaga Budi adalah sauh tempat diamnya pautan budi. Dalam tenang takung airnya, ada pusar lautan makna. Bagai riak di tasik madu, ia menghantar sebimbing wahyu terkupas dari asuh kata ulama’. Buku ini pula merupakan himpunan kata-kata hikmah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

P/s : “HAMAS daripada underground kepada parti pemerintah” judul buku yang sedang saya habiskan. 

Dakwat merah guru

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH.

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai isu-isu pendidikan yang berlaku di London baru-baru ini semuanya berkisar mengenai dakwat pen yang digunakan oleh guru-guru di sana.

satu

Ada yang menyatakan warna merah itu melambangkan keberanian.

Ada juga yang menyatakan warna merah itu melambangkan kekayaan.

Dan, warna merah juga melambangkan kematangan.

Ini semua merupakan pelbagai pendapat ataupun persepsi mudah mengenai mengapa seseorang memilih warna merah.  Sedar atau tidak kajian di London telah membuktikan bahawasanya penggunaan dakwat merah guru menjejaskan motivasi murid di sekolah. (Kosmo, 27 Disember 2008)

Yang terbaru, beratus-ratus buah sekolah di Britain mengambil pendekatan melarang guru-guru daripada menggunakan pen dakwat merah untuk menanda kerja sekolah.

Pelaksanaan larangan tersebut dilakukan selepas golongan pelajar berasa lebih tenang jika kerja sekolah mereka ditanda dengan pen berwarna hijau, biru, merah jambu dan kuning selain pengunaan pensel.

Warna merah dianggap bersifat ‘konfrontasi’ dan ‘menggugat’ emosi pelajar,

Sekolah Rendah Crofton di Kent, England yang mempunyai murid-murid berusia 7 hingga 11 tahun merupakan antara sekolah yang melarang penggunaan warna merah bagi tujuan tersebut.

“Pen merah akan menjejaskan motivasi kanak-kanak. Warna itu membawa maksud negatif seperti ‘jumpa guru’ atau ‘tidak cukup bagus’,” kata guru besarnya, Richard Sammonds.

“Kita tidak lagi mendidik pelajar untuk menjadi kerani atau penyimpan kira-kira seperti pendidikan dahulu. Kita cuba membekalkan pendidikan untuk kanak-kanak yang bakal memasuki alam pekerjaan pada kurun ke-21,” tambahnya.

Walaupun disifatkan kontroversi, pendekatan baru itu turut mendapat lampu hijau daripada institusi-institusi pendidikan negara itu.

“Pengharaman warna merah merupakan reaksi setelah bertahun-tahun melihat kanak-kanak mengalami tekanan apabila kerja sekolah mereka ditanda dengan pen merah. Apabila pelajar terutama pada peringkat awal sekolah melihat setiap kesilapan diwarna merah, mereka berasa rendah diri dan putus asa,” kata seorang pakar pendidikan, Shirley Clarke.

Bagaimanapun, masih terdapat para pendidik yang menentang langkah tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak munasabah.

“Pengharaman itu karut. Akal fikiran menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui kesilapan dan mereka perlu disedarkan supaya dapat memperbaiki diri,” kata Pengerusi Kempen Untuk Pendidikan Sebenar, Nick Seaton.

Di Malaysia

3102568402_87e43de26d

Walaubagaimanapun, untuk institusi pendidikan di Malaysia, masih belum diadakan sebarang kajian mengenai penggunaan pen dakwat merah. Apa yang pasti, bagi seorang guru, sudah semestinya menjadi kewajipan untuk memiliki pen dakwat merah ini sekurang-kurangnya satu batang setiap seorang.

Apatah lagi penggunaan dakwat pen di Malaysia sebenarnya sebagai alternatif mudah untuk memberi gambaran mengenai pencapaian murid kepada ibu bapanya. Yang pasti, sifir mudah yang sering digunakan,BIRU untuk lulus, MERAH untuk gagal.

