Archive | June 2010

Bila saya mengajar semula

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Rindu sungguh saya untuk merespon beberapa isu yang banyak berlaku sekarang ini, lebih-lebih lagi melibatkan isu pendidikan. Perlu ditangguhkan lagi. Ditambah demam yang melarat-larat, sehingga terpaksa mengambil semula antibiotik yang disyorkan doktor. Yang pasti sekarang saya sudah mula mengajar semula.

Dan paling menarik, saya mengajar fizik dan matematik, sememangnya hanya minor saya di universiti. Jadi lebih banyak masa saya gunakan untuk menelaah semula pelajaran-pelajaran yang ditinggalkan.

‘Class, kamu tunggu apa?’

‘Tunggu teacher bagi salam”

Aduhai, saya lupa saya di maahad, terasa janggal pula memberi salam dan membaca doa. Usai kelas, saya hanya mampu tersenyum sendirian, bila dahulu saya tidak mengamalkannya saya rasa sedikit janggal.

Cukup-cukup banyak perbezaannya. Sistem, suasana, biah solehah.

Saya tangguhkan dulu, ada ruang masa dan keadaan mengizinkan akan  saya cuba kongsikan lain hari. Insya-allah.

Advertisements

Makluman Penting Untuk Semua Bakal Graduan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Pertamanya saya ingin mohon maaf pada semua teman-teman yang menghubungi saya secara langsung mahupun tidak langsung bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pengijazahan kita. Yang kedua, dalam proses mendapatkan maklumat terkini saya telah berhubung secara langsung dengan En Ikmal Redzuan, Penolong Pendaftar Unit Pengijazahan,  bagi mendapatkan maklumat dari masa ke semasa. Ada mesej-mesej yang sempat saya balas dan ada juga panggilan yang tidak terjawab daripada teman-teman. Saya minta maaf atas segala kesulitan.

Beberapa perkara penting perlu diberi perhatian untuk mengisi online borang posting (E-GST) memandangkan ini merupakan check point pertama yang perlu dilalui selepas tamat belajar.

1)      Bakal graduan harus mendapatkan PNGK semester akhir melalui keputusan praktikum yang diperolehi melalui laman web mysis.

2)      Tarikh-tarikh penting yang harus diketahui :

i)                    Tarikh pengesahan senat : 24 Jun 2010

ii)                   Tarikh tamat belajar          : 24 Jun  2010

iii)                 Tarikh konvo                        : 12-16 Oktober 2010

3)      Pastikan tempat pilihan temuduga diisi dengan tepat bagi memudahkan anda menghadiri temuduga kelak

4)      Bakal graduan diminta untuk mengisi dua negeri pilihan penempatan dan letakkan priority pada pilihan pertama

5)      Isi maklumat dalam online sebaiknya dan berhati-hati

6)      Cetak borang untuk simpanan.

7)      Bagi yang sudah mengisi borang posting, anda boleh update dari masa ke semasa sebelum tarikh tutup 30 JUN 2010.

Moga-moga dengan sedikit maklumat yang diberi mampu untuk membantu teman-teman sekalian. Tahniah untuk anda semua kerana berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan. Moga-moga kita menjadi pendidik yang berjaya di masa hadapan.

Nur Aqilah Hanis Mohd Yusoff

Mantan Exco Akademik dan Kerjaya

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 08/09

Pohon hijau, biarkan ianya subur

Bismillahirrahmanirrahim

Bila kita menulis, sebenarnya kita dalam pelarian. Menulis itu merupakan satu pelarian, perlarian untuk mencari ruang bersendiri, atau mungkin pelarian dari bersendirian. Hakikatnya saya sedang berusaha terus menulis.

Sedikit pesanan Rasullullah s.a.w untuk renungan bersama.

