Archive | December 2007

Short notes

This is actually just a reminder for me and those friend who need  it. I should write in English this time even my English worsen than yours. Without our realization, Quran got the answer on how to cope stress when it comes into your life. It was stated in Quran suroh Al-Maarij : 19-35. Believe me. It’s really works. Try this way : 

  1)     Solat

2)     Sedekah

3)     Percaya hari kiamat

4)     Takut azab Tuhan

5)     Pelihara kehormatan

6)     Tunai amanah dan janji

 Seems like very simple steps right? I’m sure you’ll feel the  beautiful way of Islam.   

Keputusan yang pasti….

Entry kali ini saya klasifikasikan sebagai debat atau muhasabah?

Semua yang berlaku begitu cepat. Belum sempat saya menilai tindakan dan impak dari setiap sudut, saya telah mengambil satu lagi keputusan. Dan diharapkan keputusan yang dibuat kali ini sekali lagi semuanya di atas hidayah ALLAH. Alhamdullilah segala pujian bagi ALLAH. Saya telah menarik diri secara total dalam dunia debat.                                        

   “ Ya ALLAH, andainya perdebatan itu terbaik untuk hambaMU, maka permudahkanlah, jika tidak Ya ALLAH, Engkau sasarkanlah” 

Doa yang sering saya titipkan setiap sekali usai solat. Dan dengan segala kekuatan dan hidayah dariNYA, saya menyuarakan hasrat untuk menarik diri dalam penyertaan debat IKIM sekaligus dalam dunia perdebatan. Keputusan yang dibuat diikuti dengan satu ASBAB yang kukuh. Saya bulatkan tekad, perjalanan saya masih jauh, dan rezeki ALLAH itu sesuatu yang pasti untuk hamba-hambaNYA yang soleh.  

Begitulah manusia, dalam setiap hari menjalani rutin kehidupan, kita tidak akan pernah terlepas daripada membuat keputusan. Setiap waktu dan setiap saat yang dikurniakan olehNYA, bukan sesuatu yang wajar dipersiakan. Sesungguhnya tanggungjawab kita lebih banyak berbanding dengan waktu yang ada. Andainya kita tahu bahawasanya tiada lagi esok untuk kita, nescaya kita tidak punya masa untuk mensia-siakan kesempatan yang ada.

  Wahai diri tenanglah….Salah satu sebab mengapa saya mesti muslim dari sudut aqidah? Saya mesti bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadaNYA. Sifat tawakal inilah yang membangkitkan kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa dan diri saya yang menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah. Saya bawakan firman ALLAH swt 

 “ Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ia akan memberi kecukupan kepadanya”Surah Al-Thalaq 65 : Ayat 3

 InsyaALLAH, saya tidak sekali-kali akan mengeluh dengan keputusan yang dibuat kali ini. terima kasih sahabat. Ana sayang antunna semua. Satu lagi pengalaman dunia debat! J  

Kg. Kuala Gula : A short vacation

Assalamualaikum wbt 

Alhamdullilah! Usai sudah program Baktisiswa Darul Ridzuan 07 anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid. Penyertaaan kali pertama saya dalam program baktisiswa sepanjang berada di universiti memberikan pengalaman yang cukup bermakna. Dan keputusan yang saya lakukan untuk memilih menyertai program ini dirasakan amat tepat pada matlamatnya. Rasa syukur saya panjatkan kepadaNYA tuhan pencipta sekalian alam, yang memberi tenaga dan kesihatan yang baik kepada saya sepanjang program. Hebat percaturan oleh ALLAH kali ini. 

Suka saya imbas kembali sedikit sebanyak pengalaman yang mungkin boleh dijadikan pengajaran dan pedoman hidup di masa hadapan. Semuanya bermula seawal jam 9 pg bas kami bertolak daripada kolej menuju ke kampong kuala gula. Nama yang baru pertama kali saya dengar tatkala menyedari kewujudannya di negeri Perak. Perjalanan sepanjang 2 jam lebih memenatkan mata saya. Tatkala kaki kali pertama menjejak kaki di Kampung kuala gula, saya sudah dapat mengagak keadaan geografi di kampong tersebut yang mana begitu hampir dengan laut memandangkan pasir-pasir di bahagian tanahnya.  Perasaan saya bercampur aduk memandangkan para peserta tidak diberitahu siapakah keluarga angkat masing-masing dan ini menimbulkan pelbagai persoalan jauh di lubuk hati saya. Tenang! Semuanya telah ditetapkan. Saya kira saya berjaya membujuk diri sendiri tatkala sahabat-sahabat saya yang lain sibuk menggambarkan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku. Akhirnya, saya telah ditetapkan bersama 3 adik beradik angkat yang lain bersama dengan seorang ibu angkat pada petang itu.

Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah keluarga angkat, hati saya kembali risau. Jujur saya katakan, ini kali pertama saya berada di rumah yang tidak mempunyai pintu bilik air. Sukar! Itu gambaran saya berikan. Bagaimana mahu teruskan hidup di sini?! mesej segera di hantar kepada sahabat terdekat saya yang lain. Hati saya kembali tenang. Pujukan dan nasihat daripada sahabat-sahabat yang menasihatkan saya supaya bersabar dan sentiasa tenang berjaya juga saya realisasikan dan zahirkan di rumah tersebut. Ayah, mak, milah, aton, izzat dan adik! Mereka ahli keluarga angkat saya yang baru. Di sinilah bermulanya satu lagi ikatan kekeluargaan. 