Pesanan Untuk Umat Islam Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Pertama-tamanya ,syukur saya masih diberi peluang untuk berkongsi dan menulis dalam menyampaikan fahaman Islam melalui penulisan.  Sempena kedatangan tahun baru Islam, kali ini berbeza sedikit penulisan saya,  saya mengambil kesempatan untuk menulis semula pesanan Dr Khalil Ismail Al-Hayya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Pesanan ini saya membacanya dalam buku tulisan saudara Maszlee Malik yang bertanggungjawab menterjemah semula pesanan ini atas permintaan Dr Khalil.  Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran untuk menjadi pedoman dan mengingatkan diri di saat sentiasa lalai dengan nikmat Islam dan Iman yang ALLAH kurniakan. Surat ini saya akui agak panjang, namun, saya minta anda semua membacanya sehingga akhir agar ianya dapat dicerna dengan baik.

Daripada Dr Khalil Ismail Al-Hayya-,

ALHAMDULLILAH, ALLAH memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih oleh ALLAH bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh ALLAH dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh ALLAH supaya menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid suci ketiga. Kami juga dipilih oleh ALLAH supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia. Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

1_311783946l

Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampung halaman dan juga tanah air. Dibunuh, diseksa,  ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadun yang dapat disenaraikan, sudah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ia adalah jihad, kemuliaan dan bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga ALLAH menerima pengorbanan kami ini.

Semasa detik-detik awal penjajahan, kami, saudara anda daripada gerakan Islam menjadi barisan utama perjuangan. Selpeas bebeapa waktu, gerakan Islam dibantai penjajah. Walaubagaimanapun , pembantaian itu tidak cukup bagi melemahkan kami. Sehingga zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh itu, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiah dan kebajikan menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehingga pada pertengahan 80-an apabila arus sekular mula jemu dengan perjuangan. Semasa arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula lesu, kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi bagi memandu kebangkitan semula umat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

Semenjak hari pertama pertubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga memberikan nyawa ahli–ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami. HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid Al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, ALLAH memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka. Kemenangan ini walaupun indah, namun ianya ujian yang getir bagi kami. Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS. kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang dalam perjuangan kami iaitu politik pemerintahan. Semakin bertambah beban, semakin tinggi pengorbanan kami.

Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan akidah yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan manhaj atau tujuan yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarinya?

Umat Islam di Malaysia sekalian, menjadi pemerintah tidak mudah. Apatah lagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sebuah negara tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negra yang menjadi saaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sehingga USD3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak tiga bulan yang lalu. Tahap pengangguran mencapai 31 peratus di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin berkurangan. Baru-baru ini tiga orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Malah persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampur dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini berlaku? Ia kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon yang rakyat inginkan dalam pilihan raya yang lalu. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis mengambilnya dan mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya. Mereka juga menutup laluan udara, darat dan laut Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Dimanakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf  Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sesekali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat hanya mampu bertahan selama enam bulan. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tidak tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila? Perut mereka akan kosong. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkah saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.

Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. kami akan tuntut daripada ALLAH atas kelembapan saudara semua. kami tidak akan reda pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia, kami mengjarapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 (bersamaan rm3.60)  setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapkan saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.

Kami juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dlam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Palestin dan Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong oerjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.

100252275_ee7c32dbde

Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat ALLAH akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.

ALLAHU AKBAR!

Saudaramu,

Khalil Ismail a-Hayya

Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin

14 MEI 2006

Berita kematian

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Tatkala kurang 2 minggu lagi kita bakal memulakan sesi kuliah bagi semester dua 2008/2009, saya menerima beberapa berita kematian yang melibatkan ahli keluarga terdekat mahasiswa/i khususnya. Terasa kematian semakin hampir dengan kita. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada mahasiswa/i yang terlibat. Saya yakin dan percaya bahawasanya anda semua insan yang terpilih dan cekal untuk mengharungi ujian kehilangan individu yang terdekat.

al-fatihah

1) Cikgu Mohd Fikri Bin Ismail (kematian datuk), Pelajar semester akhir, Pendidikan Sains Fizik

