Archives

Tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara ’50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia‘.

Menteri Besar Kelantan itu,  disenarai di tempat ke 42 dalam senarai ‘500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009’.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Pedagogi As-shahid Hassan Al-Banna

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Berkali-kali saya membaca buku ‘Cinta di rumah Hassan Al-Banna’. Buku ringkas yang sarat dengan pengajaran. Pedagogi yang diaplikasikan oleh Hassan Al-Banna selaku seorang ayah, daei dan suami amat-amat berkesan. Sedikit sorotan mengenai hasil pembacaan buku yang dibuat.

Buku yang wajib dimiliki

Begitu banyak masa yang dikorbankannya untuk dakwah ini namun beliau sekali pun tidak melupakan cinta di dalam rumahnya sendiri. Beliau menyebarkan cintanya terhadap Islam ke seluruh kawasan di Mesir.Perasaannya yang halus terhadap Islam dan juga persaudaraan Islam yang dipupuknya dikalangan ikhwan dapat dilihat juga di rumahnya. Cintanya Hasan Al-Banna terhadap isteri dan anak-anaknya tersebar di dalam rumah dan menjadi asas yang penting dalam diri seorang daie.

Buku ini menceritakan bagaimana Sang Daie ini berperanan sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya. Juga sebagai seorang suami kepada isterinya. Imam Hasan Al-Banna, semoga Allah merahmati beliau, banyak sekali memberikan kepada kita contoh yang praktikal dalam beramal ketika Islam telah menjadi asing dikalangan umatnya sendiri. Beliau kurang menulis buku namun beliau banyak mencetak manusia yang dikemudian harinya manusia-manusia itu kembali menulis perihal sipencetak manusia ini. Semoga kita semua dapat mengambil banyak manfaat dan beramal daripada kisahnya.

The story still and always inspiring. Everybody must read this book! 🙂

Nyalakan semangat itu..

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya menyelak bab terakhir.

Berita pahlawan Pedang ALLAH jatuh sakit itu sampai ke pengetahuan sahabat-sahabatnya. Ramai antara mereka yang datang menziarahinya. Mereka sedih melihat keadaan dia.

“Selepas dilucutkan jawatan sebagai ketua panglima tentera Islam oleh Khalifah Umar, saya terus berperang walaupun sebagai tentera biasa. Saya berperang bukan kerana Khalifah Umar, tetapi kerana ALLAH” katanya dalam nada suara yang perlahan.

Semangat jihadnya masih membara. Itulah dia ‘pedang’ ALLAH. Ya Rab, diri ini masih jauh dariMU.

Kata-kata yang melambangkan keihklasannya itu menyebabkan ramai yang terpegun dan sebak. Dia berperang hanya kerana ALLAH! Betapa indahnya ayat itu. Subhanallah! Tidak hairanlah sekiranya dia digelar Pedang ALLAH oleh kekasih ALLAH, iaitu Nabi Muhamammad SAW.

“Umur saya sekarang sudah 58 tahun. Saya sudah menyertai lebih 100 peperangan. Saya terlibat secara langsung dalam peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera ROM di Yarmuk, merebut Damsyik dari ROM, menaklukii Mesir dan menawan Baitul Maqdis daripada kuasa Kristian. Itulah kejayaan yang tidak dapat saya lupakan kerana Baitul Maqdis bebas daripada cengkaman kuasa mereka” ujarnya lagi.

Kata-katanya diteruskan dengan nafas yang tersekat-sekat. Sukar benar dia mahu menghabiskan kata-katanya, namun dia tetap meluahkan isi hatinya. Kata-kata itu bukan menunjukkan keegoan atau membesarkan dirinya, sebaliknya ia bertujuan menyuntik semangat jiha kepada mereka yang mahu menobatkan ISLAM.

“Saya bercita-cita mahu mati syahid. Disebabkan itulah saya sertai semua peperangan yang melibatkan tentera ISLAM. Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut luka akibat senjata musuh, tetapi saya masih hidup. Impian saya mahu gugur syahid tidak tercapai. Akhirnya saya mati di atas katil. Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini” dia kembali merintih.

Air mata dibiarkan merembes.

Air matanya mengalir perlahan-lahan membasahi pipi tua itu. Beberapa sahabat yang rapat dengannya cuba memujuk.

“Saya tidak mahu mati di atas katil. Saya mahu mati di medan perang!” Panglima Agung itu merintih hiba.

Hati ini kembali istighfar, Ya Rab, hambaMU ini masih jauh.

Sahabat-sahabat memujuk.

“Sekiranya saudara selak kain yang menutupi saya, saudara dapati tubuh saya penuh dengan parut luka akibat senjata musuh. Tidak ada seinci daripada kulit saya yang tidak disentuh mata tombak, lembing, pedang ataupun panah”

Sahabat hanya berdiam diri mendengar kata-katanya. Yazid hampir menitiskan air mata kerana hiba melihat keadaan sahabatnya, namun dia cuba menahannya supaya tidak tidak terlihat oleh dia.

Kemudian Khalid Al-Walid menyelak pula kain yang menutupi dadanya.