 Hari kedua, peserta dibawa melawat tempat penanaman kayu bakau. Banyak informasi mengenai pokok kayu bakau saya perolehi. Saya kagum mendengar penerangan daripada penduduk kampong tersebut mengenai asal usul pokok bakau. Hebat  soft skillnya, hamper kesemua soalan peserta mampu dijawab. Tergugat juga saya dengan mereka, selaku seorang bakal guru. J Perjalanan diteruskan lagi dengan lawatan ke kilang membuat arang. Proses-proses membakar dalam ketuhar yang saya panggil ‘igloo’ memberi pengalaman baru kepada saya. Dalam ketika itu, teringat dengan nasihat ustazah saya dahulu yang menyatakan di akhirat nanti, manusia-manusia akan menjadi sebagai arang yang menjadi bahan bakar. Nauzubillah. saya menyaksikan kegigihan golongan tua yang bekerja demi mencari rezeki yang halal. Bagaimana usia tua saya kelak? Pada petangnya, saya dibawa oleh saudara angkat saya berjalan melihat keadaan kampong. Dimana-mana sahaja terdapat kulit kerang. Inilah uniknya. Saya di bawa ke jeti untuk melihat ayah yang membawa pulang hasil laut. Malamnya saya disajikan dengan pelbagai jenis hasil laut. KETAM, UDANG, SOTONG dan IKAN! Santapan yang saya rasakan amat mewah dan banyak. Kondisi saya yang allergic dengan makanan laut menyebabkan saya mengambil dengan kuantiti yang berjaga-jaga. Niat saya Cuma satu, andai mampu menggembirakan mereka, itu sudah menjadi kemenangan bagi saya! Saya akur dan saya makan makanan yang disajikan.

 Mengenai konsep program kali ini yang mana lebih bersifat santai dan para peserta diberi kebebasan dengan keluarga masing-masing. Peluang ini saya manfaatkan sebaiknya. Ayah mengajak kami untuk turun ke laut menaiki bot untuk mencari kerang, tiram dan ikan. Pengalaman yang meninggalkan pengajaran kepada saya. Betapa sukar untuk mencari sesuap nasi di laut. Terpaksa berpanas dan terdedah dengan pelbagai bahaya. Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan rezeki setiap manusia. Mungkin di mata kita susah tapi tidak bagi masyarakat di kampong kuala gula.  29 Nov 2007. Genap usia saya 20 tahun. Saya diberi kejutan oleh ahli keluarga angkat saya. Kami sama-sama meraikan hari jadi saya. 3 biji kek dan barbeque! Ya ALLAH, betapa mereka berusaha meraikan saya. Saya terharu. Melawat sg buluh, sg cabai mencari lokan dan berehat di tengah-tengah laut menyaksikan keindahan ciptaan tuhan antara aktiviti yang sempat saya lakukan bersama keluarga angkat.

Sepanjang berada di kampong kuala gula saya mempunyai ramai adik angkat yang baru. Haikal, izwan, lan, asyraf, man, fatihah, nana dan banyak nama lagi yang perlu diingat! Cukup menghiburkan. Keletah mereka banyak mendidik diri ini supaya sentiasa bersabar. Hati puas, bila saya sempat mengajar mereka mengenai pelajaran matematik. Itulah jiwa pendidik! Dimana-mana saja perlu memberi tunjuk ajar. J sedikit penghayatan bagi saya.  

Hari terakhir suasana menyedihkan menyelubungi. Ayah dan mak telah menyiapkan bekalan untuk kami pulang. Melihat kepada perpisahan yang berlaku, menjadi sifir kepada satu lagi percaturan lazim sebagai HambaNYA. Bertemu berpisah dan menjalinkan ukhwah. Alhamdullilah. Saya realisasikan. Andai ada masa, ada waktu, ada rezeki, panjang umur, kaki ini akan melangkah lagi ke kampong kuala gula. Selamat tinggal semua!

Bulan 12….

Assalamualaikum wbt

 Melihat kepada senarai aktiviti yang perlu saya lakukan sepanjang bulan 12,rasanya ianya cukup mengisi masa lapang saya dengan aktiviti yang bermanfaat.

 1)     1-10/12    : gerak kerja hari terbuka

2)     11-13/12 : debat ikim

3)     16-20/12 : hari raya qurban

4)     21-23/12 : kursus pemantapan rexco

5)     24-30/12 : minggu suai kenal kolej 

lu_02_small.jpg

Kelihatan cukup padat namun saya masih mempunyai masa untuk menonton cd korea dan melayari internet. Sekadar menjadi hiburan saya tatkala terasa bosan. Jujur saya akui, apabila diberi waktu lapang ianya juga menjadi ujian besar bagi saya untuk memanfaatkannya. Tatkala saya melihat waktu-waktu yang dibazirkan sepanjang hari terdetik rasa insaf dalam diri. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Hakikatnya kita diuji lapang sebelum sempit. Masih ada waktu untuk kita?