2) Cikgu Rahman Bin Basri (kematian ayah), Presiden Kelab Astronomi, Pelajar semester 5, Pendidikan Sains Fizik

3) Cikgu Aiman Bin Zainul Kerif (kematian ayah), Pendidikan Matematik

Marilah sama-sama kita membacakan Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah.. Semoga roh mereka  dicucuri rahmat dan sentiasa berada dalam golongan para solihin. AL-FATIHAH

“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara:
*Sedekah jariah
*Ilmu yang bermanfaat
*Anak soleh yg sentiasa mendoakan ibu bapa

(RIWAYAT MUSLIM)

Sincerely wishes condolences from,

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009

Kerana sepasang kasut

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Setelah kemenangan Barack Obama yang berjaya mengenepikan populariti Bush bekas presiden Amerika Syarikat, dunia sekali lagi dikejutkan dengan insiden yang berlaku pada Bush.

Insiden presiden Amerika Syarikat dibaling kasut oleh seorang wartawan  televisyen Iraq, Muantadar al- Zaidi. Berita yang dibaca melalui akhbar tempatan pada hari ini, wartawan yang bertindak demikian telah mengalami patah tangan dan tulang rusuk selepas dipukul oleh sekumpulan ejen keselamatan Iraq.

Muntadar, 29, ditahan selepas dia melempar dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.Seorang peguam di Iraq berkata, Muntadar mungkin dihukum penjara minimum dua tahun sekiranya didapati bersalah menghina seorang ketua negara.

gambar-bush

Kerana sepasang kasut

Kejadian bermula apabila lawatan Bush ke Iraq bertukar menjadi insiden yang menggemparkan dunia, apabila seorang wartawan  al-Baghdadia, melemparkan kasutnya yang pertama semasa sidang media apabila Bush. Dia dikatakan berteriak sambil membaling kasut yang pertama  

“This is a gift from the Iraqis, this is the farewell kiss, you dog”

Kasut yang kedua dibaling dengan teriakan

 “This is from the widows, the orphans and those who were killed in Iraq”

Bagaimanapun, Bush yang mengadakan lawatan mengejut di Iraq sempat menundukkan kepala dan menyebabkan kasut itu mengenai dinding di belakangnya. Biarpun tidak mengenai Bush, namun tindakannnya telah mengenai Bendera Amerika Syarikat. Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Kerana sepasang kasut, Bush akhirnya mendapat malu dan penghinaan malah menjadi bahan utama berita dunia!

Kerana sepasang kasut, Muntadar dianggap hero atas tindakannya yang berani itu, biarpun dia dibelasah teruk pada akhirnya!

Kerana sepasang kasut, beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya untuk hari kedua semalam bagi mendesak pembebasan Muntadar yang kini dianggap sebagai hero oleh penduduk Iraq!

Realitinya, kejadian telah membuka mata byk pihak, bahawa rakyat Iraq &  seluruh kaum muslimin bencikan musuh-musuh islam.

Biarpun sekecil mana tindakan kita, hakikatnya menjadi nilaian di akhirat nanti lebih-lebih lagi dalam perjuangan menegakkan Islam! Bagaimana pula dengan sumbangan kita?

P/s : Makluman awal untuk pelajar-pelajar UPSI khususnya, kuliah bakal bermula 5 hb Januari 2009, keputusan peperiksaan akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat. Untuk pendaftaran kolej, bermula pada 3hb. Manfaatkan sisa baki cuti dengan sebaiknya. Moga ianya mampu menjadi bekalan di pada masa hadapan. InsyaALLAH.

 

 

 

Pindaan AUKU

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU”- Bekas Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tun Dr Mahathir.

Ever since I was a kid, I’ve dreamt of entering university one day. That’s because my older sister got into university and my family and I followed her there on the first day. I was mesmerized by the whole place. I thought that only the smartest people in the whole wide world only got to study at such a huge place.

Believe me, university is not anything like another place. Ia ada AUKU!

