Archive | November 2008

Bersama TNC Akademik

24 November 2008

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH. Kami berpeluang berjumpa dengan Timbalan Naib Cancelor Akademik & Pengantarabangsaan, Profesor Dr Zakaria Kasa bagi mendapatkan respon beliau mengenai beberapa perkara berhubung dengan akademik mahasiswa/wi UPSI. Pertemuan yang berlangsung selama satu jam setengah sedikit sebanyak memberi gambaran dan harapan daripada bahagian akademik kepada mahasiswa/wi. Berikut adalah respon beliau mengenai isu-isu yang telah kami utarakan.

Praktikum Semester Tujuh

Perlaksanaan praktikum di semester tujuh sebenarnya telah dibuat setelah beberapa kajian diadakan oleh bahagian akademik. Bagi meningkatkan kualiti graduan UPSI, maka dasar ini diperkenalkan sebagai mekanisme bagi mahasiswa/wi merefleksi semula praktikum yang telah dijalankan di sekolah-sekolah. Namun demikian, bagi pihak TNCA Akademik, dasar ini tidak akan dijalankan kepada mahasiswa/wi yang telah memulakan pengajian pada sesi 2006 iaitu mereka yang berada di semester lima sekarang. Ini disebabkan oleh, beberapa kekangan dan penyelarasan yang harus diambil kira. Walaubagaimanapun, dasar praktikum di semester tujuh akan bermula bagi mahasiswa/wi yang berada di tahun satu sekarang. Sebarang perubahan, akan dimaklumkan oleh Pusat Perkembangan Akademik.

Study week

Study Week bakal dimansuhkan. Mahasiswa/wi akan menjalani 14 minggu pengajian kuliah dan peperiksaan selama 3 minggu. Masa untuk minggu peperiksaan akan ditambah dan pemberat bagi markah peperiksaan akhir bakal dikurangkan untuk mengurangkan kapasiti mahasiswa/wi. Peperiksaan secara formatif ataupun penilaian secara berterusan akan diimplementasikan kepada semua mahasiswa UPSI. Pensyarah akan memberi semua tugasan pada minggu pertama pengajian bagi memberi masa yang panjang kepada mahasiswa/wi untuk diselesaikan.

Biasiswa

Berikutan isu pelajar Institut Perguruan (IPG) yang mendapat biasiswa sepenuhnya, maka daripada pihak TNCA beliau telah mengesyorkan kepada pihak kementerian untuk menawarkan biasiswa kepada mahasiswa/wi UPSI. Namun demikian,daripada pihak kementerian, perkara ini perlu dikaji semula berikutan UPSI bakal membuka beberapa kursus yang tidak melibatkan pendidikan.

Pertukaran pelajar antarabangsa

Bermula pada semester hadapan, UPSI akan mengadakan program pertukaran pelajar antarabangsa. Seramai lima orang pelajar Korea akan meneruskan pengajian mereka di UPSI. Melihat kepada aspek bahasa dan budaya, pertukaran awal untuk mahasiswa/wi UPSI akan melibatkan negara Indonesia. Pemilihan pelajar akan dibuat oleh bahagian akademik berdasarkan kecemerlangan dan prestasi yang ditunjukkan.

Mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan, kami akan berusaha mendapatkan perinciannya daripada semasa ke semasa. Di akhir pertemuan biro akademik dan TNCA, harapan beliau kepada mahasiswa/wi UPSI supaya sentiasa meningkatkan prestasi diri melalui pembacaan berterusan. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, tidak cukup hanya menguasai isi kandungan pengajaran namun penguasaan ilmu daripada pelbagai bidang juga harus diambil kira.

“Bersama menuju kecemerlangan”

Dari pena,

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI 2008/2009

Bila dua hati bersatu

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

22 November 2008

Selamat sudah sahabat saya, Puan Nurul Munirah Bt Md Nordin bergelar isteri. ALHAMDULLILAH. Perjalanan bergelar seorang isteri sudah tentunya memberi pengalaman baru untuk beliau. Setinggi ucapan terima kasih saya kepada beliau selaku menjadi roomate, pengkritik saya yang utama  sepanjang tiga semester di bumi UPSI. Semoga sentiasa thabat dalam perjuangan. Saya titipkan doa ini untuk beliau dan suami.

