Cukup sekadar maksimum 12A?

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Isu yang semakin hangat dibincangkan sejak mutakhir ini sememangnya cukup menarik untuk difikirkan dan dibahaskan dengan baik.  Apatah lagi apabila ianya melibatkan perubahan dalam sistem pendidikan Negara kita. Kesannya cukup besar dalam melahirkan individu-individu yang cemerlang dari aspek intelektual.

Persoalannya cukupkah sekadar maksimum pelajar-pelajar 12A?

Secara peribadi, pabila dasar ini dikeluarkan, saya sememangnya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir. Adakah perlu disekat potensi yang ada pada pelajar-pelajar. Berilah kebebasan kepada mereka untuk memilih dan mempelajari lebih banyak subjek kerana disitu mereka akan punya peluang untuk meneroka lebih banyak ilmu. Dalam dunia yang semakin hari semakin deras dihambat arus permodenan, pelajar semakin bijak memilih, mencatur, dan merancang masa depan mereka sesuai dengan keperluan zaman. Kerugian besar, apabila ruang yang disediakan tidak cukup untuk mereka berpencak dengan baik sebagai seorang pelajar.

‘Orang pakat-pakat nak dapat banyak A, tapi kita pula pakat-pakat nak sekat bagi depa dapat sikit A’

Realiti sebenarnya, kita tidak dapat mencungkil potensi sebenar keupayaan pelajar kita dan ia menjadikan gred pelajar 12A adalah paling maksimum. 

Suka saya membawa pembaca budiman melihat sejarah kejayaan pelajar-pelajar yang sememangnya berjaya meraih keputusan SPM terbaik Negara dengan bilangan A yang melebihi  12A. Mereka ini figura-figura biasa yang berusaha secara luar biasa. Lantas natijahnya mampu untuk memberi  inspirasi pada semua.

Tahun Nama Sekolah Keputusan
2003 Ahmad Atiq Abdul Hamid Sekolah Menengah La Salle Klang, Klang 14 1A, 1 2A
Nicholas Pang Tze Ping Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu 14 1A, 2 2A
Celestina Johnny Bouniu Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu 16 A
2004 Nur Amalina Che Bakri Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor 17 1A
2005 Chin Shiang Jin Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu 15 1A
Esther Elizabeth Jack Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu, Klang 15 1A
Chong Huey Ee SMK (P) Treacher Methodist, Taiping 15 1A, 1 2A
2006 Siti Fatimah Mukhtar Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu 17 1A
2007 Azali Azlan – Gambar (memecah rekod SPM Terbaik 2004) SMK Agama Yan 20 1A 1 2A
2008 Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal SMA (Agama) Maahad Muhammadi (Perempuan) 19 1A 1 2A

Kementerian sepatutnya melihat dari sudut kurikulum dan ko-kurikulum yang yang lebih praktikal seperti mana yang dilaksanakan di sesetengah ipt selain daripada merubah dan menghadkan pengambilan 12A.

Pada tahun 2008, 442,936 yang menduduki peperiksaan SPM dan lebih 100,000 pelajar yang tiada tempat ke mana-mana IPT mewakili 22.6 %. Oleh itu, pelaksanaan kurikulum yang efektif membantu pelajar berdikari dari mempelajari teori untuk menduduki bangku peperiksanaan semata-mata. Contohnya, kajian seharusnya dilakukan supaya pembelajaran teori dan praktikal bergerak seiring sebagaimana kaedah pembelajaran politeknik, teori dan praktikal berjalan selari.

Jujurnya, baru sahaja saya bersemangat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang seperti adik Madihah yang cemerlang akhlaknya disamping bilangan A yang maksimum. Hakikatnya, hanya para pelajar yang pernah merasai betapa ‘pahit’nya kegagalan akan mengetahui betapa ‘manis’nya hakikat kejayaan.

Advertisements

3 thoughts on “Cukup sekadar maksimum 12A?

  1. Tak cukup!

    Kalaulah saya boleh dapat lebih dari itu, kenapa pulak tak bolehnya?

    Contoh, kalau saya ada kebolehan untuk mencipta kereta untuk dipandu, takkanlah saya hanya dibenarkan untuk mencipta kereta mainan sahaja.

    Tak pelik ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s