Tatkala ini parlimen masih lagi membahaskan mengenai pindaan AUKU. Dan saya pernah menulis pendirian dan pandangan saya mengenai pindaan AUKU pada entry sebelumnya. 

Ada beberapa kenyataan yang boleh dikongsikan dan difikirkan bersama.

Parlimen 11 Disember

Kenyataan 1 :

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tadi yang disebut oleh isu tentang hak mutlak, kita tidak pernah menyokong hak mutlak kepada siapa-siapa pun. Akan tetapi, yang telah dibaca tadi adalah International Covenant In Human Rights yang menyatakan hak kebebasan ini harus disekat supaya tidak mengancam keselamatan sesiapa pun.

Akan tetapi dalam undang-undang pindaan ini, adakah membenarkan pelajar kita untuk menyertai pertubuhan dan parti-parti politik mengancam keselamatan individu yang lain atau negara. Ini saya anggap selain daripada kalau pelajar itu atau seorang mahasiswa atau mahasiswi menyertai satu pertubuhan haram atau pertubuhan terrorist. Kalau pertubuhan yang didaftarkan dan parti-parti politik yang didaftar di bawah undang-undang, bagaimana kita boleh tafsirkan penyertaan mereka ini mengancam keselamatan negara atau keselamatan orang lain.

Sekarang ini, kita akan mendidik pasukan intelek dan pemimpin negara masa depan. Kalau mereka tidak dibenarkan atau kebebasan menyertai dalam parti-parti politik atau pertubuhan ini disekat, bagaimana mereka dapat experience untuk teruskan tanggungjawab mereka sebagai golongan intelek bagi masyarakat. Terima kasih.

Kenyataan 2 :

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Baguslah itu jaminan maknanya kita boleh tubuh tetapi saya hendak sebut bahawa ini masalah yang dihadapi oleh pelajar. Jangan kata hendak tubuh, saya pergi makan nasi rumah seorang pensyarah universiti buat PhD di sana, pensyarah itu dipanggil balik oleh universiti untuk beri jawapan kenapa Mahfuz Omar pergi rumah kamu.

Saya pergi makan nasi, pergi ziarah dia. Tak akan pergi makan nasi, macam mana kalau saya menikah seorang lagi. Isteri saya belajar buat PhD di UK, sebulan sekali saya pergi, nanti dia tanya pasal apa Mahfuz mai. Maknanya isteri saya jawab, dia mai bukan sahaja setakat mai, tidurdengan saya. Salah…. [Ketawa] Makna kena jawab kepada pihak universiti. Ini saya kata apa punya undang-undang. Jadi saya hendak kata bahawa Yang Berhormat beri jaminan tetapi apa dari segi praktikalnya tidak berlaku begitu. Tekanan kepada pelajar-pelajar di luar negara cukup teruk.

Kenyataan 3 :

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Menteri, sedikit menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak rujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang menggunakan Artikel 10(3) jika mana dibentangkan AUKU ini oleh ataupun semasa dipinda AUKU ini oleh bekas Perdana Menteri kita ketika itu merupakan Menteri Pelajaran, tidak timbul pun persoalan Artikel 10(3) ini.

Tiba-tiba pada hari ini menteri berhujah dengan menggunakan Artikel 10(3) dan sehinggakan dalam satu tulisan yang ditulis sendiri oleh Tun Mahathir kerana kita apabila AUKU ini diperkenalkan dia menyekat kreativiti mahasiswa untuk berfikir. Saya pengalaman ketika duduk di Universiti Malaya, pengalaman ketika duduk di UiTM, ada sahaja sedikit masalah, buat press conference sedikit, ayah saya telefon. Dia bukan menakutkan mahasiswa sahaja, menakutkan ibu bapa. Jangan, sat lagi kena AUKU, jangan sat lagi kena ISA, apa ini.

