Archive | April 2009

Buku Terbaru

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILLAH

Sempena pesta buku yang berlangsung sekarang, saya berkongsi judul buku terbaru yang menarik untuk dikongsi bersama.

pemilik-cintaku-setelah-allah-rasul-2

Salam Peperiksaan

Perutusan Khas Sempena Peperiksaan Akhir
Daripada : Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

peperiksan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat perjuangan, pembaca blog yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya dapat saya meluangkan masa untuk menitip sedikit pesan dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hati.

Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan untuk semester 2 sesi 2008/2009. Semoga berjaya semuanya yang saya harapkan. Minggu peperiksaan merupakan minggu perjuangan bagi kita untuk mendapatkan kejayaan setelah bertungkus lumus menuntut ilmu sepanjang sesi semester kemudian pada akhir semester ilmu yang telah dipelajari itu akan diuji untuk memastikan kita benar-benar mendalami ilmu yang dipelajari.

2780134754_f5672d806e_o

Saya percaya ramai di kalangan kita terhutang budi dengan pensyarah kita. Malah mungkin ada segelintir kita secara sengaja atau tidak telah melukakan hati mereka. Kita mungkin terlepas kelas akibat tertidur ataupun kita tertidur dalam kelas. Mungkin juga kita tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.

Maka dengan itu, marilah kita gunakan kesempatan ini untuk memohon maaf dari para pensyarah kita dan mendoakan insan-insan yang telah berkorban untuk kita ini. Nabi pernah bersabda

“Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdo’alah untuknya hingga engkau menganggap bahwa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad)

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memohon maaf dari para pendidik atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan secara sedar atau tidak. Semoga Allah memberkati kalian atas segala usaha kalian. Amin.

Kepada sahabat-sahabat, muslimin dan muslimat, panjatkanlah doa kepada Allah SWT semoga dipemudahkan urusan semasa menjawab soalan-soalan yang tertera pada kertas soalan. Tidak lupa juga pada sahabat-sahabat yang bukan beragama Islam yang lain, berdoalah mengikut cara dan amalan sahabat-sahabat sendiri. Yang penting di sini adalah, usaha itu adalah datangnya daripada kita sendiri.

Tidak ada apa lagi yang saya harapkan disini, selain mendoakan kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi samada dalam bidang akademik mahupun bidang-bidang diluar akademik yang mendorong kita ke arah kebaikan dan menyumbangkan kebaikan itu untuk sesama insan.

Sekian sahaja perutusan saya untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi. Wassalam.

“Transform with Knowledge”

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 08/09

P/S :Salam kerinduan dan kasih, buat ayahanda dan bonda, selamat berangkat ke bumi barakah menunaikan umrah. doakan kejayaan cemerlang anakanda di dunia dan akhirat. doa dan restu kalian merupakan mutiara-mutiara mustika embun yang amat bernilai. ameen.

Forum PPSMI di Berita Harian 9/4/09

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Forum PPSMI : Satu Inovasi dan Konfrontasi dalam Pendidikan anjuran Biro Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09 telah diberitakan dalam berita harian 9/4/09. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan forum ini. Semoga ianya menjadi pencetus semangat untuk penganjuran forum-forum ilmiah pada masa akan datang

BERITA HARIAN
Khamis, 09 April 2009 (13 Rabiulakhir 1430)
Ruangan Sastera

Bahasa cetus minda pencipta

Oleh Nazmi Yaakub

Pengalaman Jerman dan Jepun diketengahkan sebagai bukti hujah

KEPENTINGAN penyampaian ilmu dalam bahasa ibunda seperti dibuktikan Jerman dan Jepun apabila berjaya menjadi bangsa yang maju mendapat perhatian pada Forum Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI): Antara Inovasi dan Konfrontasi dalam Pendidikan.

Forum di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, baru-baru ini, turut membawa lebih 100 khalayak untuk melihat hakikat himpunan ilmu dalam bahasa ibunda dapat memberi dorongan kepada kedua-dua bangsa terbabit untuk tidak terperangkap menjadi bangsa pengguna, sebaliknya berubah kepada bangsa pencipta.

~berita lanjut boleh search di sini

http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Thursday /Sastera/ 20090409103213/ Article/index_ html

TRANSFORM WITH KNOWLEDGE

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI 08/09

Isu kelas 4pm-7pm

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Biro Akademik & Kerjaya MPP 08/09 menerima aduan mengenai kelas yang diadakan pada pukul 4pm-7pm yang mengganggu waktu solat asar. Sehubungan itu, kami telah mendapatkan respon daripada Bahagian Akademik UPSI dalam mencari penyelesaian masalah ini.

03

02

TRANSFORM WITH KNOWLEDGE

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik &  Kerjaya MPP UPSI 08/09