Teguhkan bahtera kalian, kerana lautan yang direnangi terlalu dalam,

Banyakkan bekalan kalian, kerana perjalanan yang bakal dilalui cukup jauh,

Ringankan belakang kalian, kerana yang bakal didaki itu terlalu curam,

Ikhlaskan semua amal perbuatan kalian, kerana yang menilai itu sentiasa melihat apa yang kita lakukan.

Hidup ini indah, andainya semuanya kerana ALLAH. Sahabat-sahabat, biarkan pohon hijau (iman)  itu terus subur sentiasa. ameen.

Sabah : Kembara penuh hikmah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Akhirnya, kaki saya selamat menjejaki bumi sabah, bumi hijau, bumi subur dakwah. Saya rasakan jaulah ataupun percutian kali ini antara yang bermakna apatah lagi ditemani teman-teman lama. Seakan reunion semula pabila masing-masing sudah sekian lama tidak berjumpa sedari mula praktikum. Berjumpa sahabat-sahabat juga menguatkan kembali ukhwah  sesama kita disamping kali ini kami punya misi menjalankan kembara penuh makna.

Pada mulanya tempoh seminggu yang dirancangkan sedikit sebanyak menganggu perjalanan jadual yang diatur di rumah. Hati bertambah gundah dan saya mula tidak senang duduk menaiki pesawat selama 2 jam 45 minit ke Tawau. Bagaimana keadaannnya jika benar-benar saya dipostingkan ke Sabah? Sanggup berulang dengan jarak yang agak jauh?

Buangkanlah resah. Sekali kaki dilangkah, perjalanan akan diteruskan hingga sampai ke destinasi.

Sepanjang seminggu juga saya berpeluang menjelajah tiga daerah utama di Sabah, bermula di Tawau, Kunak dan Sandakan. Berpeluang juga menyaksikan walimah sahabat terdekat di tawau. Lain tradisinya di tempat sendiri. Adat resam masyarakat sabah masih lagi utuh biarpun zaman mula berubah. Berada di rumah ‘atas air’ sekali lagi memberi pengalaman yang berbeda. Situasi kanak-kanak kecil berenang di lautan indah tidak menjadi perkara luar biasa, itulah didikan yang diberikan. Mereka pandai berenang.

Berpeluang juga menemui anak semenanjung yang merantau di bumi Sabah. Perkongsian penuh makna,membuktikan bahawasanya benih yang baik dicampak ke lautan menjadi pulau juga. Semangat yang ditunjukkan demi mendidik anak bangsa dan menyampaikan risalah dakwah tanpa syarat membuktikan tanggungjawab yang ada sentiasa lebih dari masa yang ada.

Itu cebisan kisah di tawau.

Berbeda di kunak. Menyaksikan panorama indah menaiki bot sememangnya benar-benar bermakna. Keaslian alam ciptaan tuhan masih lagi terpelihara. Alhamdulillah, tadabbur alam mendekatkan diri  dengan bukti kebesaran ALLAH.

” Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal “surah al-imran ayat 190.

Saya masih lagi belajar untuk tadabbur alam dalam usaha meningkatkan diri ke jalan yang diberkati. Melihat sesuatu secara zahiri atau gambaran luaran seadanya sebenarnya mampu untuk membimbing manusia bertanya di sebalik adanya sesuatu tentu adanya proses penciptaan. Dan sesuatu itu tidak dicipta atau dijadikan atau wujud dengan begitu saja tetapi tentu bersebab. Walau pun keupayaan berfikir tidak mungkin mampu menjawab semua perkara tetapi ada pedoman asas yang membolehkan seseorang menghubungkan faktor kewujudan dengan faktor penciptaan dan faktor penciptaan sebagai sumber hikmah. Bumi ini bumi ALLAH.  Subhanallah, cukup terkesan dengan panorama indah di kunak.

Sandakan destinasi akhir.

Perjalanan menaiki bas lebih kurang 4 jam ke Sandakan. Sandakan juga bandaraya yang dikelilingi lautan. Setiap kilometer perjalanan pasti akan menemui sebuah gereja. Jarang sekali keadaan ini berlaku di semenanjung. Sempat juga saya berkunjung ke Sepilok, tempat orang utan dan taman buaya Sandakan.