Kemudian di sini saya baca apa yang ditulis oleh Tun Mahathir, dia kata jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja AUKU. Ini bukan kenyataan sahaja, ini kenyataan bekas orang yang membentangkan pindaan AUKU 1975, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Kenyataan 4 :
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tentang keadaan pelajar kita di luar negara. Sebenarnya apa sistem yang ada sekarang ataupun pelaksanaan yang ada sekarang daripada dasar-dasar kementerian telah awal-awal lagi mewujudkan satu diskriminasi dan prejudis terhadap anak-anak kita.

Saya tidak kisah kalau Yang Berhormat Menteri kata Kelab UMNO adalah satu kelab kebajikan dan sebagainya tetapi sebenarnya realitinya tidak begitu seperti kata Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan berlaku diskriminasi kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan simpati ataupun mungkin seperti tadi menjadi tuan rumah sahaja.

Anak saya dua orang belajar di luar negara, saya tahu sangat isu ini dan saya tahu sangat diskriminasi, malah Timbalan Perdana Menteri pernah pergi ke Indonesia di mana tempat universiti anak saya belajar, dicari anak saya malah orang yang ikut dia, pegawai-pegawai dia mencari dan secara single out daripada ramai-ramai itu dan memberi orang kata, ugutan-ugutan kepada anak saya, kerana dia anak saya, semata-mata kerana dia anak Dr. Lo’Lo’. Jadi saya kira ini adalah satu sikap yang boleh diteruskan sebab saya kata, yang mendapat political mileage adalah kami di pihak pembangkang. Terima kasih.

Kenyataan 5 :

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi beberapa alasan yang diberi oleh menteri menyatakan universiti tidak mahu campur tangan parti politik dalam urusan universiti, tidak mahu pelajar dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Saya rasa bukan pihak universiti tetapi masalahnya ialah pihak Kerajaan Barisan Nasional yang tiada keyakinan terhadap pimpinannya. Mengapa tidak boleh membenarkan parti politik bersaing untuk menarik atau memberi pengaruh kepada pelajar-pelajar terhadap ideologi parti masing-masing. Itu persoalannya.

Saya juga hendak tahu apakah pihak kementerian membuat kajian di mana negara-negara yang top 100 universities dalam Times Higher Education Ranking ini mana universiti yang ada AUKU ala Malaysia ini. Mereka tidak ada, mereka top 100 universities. Umur mengundi di sesetengah negara seperti US dan UK ialah 18 tahun, mereka boleh mengundi, boleh terlibat dalam politik tetapi universiti mereka top 100. Jadi, alasan yang diberi tidak boleh dipakai langsung, tidak boleh diterima. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Menteri, ada kajian menunjukkan bahawa membenarkan pelajar-pelajar terlibat dalam parti politik akan menjejaskan pendidikan mereka. Kita sudah ada for the past 30 over years dengan AUKU…

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini jawapan. Ada apa kajian, ada apa bukti ini akan menjejaskan pendidikan mereka. Ini alasan yang selalu diberikan oleh menteri.

Untuk melihat teks penuh perbahasan mengenainya, saya syorkan mahasiwa/i melayari http://penarekbeca.blogspot.com.

p/s : Saya terkesan dengan AUKU, apabila ianya menjadi kiblat dalam pembentukan kabinet MPP UPSI baru-baru ini.

Sort of dumb

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

This video should spark a global rage among Muslims. I wonder why Malaysian reporters don’t report this.Kita masih lagi segar dengan filem FITNA, kali ini Belanda sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila ahli politiknya, Ehsan Jamil  mengeluarkan filem kontroversi selepasnya yang berjudul “An interview with Muhammad”

166701512Now it’s Ehsan Jami’s turn. After Fitna, from right-wing Dutch politician Geert Wilders, and Submission, by former Dutch-Somali MP Ayaan Hirsi Ali and Theo van Gogh, now the young Iranian-born Dutchman Ehsan Jami has made a film about Islam.

‘An Interview with Muhammad’ is less confrontational than its predecessors. The 15-minute film shows Mr Jami interviewing the prophet Muhammad, played by an actor wearing a Bedouin headdress, his face covered by a paper mask.