“Dada saya ini pernah menjadi sasaran mata tombak, anak panah dan pelbagai senjata tajam musuh, tetapi mengapa saya tidak menemui syahid?” ujar panglima lagi.

Saya memberhentikan pembacaan.

Rasa hiba semakin menyelubungi hati.  Ya Rab, Khalid Al-Walid memang selayaknya dikurniakan gelaran Saifullah.

Ya Rab, biarkan semangat untuk terus menolong agamaMU itu terus subur dalam diriku. Jangan ya ALLAH, Engkau bolak-balikkan hati ini. Moga diri ini terus diberi kekuatan.

Saya bakal meneruskan kem kepimpinan calon MPP fasa kedua nanti. Doakan saya!

Al-faqir ila Rab,

Nur Aqilah Hanis Mohd Yusoff

Mahasiswa Pemacu Perubahan

Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

Assalamualaikum wbt..

Entry kali ini saya kategorikan juga sebagai tokoh, kita membincangkan mengenai seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam masyrakat dunia, Mustapha Kamal Attarturk.. Satu nama tokoh yang mencetuskan kontroversi. Kali ini saya memilih untuk bercerita mengenai beliau sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita bersama.

Agak janggal pada mulanya untuk bercerita mengenai tokoh yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan kesan buruk kepada masyarakat Islam, tapi saya kira tidak salah untuk bercerita serta berkongsi mengenai baik buruk yang ditinggalkan oleh beliau memandangkan kesannya begitu besar kepada masyarakat Islam di Turki khususnya.

 

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan  bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Maka, apabila datang pembalasan dari ALLAH, maka tiada yang dapat menolaknya. ALLAHURABBI. Memang telah ditetapkan bahawasanya setiap amalan kita biarpun sebesar zarah akan dinilai diakhirat nanti. Andai pada hari ini kita mampu menikmati usia selama 21 tahun maka, setiap sisa-sisa usia yang kita habiskan, semuanya akan terpampang sebagai manuskrip akhir yang diterima di akhirat nanti. Hari segala pembalasan.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!”

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri

 

Pemergian yang dirasai

Pukul 2 pagi ketika meneruskan mesyuarat bersama pihak pengurusan, tatkala mata menahan ngantuk, badan menuntut untuk rehat yang cukup, saya mendapat message daripada sahabat terdekat, sedekahkan al-fatihah untuk Dato Haji Ishak Baharom. Allahurrabi. Kematian yang sentiasa menunggu dan mengintai kita. Bila masa sampai masa dan saat yang dijanjikan maka malaikat maut menjalankan tugasnya mencabut dan merentap nyawa. Maka, terputuslah amalan-amalan kita. Sumbangan Allahyarham bukanlah sedikit nilaiannya kepada kita..

mufti.jpgNamun Almarhum bukan calang-calang ulamak. Beliau tetap “consistent” dengan sikap dan pendiriannya dari semasa beliau menjawat jawatan Mufti selama 12 tahun sehinggalah beliau dipecat dari jawatan itu.

Antara faktor pemecatan beliau adalah kerana beberapa langkah berani yang telah diambilnya atas nama Mufti Selangor. Langkah berani itu dikatakan kontroversial oleh mereka yang cemburu pada Islam. Ketika Almrhum Muftilah fatwa mengharamkan rokok dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor. Beliau terlibat secara langsung dalam mengambil tindakan terhadap pertandingan ratu cantik yang melibatkan wanita Islam serta operasi pembenterasan maksiat sehinggalah tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Peristiwa yang berlaku di “Restoran The Ship” di Damansara Utama, dimana serbuan dibuat oleh pihak berkuasa agama ketika berlangsungnya majlis maksiat di sana, merupakan insiden yang telah mengakibatkan Almarhum dipecat.

Pihak tertinggi di Selangor ketika itu malangnya menyebelahi penganjur maksiat dan tergamak memecat seorang Mufti.

Hari ini jasad ulamak besar ini dimakamkan dikomplek Makam di Raja sekaligus memberikan penghormatan tertinggi kepada beliau sungguhpun masa hidupnya beliau dipinggir dan dimusuhi. Begitulah berakhirnya hayat seorang yang mulia. Yang pentingnya adalah di alam akhirat nanti yang sudah pasti menjanjikan tempat yang lebih indah dan selesa bagi mereka yang berkorban diri untuk agama Nya di dunia.

AL-FATIHAH buat Allahyarham Haji Ishak Baharom….

mungkin lepas ini giliran kita? siapa tahu?

Nama yang disegani..Imam Hassan Al-Banna

Nama yang cukup gah diantara seratus personality terbilang yang mempengaruhi dunia pada kurun kedua puluh. Beliaulah as-shahid imam hassan al-banna. Seringkali al-banna melantunkan untaian syair seorang penyajak yang rindukan kepada penciptaNYA. 