 

YA ALLAH YA TUHAN KAMI
BERKATILAH KEDUA PENGANTIN BARU INI
SINARILAH ANTARA KEDUANYA RASA KECINTAAN
DAN KASIH SAYANG
TUNJUKKANLAH MEREKA BERDUA JALAN TAQWA
DAN JALAN YANG LURUS LAGI BENAR
KURNIAKANLAH MEREKA BERDUA
KETURUNAN YANG SOLEH DARIPADA
ANAK ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN
SEHINGGALAH MERATAI KESOLEHAN ITU KEPADA
CUCU CICIT MEREKA DAN
SEMOGA JODOH MEREKA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT
AMIN
YA ALLAH YA TUHAN KAMI
SEMPURNAKANLAH KEATAS MEREKA BERDUA
SEGALA NIKMAT TUHAN KAMI
DAN LUASKANLAH SEGALA REZEKI TUHAN KAMI
KEPADA MEREKA BERDUA
DAN SELAMATKANLAH MEREKA BERDUA
DARIPADA SEGALA TIPU DAYA MAKHLUK
SERTA JAUHKANLAH MEREKA
BERDUA DARIPADA AKHLAK YANG BURUK
YA ALAH
SAYANGKANLAH DIANTARA KEDUANYA
SEBAGAIMANA TUHAN KAMI TELAH MENGASIH
SAYANGKAN DIANTARA ADAM DAN HAWA
DAN KASIH SAYANGKANLAH DI ANTARA KEDUANYA
SEBAGAIMANA TUHAN KAMI TELAH MENGASIH
SAYANGKAN DIANTARA IBRAHIM DAN SARAH
DAN KASIH SAYANGKANLAH DIANTARA KEDUANYA
SEBAGAIMANA TUHAN KAMI TELAH MENGASIH SAYANGKAN
DIANTARA YUSUF DAN ZULAIKHA
DAN KASIH SAYANGKANLAH DIANTARA KEDUANYA
SEBAGAIMANA TUHAN KAMI TELAH MENGASIH
SAYANGKAN DIANTARA
SAIDINA MUHAMMAD S.A.W DAN SAIDATINA KHADIJAH KUBRA.
AMIN
dsc06665

Khabar dari Perpustakaan Tunku Bainun

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Pertemuan sahabat saya Cikgu Arif (Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI) dengan  Puan Rusliza Bt Yaakob, Timbalan Ketua Perpustakaan UPSI bagi mendapatkan respon mengenai isu mahasiswa yang berkaitan dengan bahagian perpustakaan, pada 17 November lepas telah menjadi titik permulaan yang baik dalam usaha memperjuangkan agenda kebajikan mahasiswa.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan menyentuh beberapa aspek yang lazimnya dibangkitkan oleh mahasiswa. Berikut, saya menulis semula respon yang diberikan daripada bahagian perpustakaan. (rujukan blog http://arif-mppupsi.blogspot.com) :

Surau di perpustakaan :
Pihak perpustakaan sudah bawa isu ini kepada pihak Pembangunan untuk tindakan lanjut. Tempat untuk surau juga telah dicadangkan oleh perpustakaan. Sementara menunggu surau baru, pelajar boleh menggunakan surau yang ada di bangunan berhampiran perpustakaan.

Kekurangan koleksi bahan :

Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan cadangan pelajar tentang perkara ini kerana ia adalah dibawah bidang kuasa perpustakaan. Bagi pelajar yang ingin membuat cadangan, sila nyatakan dengan terperinci koleksi yang dilihat perlu ditambah atau masih belum ada. Jika ia adalah buku, nyatakan judul, nama pengarang dan penerbit untuk memudahkan urusan pentadbiran. Tidak semua permohonan akan diluluskan kerana terdapat buku luar negara yang sangat mahal harganya dan ia juga bergantung pada bajet yang ada. Namun begitu, keutamaan adalah bahan rujukan utama yang dicadangkan oleh pensyarah.