Modern prophet
The two discuss various aspects of Muhammad’s life. By way of a relaxed, contemporary news interview, the film creates a more modern, free-thinking version of the Muslim prophet.
Ehsan Jami says he made the film to spark a debate within Islam itself.

“Muslims should interpret the deeds of Muhammad differently, that’s what I hope, that’s what I try to do. The realisation has to come with their conscience, with a reformation.”

A call for Islamic reformation. But is Mr Jami a credible figure to be making such a call? He made a name for himself a year ago when he presented his Committee for Ex-Muslims. At that time, he harshly criticized his former religion, going so far as to compare Muhammad with Hitler.
In the meantime, he has changed course.

Moderate
An Interview with Muhammad is much more moderate than the statements Ehsan Jami made last year. And a far cry from Submission, Fitna, or the cartoon film about the prophet, Jami originally planned to make.
Mr Jami now says he doesn’t just want to name the problem. He wants to offer a solution. But why should Muslims listen to an avowed apostate?

“Why not? Because there’s no one else who’s doing it. I’m the only one, there are a few of us actually doing anything. I’m hoping more Muslims in Holland, native or not, stand up and fight for it, and fight for what we really believe in, for our civilisation, our culture, our human rights.”

The film was launched the day before the world commemorates 60 years since the signing of the Universal Declaration of Human Rights. This hammers home Jami’s message to Muslims: humanism comes before religion.

The question remains how many Muslims will heed his call?

The film may be milder than Fitna, but it is still controversial. Most Muslims believe images of Muhammad should not be shown. And the film covers many topics that are taboo in Islam.

P/S : Untuk melihat video penuh filem ini boleh layari di http://www.radionetherlands.nl/.

Saat ujian itu tiba

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa berulang lagi. Realitinya kejadian ini telah berlaku pada tahun 1993 dan ianya berlaku lagi. Adakah kita tidak mengambil pengajaran ataupun tidak serik diuji? ALLAH sedang menguji hamba-hambanNYA.

Timbul rasa gusar dalam diri saya apabila disajikan dengan pelbagai berita semasa. Tanah runtuh, kematian, banjir dan lain-lain lagi. Ketika saya menulis entry ini, hujan masih lagi renyai-renyai di luar sana. Bercerita mengenai ujian hidup yang datang pelbagai cara, setiap masa, memberi peringatan untuk diri saya yang sentiasa lupa.

Pemergian Datuk Razali Ismail

(Takziah untuk bekas rakan pendebat saya, amar razali dan keluarga)                               datukrazaliismail

 Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa (Ujian bencana alam)

tnzh-g

 

 

Ya, ujian hidup adalah “guru” yang tidak bercakap. Tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ia hakikat sebenar komunkasi tanpa suara antara Tuhan dengan hambanNYA. Ujian terkeceil malah yang terbesar adalah takdir ALLAH. Ia mempunyai maksud yang tertentu. 

 

Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian sama ada secara langsung daripada ALLAH atau melalui orang lain, kita mula melatah

 

Terasa ALLAH tidak adil, sengaja menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut.

 

Dan ketika itu, hati mula berdendam dan buruk sangka pada ALLAH yang mendatangkan ujian. ALLAH Maha Pengasih, jauh sekali ALLAH takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hambaNYA.

 

Bandingan orang yang diuji

 

Mari kita lihat satu perbandingan. Katakanlah suatu ketika seorang guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu?

 

Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah disebalik dia dirotan.

 

Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahan, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.

 

Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru Besar pula menjalankan keadilan, yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang tidak mengulangi kesalahan. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan.

 

Muhasabah diri

 

Begitulah juga dengan ALLAH yang maha Pengasih. Pelbagai cara ALLAH gunakan untuk mendidik kita. DiberikanNYA ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.

 

Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh daripada ALLAH, mengeluh dan menyesali takdir ALLAH. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Redha dan bersabarlah. Terimalah segala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus daripada ALLAH. Dan ingatlah, andai kita diuji, kita wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang ALLAH kurniakan kepada kita.

 

   

Jadi, mengapa mesti ada rasa takut, bersedih, bahkan merungut ketika diuji?