Resolusi perjalanan

Sedikit sebanyak mengubah persepsi saya mengenai keadaan di Sabah. Namun saya masih khuatir, adakah saya bersedia untuk dipostingkan ke sabah? Berjalan,bermusafir, melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurnianya. Menambah nilaian harganya,iman dan taqwa bagi hamba yang setia.  Moga-moga kembara penuh makna ke sabah ini memberi seribu satu hikmah dan teladan buat diri ini.

P/s : lepas ini mahu kembara ke luar Negara pula.

Buat teman-teman bakal bergelar isteri

Bismillahirrahmanirrahim

Bila musim cuti sekolah tiba, yang paling sibuk tentulah imam-imam di kampung. Berlumba-lumba juga kad undangan tiba. Alhamdullilah, bila tiba masa, semuanya pakat-pakat berumah tangga.  Sekarang lebih canggih, hanya perlu upload kad melalui facebook, tapi sayangnya saya belum lagi punya account. Berkali-kali saya mainkan lagu barakah allah lakuma, nyanyian maher zain. Ingin tujukan pada sahabat-sahabat saya yang bakal mendirikan rumah tangga. Saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis kalian berikutan berada di seberang laut, tiada lain melainkan tujuan ziarah bumi tuhan. Buat insan bergelar sahabat, saya doakan kalian bahagia dengan pasangan masing-masing. Insya-allah.

Ukhti ateh dan pasangan

Ukhti kak syuhadah dan pasangan

Ukhti kak syikim dan pasangan

Ukhti laila dan pasangan

Buat sahabat-sahabat saya yang bakal bergelar isteri, sedikit tips saya kongsikan pabila saya menghadiri kursus parenting skill baru-baru ini. Tidak banyak, tapi cukup untuk dijadikan renungan bersama.

  1. ISTERI RIANG, SUAMI SAYANG
  2. SUARA LEMBUT, SUAMI TERPAUT
  3. HIASI DIRI , PERIBADI TERPUJI
  4. HUBUNGAN ALAMI, KEBAHAGIAN HAKIKI
  5. SYUKURI NIKMAT, HIDUP BERKAT.
  6. SETIA KASIH PADA YANG SATU.
  7. SEKAP SEDERHANA, HIDUP BAHAGIA.
  8. KEHORMATAN DIJAGA, HARTA TERPELIHARA.
  9. HORMATI TAMU DAN TAULAN
  10. SUAMI MARAH ISTERI MENGALAH

Saya doakan kalian bahagia hingga ke syurga.

This entry was posted on June 2, 2010, in santai.

Palestin terus menangis lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu ini saya sibuk ke hulu ke hilir menyelesaikan beberapa urusan penting sebelum ke sabah nanti. Mesej bertalu-talu diterima daripada rakan-rakan yang menyarankan supaya diadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah bagi mendoakan anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara yang telah diserang oleh tentera Israel. Alhamdulillah, ramai juga yang prihatin walaupun sebilangan besarnya masih diam tidak peduli. Isu ini isu kita semua.

The science of prayer and spirituality.

Ada yang geram, ada yang resah dan ada yang bertanya apa yang harus dibuat sekarang biarpun kita jauh untuk menyelamatkan mereka?

Percaya pada peranan doa.

Berapa ramai antara kita hanya duduk senang, malah cukup sukar menyedekahkan setitis doa untuk keselamatan saudara-saudar a islam kita. Saya menyeru kepada pembaca budiman sekalian, paling mudah yang mampu kita lakukan adalah terus dan terus berdoa, agar misi keselamatan dan keselamatan untuk rakyat Gaza. Moga-moga dengan usaha kita biarpun sedikit cuma menjadi saksi dihadapan ALLAH kelak.  Insya-allah.

Jangan kita biarkan palestin terus menangis lagi.