 Saya olahkan semula tulisan mengenai peristiwa kesyahidan hassan al-banna untuk tatapan kita semua. Cerita yang cukup ringkas tapi terkesan di hati tatkala membaca saat-saat kematian dan pengebumian hassan al-banna.  Di waktu malam yang hening, sebuah kereta polis menuju ke satu jalan di Bandar Hilmiyyah, Kaherah. Kereta-kereta berhenti, sekumpulan tentera yang bersenjata bergegas mengepung kesemua jalan dan kawalan diketatkan di sekitar sebuah rumah yang tak seberapa di tengah-tengah jalan, tiba-tiba datang sebuah kereta ke arah rumah ini.  

Para tentera pun berbaris memindahkan sekujur badan yang kaku yang diambil daripada kereta itu lalu cepat-cepat dibawa ke dalam rumah. Mereka pun mengetuk pintu, lalu seorang tua yang melewati usia 90 an membuka pintu. Beberapa orang pegawai memasuki rumah tersebut sebelum jasad dibawa masuk kedalam bagi memastikan tiada orang lain di situ. Arahan tanpa kompromi diberikan kepada si Tua, tidak boleh ada suara! Tidak boleh ada takziah! Dan tidak seorang pun yang berkepakaran boleh menguruskan mayat, hanya engkau dan ahli rumah sahaja! Pengebumian mesti dibereslkan tepat pada jam sembilan pagi!

 Orang tua itu ialah bapa orang yang meninggal itu, sekalipun begitu sedih dan tua, beliau bangun menguruskan pengebumian anaknya. Lalu si tua itu menyapu darah anaknya kesan daripada peluru-peluru yang mengakukan tubuhnya. Pagi yang menjelma, para pegawai datang sebagaimana janji mereka. ‘marilah bersana anakmu kebumikanlahnya’ maka sibapa yang berusia 90 tahun bertempik, ‘ bagaimana aku ingin membawanya? Tenteralah yang kene bawa!’ . jawapannya adalah ‘ahli keluargalah yang membawanya!” padahal yang tinggal hanyalah perempuan-perempuan dan seorang budak kecil. Sekujur badan dibawa ke jalan yang dipikul oleh isterinya dan anak perempuannya.

 Di belakangnya hanyalah ayahnya. Barangsiapa yang berani mengiringi jenazah itu maka penjaralah kesudahannya. Sesampainya jenazah itu ke sebuah masjid untuk disembahyangkan, tiba-tiba masjid itu kosong daripada seorang pun hatta pegawai masjid. Si bapa pun bersolat jenazah dan diikuti oleh ahli bait yang terdiri daripada perempuan. Kemudian mereka pun menurunkannya ke dalam kuburnya. Kesemuanya pulang ke rumah dengan kawalan yang begitu ketat. Inilah jenazah as-syahid hassan al-banna.

Dan penangkapan selesai dilakukan terhadap jiran-jiran, bukan kerana apapun hanya kesalahan menyampaikan takziah!  Kepungan dilakukan bukan sahaja terhadap rumah kerana bimbangkan revolusi yang akan dilakukan oleh mereka yang memberi takziah, bahkan kepungan juga turut dilakukan terhadap kubur kerana bimbangkan akan ada orang yang datang mengeluarkan jasad dan mendedahkan jenayah. Dan pegawai-pegawai polis berkeliaran di masjid-masjid bagi mengarahkan masjid ditutup selepas setiap kali solat kerana takut akan ada orang yang berani memprotes terhadap kezaliman arwah.  

 Apa pandangan anda? Betapa takutnya musuh Islam kepada umat Islam. Biarpun telah berakhirnya riwayat hidup hassan al-banna, sehingga masih belum dikebumikan beliau tetap digeruni oleh musuh-musuhnya. ALLAHUAKBAR.  Riwayat hassan al-banna hanya sampai usia 43 tahun, namun kita melihat betapa terkesannya pemergian beliau di dalam medan juang islam. Benarlah, sesungguhnya orang-orang yang beriman dikasihi oleh ALLAH swt. Semoga beliau tenang di sana. AL-FATIHAH…

Assyahid Sayyid Qutb

Bismillahirrahmanirrahim

As Syahid Sayyid Qutb

Apabila berbicara mengenai pejuang-pejuang islam dewasa ini, timbul persoalan para sahabat yang menyebabkan minda saya ligat berfikir. “agak-agaknya apa yang kita sudah sumbangkan dalam dunia islam dalam usia muda kita”. Saya diam.

Ditimbulkan lagi persoalan “andainya kita mati pada hari ini, ada tak yang akan mengenangkan kematian kita”. Saya mula gusar. A very simple question but frankly speaking I don’t have the answer

Ya ALLAH, sedar atau tidak, usia saya semakin menjangkau ke angka 20 tahun. Banyak perkara yang belum dicapai dan masih banyak kelompangan yang perlu dibaiki dalam diri. Saya nukilkan kembali sajak yang ditulis oleh Sayyid Qutb sebelum beliau digantung kerana memperjuangkan Islam.

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan…
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
(ditulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID)

Saya kagum.. betapa rindunya seorang pejuang Islam kepada SYAHID ALLAH. Andainya kita meninggalkan dunia pada hari, mampukah bekalan yang kita semai pada hari ini menjawab persoalan kita di akhirat nanti? Bersediakah kita?