Penutupan jalan antara Tadahan Selatan dan perpustakaan :

Penutupan jalan tersebut adalah untuk proses pembinaan bumbung bagi memudahkan pelajar bergerak dari Tadahan Selatan ke perpustakaan terutama pada hari hujan.

Program diskusi buku:

Biro Akademik dan Kerjaya MPP bercadang untuk mengadakan kerjasama program diskusi buku di perpustakaan. Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan cadangan ini. Sebelum ini, beberapa fakulti pernah menjalankan program yang sama.

Terdapat juga beberapa isu yang dibangkitkan oleh pelajar dan telah dijawab oleh pihak perpustakaan. Jawapan tersebut boleh dilihat pada papan kenyataan berhampiran tangga di hadapan pintu masuk perpustakaan.

InsyaALLAH, proses perlaksanaan mengenai aktiviti-aktiviti yang melibatkan biro akademik serta isu-isu kebajikan mahasiswa akan saya kemaskini daripada semasa ke semasa. Jika tidak ada sebarang perubahan, tarikh mula kuliah bagi mahasiswa/wi UPSI adalah 5hb Januari 2008.

Dari pena,

Exco Akademik & Kerjaya

Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2008/2009

Kematian itu pasti

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH.

sajak-kemtian-21

Saya mengambil kesempatan untuk merespon bagi isu sajak kematian yang mana telah menimbulkan kontroversi dalam televisyen. Carian pantas menggunakan youtube untuk melihat sendiri sajak kematian dimanfaatkan sepenuhnya. Menteri Pelajaran Malaysia telah membuat kenyataan bahawa penayangan video sajak kematian di sekolah mesti dihentikan. Alasan yang dikemukan adalah ia menimbulkan ketakutan di kalangan kanak-kanak yang tidak sepatutnya.


Saya cuba membandingkan dengan paparan di televisyen yang sedia ada dengan unsur-unsur tahyul dan menerapkan perasaan takut. Banyak! Ini antara yang saya ingat. Drama SUSUK, Anak Pontianak, belum masuk filem Waris Jari Hantu, Jangan Pandang Belakang. Semua menceritakan pasal kematian yang hasil akhirnya dijelmakan dalam bentuk hantu. Persoalannya ianya tidak pula menjadi isu sebelum ini?

Perseptif seorang bakal guru

Dalam menongkah arus bagi melahirkan anak bangsa yang sedar bahawasanya kematian itu pasti, maka saya bersetuju dengan penayangan sajak kematian. Zaman sudah berubah, kalau dahulu cukup hanya kita menceritakan kepada anak-anak bangsa mengenai syurga neraka, seksa kubur, kematian bagi menimbulkan kesedaran kepada mereka, namun methodnya sesuai dengan peredaran zaman. Kanak-kanak sekarang bukannya kanak-kanak dahulu.  Alternatifnya, tayangan video merupakan salah satu wadah yang baik untuk memberi kesedaran kepada mereka dengan lebih efektif.

sajak-kematian

Suka saya bawakan teori pembelajaran behaviorisme. Bercerita mengenai psikologi dalam pendidikan, teringat saya Dr Suppiah selaku pensyarah yang mengajar saya dalam subjek ini. Terima kasih Dr!

Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dari dilahirkan sehingga meninggal dunia. Oleh itu, sukar bagi kita untuk membezakan dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran kerana kedua-duanya saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan ke aras aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur. Kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku kita dapat membuat kesimpulan apa yang difikirkan.

 

Fokus behaviorisme bertumpu kepada pembetukan sikap. Sememangnya guru memainkan peranan penting bagi pembentukan sikap pelajar selain daripada ibu bapa.

Melihat kepada sajak kematian, penanyangannya dilihat sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak akan mendapat kesan yang paling efektif. Isu fobia tidak timbul, kerana ketakutan merupakan senjata behaviorism. Begitu juga, mengapa denda dan hukuman diadakan di sekolah. Sudah tentu supaya pelajar rasa takut untuk membuat salah.

