Cahaya Hijrah

Kita nak pergi mana ni?’ heran juga saya melihat jalan yang tidak biasa dilalui oleh sahabat saya jika kami keluar bersama.

Toyota camry yang dipandu terus bergerak laju di sebuah kawasan perumahan.

Now, we are here. Come, turunlah, awak sure seronok di sini’, ujar sahabat saya.

Namun akhirnya semuanya terjawab tatkala salah seroang penghuni rumah menyambut kami dan menyalami saya. Saya kira usianya sekitar 14 tahun, namun mata saya terpana melihat perutnya. Saya pasti kandungannya sekitar lima hingga enam bulan. Kunjungan kami di sini menemukan kami dengan 20 orang remaja lain. Allahurrabi, ada diantaranya masih dalam pantang.

Pengalaman menghabiskan masa selama sejam bersama penghuni Raudhatul Sakinah benar-benar memberi seribu satu pengalaman kepada saya. Niat awal ingin menemani sahabat sahaja untuk memberi tuisyen English percuma kepada penghuni, akhirnya membawa saya turut sama membantu mengajar mereka.

Kak, saya menyesal dengan kesilapan yang saya lakukan, saya nak jadi baik kak’, rintih seorang penghuni yang saya anggap sebaya adik saya ketika saya membuka sesi Q & A.Allahurrabi.

Mereka masih muda, seharusnya tempat mereka bukan disini. Mereka mengimpikan usia remaja seperti remaja-remaja yang lain, nikmat mengecapi pelajaran secara baik, bersama keluarga. Habis semua harapan dan impian. Sebaliknya mereka sekarang menggadaikan masa depan mengandungkan benih cinta kesan dosa silam.

Masihkah ada sinar harapan untuk mereka?

Saya tinggalkan penghuni Raudhatul Sakinah dengan perasaan yang sukar digambarkan. Jika punya masa dan kesempatan, pasti saya akan menziarahi mereka lagi.

Jujurnya saya kagum dengan sikap adik-adik yang saya temui. Allah masih sayangkan mereka, diberi peluang kali kedua untuk berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Alhamdullilah. Dalam kehidupan manusia biasa, fitrahnya manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Sebaik-baik mereka yang melakukan kesilapan adalah mereka yang kembali semula memohon taubat kepadaNYA. Banyak sekali iktibar yang diperolehi hasil hijrah yang dilakukan oleh mereka. Itulah tanda kasih sayang ALLAH kepada mereka.

Moga, kita sama-sama tanamkan azam, tekadkan hati, berhijrah ke arah yang lebih baik dari tahun-tahun yang sudah berlalu. Dalam usia pinjaman ALLAH yang berbaki, tiada masa lagi untuk kita persiakan. Salam ma’al hijrah, moga kalian sentiasa bersemangat meneruskan hari-hari mendatang!

Advertisements

4 thoughts on “Cahaya Hijrah

  1. Kita boleh merancang strategi untuk suatu perubahan tetapi kadang-kadang kita tersangkut dan tersangkut dalam usaha ke arah itu, terus hilang rasa mahu. Kita sering alpa antara benih yang perlu ditanam bagi merealisasikan gagasan hijrah ini ialah iman, dan didahulukan dengan niat.

    Keimanan adalah rahsia di sebalik keredhaan, kerelaan, ketenangan dan aman.

  2. assalamualaikum…emm..sebenarnya saya hajatkan pertolongn dr saudari..blh x saudari sertakan serba sedikit mengenai rumah raudatl sakinah ini seperti alamat dan jg no.tel…hajat sgt..bg memudahkan kerja lapangan saya..

    • wa’alaikummussalam, seingat saya, raudhatul sakinah yang saya pergi letaknya di kubang kerian, cuma alamat penuh saya gagal dapatkan dari sahabat yang pergi sekali. asif ya ukhti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s