Syair seorang hamba

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Mungkin ramai yang masih belum tahu bait-bait syair terakhir oleh imam Al-Ghazali sebelum menghembuskan nafas terakhir.Alhamdullilah saya perolehinya dari seorang sahabat, moga-moga sama-sama mendapat manfaat.

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا

sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا

bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا

dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي

semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا

dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد

sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا

kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس

dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا

sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه

dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما

tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي

dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا

cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى

kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا

dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى

di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا

dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

ps : Al-fatihah untuk rakan saya, Arwah Nur Asyikin Ahmad Termizi, sem 7, kimia, yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. tidak sempat berpraktikal bersama, 4 tahun sekuliah. allhurrabi.

Advertisements

One thought on “Syair seorang hamba

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s