Seharusnya, guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar semasa penayangan sajak kematian. Tidak hanya menfokuskan kepada mayat(pocong) untuk ditakuti tetapi hasil akhir pengajarannya. Guru seharusnya kreatif bagi menerangkan dengan cara yang paling baik kepada pelajar. Ketakutan mendorong pelajar untuk mentaati perintah agama. Ini hasilnya! Apabila sikap ketaatan kepada perintah agama itu terbentuk maka ianya merupakan titik permulaan bagi perkembangan sikap-sikap positif dalam diri pelajar. Maka, pengajaran seseorang guru berjaya dan sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Sama-sama kita fikirkan!

Apabila fatwa dipersoalkan?

Bismilahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH. Sedikit lambat saya merespon berkenaan isu pengkid dan majlis fatwa kebangsaan.

 Apa jua keadaan pun, golongan bukan Islam tidak ada hak sama sekali untuk turut mencampuri urusan hukum-hakam umat Islam. Andaikata ada kesilapan atau kelemahan dalam fatwa tersebut, ianya adalah untuk mereka yang berkenaan menyelesaikannya. Apabila segelintir golongan bukan Islam mula mempertikaikan secara terbuka institusi Islam saperti Mahkamah Syariah, Majlis Fatwa dan lain-lain, ianya secara langsung akan membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan umat Islam yang lain. Saya cukup yakin penganut agama lain juga akan tidak puas hati jika perihal agama atau institusi keagamaan mereka dipertikaikan secara terbuka.                                                                                                                                                                

Wake Up Muslim
25a73aba0ad39ccb0731cb87caa34d13

Dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas menyatakan:

Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki”

Sebagai langkah penyelesaian, majlis fatwa juga sepatutnya memberikan penjelasan selanjutnya tentang muzakarah sebelum fatwa dikeluarkan untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada orang ramai. Diskusi secara ilmiah juga perlu dilakukan dengan golongan bukan islam untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham di kalangan mereka.

Kepada segelintir golongan yang membantah, saya ingin tegaskan bahawa kalau anda  rela anak perempuan anda menjadi pengkid atau terlibat dalam kegiatan lesbianisma, please don’t meddle in our life!.

Kami yakin dengan agama kami, dan kami yakin dengan cara hidup kami. Kami yakin Allah itu Tuhan Yang satu, dan kami yakin kebenaran risalah Islam.  Wahu’allam

Selamat bercuti

Balik kampung

Cuti semester 

1_821505567l

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Usai saya menghabiskan kertas terakhir peperiksaan semester lima pada 18 November 2008. Mahasiwa/wi mula meninggalkan kediaman masing-masing untuk kembali ke kampung halaman. Menikmati cuti selama hampir sebulan, seharusnya kita mempunyai perancangan yang telah dirancang.

Ada yang ingin bekerja, ada yang ingin membantu keluarga, ada yang ingin ke Bakti siswa, ada juga yang meneruskan latihan PALAPES dan SUKSIS.  Malah ada juga yang akan mendirikan rumah tangga. Bagi pemegang-pemegang proksi, sudah tentu kertas kerja dan program-program yang dirancang menuntut haknya untuk disegerakan pelaksanaannya.

 Walau dimana kita berada, sama-sama kita berusaha untuk manfaatkan cuti kali ini dengan aktiviti yang berfaedah. Tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada anda semua! Semoga hari-hari yang dilalui membawa manfaat kepada diri kita.

“Mayat-mayat Cinta”

Bismilahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Saya mengambil sedikit masa untuk melihat buku yang terbaru disyorkan oleh sahabat saya. Di Indonesia memang terkenal dengan buku-buku yang lebih murah harganya. Saya sendiri sempat membeli beberapa buah buku sebagai koleksi peribadi semasa lawatan ke Medan. “Mayat-mayat Cinta”  merupakan antara buku yang terbaru dikeluarkan. Ingin sekali saya memilikinya.

mmc-depan2

Berikut sedikit sebanyak maklumat yang saya temui mengenai buku “Mayat-mayat Cinta”.

Penulis : Amr Bin Suroif Al-Indunisy

Ukuran : 14 x 20 cm

Jml. Hal. : 240 hal

Cover : Art Paper 230 gr + Emboss + UV

Kertas isi : 70 gr

Harga : Rp. 40.000(indonesia)

Wahai Adinda…

Kupersembahkan Hidup dan Matiku hanya untuk-mu

Bila engkau mati,…Aku pun mati,…

Kisah nyata seorang pemuda yang sangat mencintai istrinya. Ketika sang istri tertimpa sakit dan kemudian mati, maka hati sang pemuda pun hancur, kacau, dan sedih. Dikarenakan cinta dan kasih sayangnya yang teramat dalam terhadap sang istri, maka penderitaan pun dirasa semakin perih. Ditengah-tengah keputus-asaan dan kehampaan hidup, maka sang pemuda pun memilih “jalan pintas” untuk menyusul sang istri tercinta. Dan dengan cara meneguk racun, maka TEWASLAH ia”

Kedudukan dan Perasaan CINTAbertingkat-tingkat di dalam ISLAM.

Cinta bisa bernilai ibadah, bernilai tabiat manusiawi, bernilai maksiat, bahkan cinta bisa menyebabkan seseorang terjebak dalam kesyirikan dan kekufuran kepada ALLAH.

KENALI DAN PAHAMILAH PEMBAHASAN CINTA DI BUKU INI

Buku ini memuat :

1. Paradigma Cinta ditinjau dari perspektif Islam yang Shahih

2. Tingkatan-tingkatan Cinta,

3. Obat dan Terapi menghilangkan Trauma-Trauma Cinta

4. Nasehat terhadap Habiburrahman El-Shirazy penulis novel “Ayat-ayat Cinta”

Surat pengesahan & Transkrip

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH.

Kali ini saya mendapat aduan pelajar daripada laman web rasmi UPSI mengenai masalah akademik. ALHAMDULLILAH, respon telah diberikan oleh bahagian akademik. Untuk pengetahuan semua, saya lampirkan semula soalan beserta jawapan sebagai panduan kita bersama dalam menjadi mahasiswa/wi di bumi UPSI.

Daripada : Amir Imran Bin Muhamad

assalammualaikum dan salam sejahtera..
pertama sekali tahniah kepada barisan kepimpinan baru MPP UPSI. semoga anda akan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh rakan2 anda.

saya cuma ingin meminta pihak MPP khususnya Exco akademik untuk memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan untuk bertanyakan tentang perkara yang telah dinyatakan di atas iaitu tentang surat pengesahan tamat belajar dan transkrip.antara soalannya ialah:

1. berapa lamakah masa yang perlu diambil oleh pihak akademik untuk mengeluarkan surat berkenaan dan juga transkrip untuk kami (pelajar yang dah tamat belajar). ini kerana seperti yang kita sedia maklum surat pengesahan berkenaan penting bagi kami untuk mengesahkan bahawa kami telah pun tamat belajar di UPSI). selain dari itu transkrip juga amat berguna memandangkan kami belum dianugerahkan ijazah lagi.
Ini kerana ada diantara kami yang ingin memohon kerja menggunakan ijazah berkenaan.

2. adakah prosedur2 ataupun borang2 yang perlu kami isi@patuhi untuk memohon kedua2 perkara tersebut. Kami memohon agar pihak UPSI agar dapat mempercepatkan pengeluaran surat dan juga transkrip berkenaan.

Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.Sekian terima kasih

Merujuk kepada soalan pertama:
Bahagian Akademik akan mengeluarkan SURAT TAMAT PENGAJIAN kepada pelajar yang telah melengkapkan pengajian di UPSI selepas keputusan peperiksaan diperakukan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Universiti diluluskan oleh Mesyuarat Senat Universiti.

Berkenaan Transkrip Akademik,Bahagian Akademik hanya akan menyerahkan Transkrip Akademik kepada bakal graduan selepas Istiadat Konvokesyen.

Merujuk kepada soalan kedua:
Pelajar semester akhir tidak perlu memohon SURAT TAMAT PENGAJIAN yang dikeluarkan oleh Bahagian Akademik kerana selepas Mesyuarat Senat Universiti bersidang, surat tersebut akan dihantar bersama slip keputusan peperiksaan akhir kepada pelajar mengikut alamat seperti diportal masing-masing.
Sekiranya saudara/i memerlukan surat tamat pengajian sebelum Mesyuarat Senat Universiti bersidang, saudara/i bolehlah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Unit Pengijazahan, Bahagian Akademik UPSI.

Dari Pena,

Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09

Kehilangan yang meresahkan

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Dalam meneruskan minggu kedua peperiksaan akhir semester, saya telah menerima beberapa kes yang melibatkan kehilangan kad matrik dan slip peperiksaan. Ada nada panik dan resah pelajar yang terlibat apabila mereka melaporkan kepada saya. Penyelesaian harus diambil segera dan saya telah merujuk perkara ini kepada beberapa individu penting.  Berikut beberapa langkah penyelesaian yang disyorkan dalam memastikan anda semua boleh memasuki dewan peperiksaan, menduduki peperiksaan dengan tenang biarpun kehilangan slip peperiksaan serta kad matrik.

1) Kehilangan kad matrik

Mahasiswa/wi yang kehilangan kad matrik boleh menggantikannya dengan membawa kad pengenalan asal apabila masuk ke dewan peperiksaan. Maklumkan kepada pengawas yang bertugas. Mahasiswa/wi diminta untuk merujuk ke bahagian keselamatan untuk melaporkan kehilangan kad matrik dan mendapatkan semula kad matrik anda andainya dijumpai oleh individu lain di kawasan kampus. Untuk membuat semula kad matrik yang hilang, anda disarankan untuk ke kaunter bahagian akademik bagi menguruskan penghasilan kad matrik yang baru.

2) Kehilangan slip peperiksaan

Bagi mahasiswa/wi yang kehilangan slip peperiksaan anda boleh mendapatkannya semula di kaunter bahagian akademik. Maklumkan kepada pengawas yang bertugas apabila memasuki dewan peperiksaan. Andai kata anda tidak sempat untuk berbuat demikian, saya syorkan kepada individu yang terbabit supaya mencari rakan sekuliah yang hampir no matriknya serta menduduki peperiksaan yang sama bagi mengingat semula kedudukan di dalam dewan peperiksaan.

Kehilangan itu meresahkan, namun langkah segera harus diambil. InsyaALLAH, semoga mahasiswa/wi terus bersemangat untukmenghabiskan peperiksaan. Semoga kejayaan itu milik kita!

Dari pena,

 Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09

Meniti kedewasaan

dsc01425

Anakanda nur zarith sofea

 

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILLAH.

Hari ini 12 November 2008, genap usia anakanda saudara saya yang pertama nur zarith sofea 2 tahun. Melihat dia kini membesar dengan putaran masa yang pantas, terasakan baru semalam beliau hadir menyerikan suasana dalam keluarga kami.

Sofea meniti kedewasaan

Cabaran zarith sofea, membesar dikala ibu dan ayah berjauhan dipisahkan antara beberapa buah negeri disebabkan tempat kerja yang berbeda, saya dapat rasakan anak kecil ini belajar berdikari dengan sendiri. Apatah lagi dikurniakan seorang ibu bergelar doktor menyebabkan beiau tegar untuk ditinggalkan bersama nenek dan atok apabila ibu mendapat panggilan “on call”.

Seingat saya, zarith sofea amat senang untuk dijaga. Tidak banyak meragam dan mampu untuk menghiburkan dan cukup memahami apabila ditinggalkan. Bait-bait bicaranya yang dikeluarkan biarpun sukar untuk difahami saya, sedikit sebanyak tidak memutuskan semangat beliau untuk berkomunikasi dengan kami. Itulah dia anakanda zarith sofea!

Selamat hari lahir yang ke-2!

Doa saya untuk sofea. Mak teh doakan agar sofea menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. InsyaALLAH.