Archive | November 2007

Tomyam Kasih Sayang. :)

Sengaja saya menamakan post saya kali ini dengan tomyam kasih sayang.Hasil kesepaduan sahabat-sahabat saya memasak tomyam, menu yang telah lama kami rancang bersama. Fahamlah saya mengapa kita digalakkan mengadakan kenduri secara bergotong royong. Ianya merupakan salah satu wahana bagi mengikat hati-hati para pembuatnya.

“rasanya tak cukup garam” rungut sahabat saya.

“eh, takde lar, Cuma tak cukup masam” seorang lagi memberi pandangan.

Selepas bertungkus lumus membaiki semula rasanya alhamdullilah akhirnya kami akhirnya duduk makan dengan sepuas-puasnya. Biarpun tidak sesedap chef-chef ternama yang memasaknya, bagi saya itu bukan pokok pangkalnya. Baru saya sedar bahawasanya semua sahabat saya ada bakat terpendam yang mungkin hanya di’rendam’ sahaja selama ini. Hasil idea dan air tangan masing-masing yang menjadi rahsia kesedapan tomyam kasih sayang kami hari ini. Kami memilih untuk mengenakan tomyam dengan kue teaw. Mengikut keadaan semasa di tempat saya, harga semangkuk kue teaw tomyam adalah rm4.00. Purata kami hanya membelanjakan rm2.50 seorang untuk tomyam kasih sayang. Lihat! Betapa kami telah berjimat.

Terima kasih sahabat!

Tinggal di kolej sedikit sebanyak mengajar kita bagaimana untuk hidup berdikari. Mungkin selama ini di rumah kita disajikan dengan masakan ibu kita, tapi realitinya bukan selama-lamanya kita dapat menikmatinya. Rezeki pada hari ini akan dijadikan tenaga untuk saya menggunakan untuk belajar dan menguruskan diri. Mungkin lain kali saya boleh menulis bagaimana cara pembuatannya. Caranya mudah sahaja, panggil sahaja sahabat-sahabat anda memasak bersama!

5A UPSR bukan jaminan.

Assalamualaikum wbt..

Dunia pendidikan kita pada hari ini tidak pernah sunyi dengan pelbagai kisah baru. Keputusan UPSR telah selamat diumumkan baru-baru ini. Selesai sudah kontroversi mengenai soalan UPSR bocor dan sebagainya. Pelajar semestinya menarik nafas lega apabila tidak perlu mengambil kembali peperiksaan UPSR. Dan seperti kelazimannya pencapaian kali ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ada yang gembira dan ada yang kecewa. Tapi saya yakin, perjalanan mereka masih jauh. Terlalu awal untuk duduk senang dengan keputusan yang diperolehi.

Saya tertarik membaca petikan akhbar yang dikeluar sehari selepas pelajar-pelajar menerima keputusan.
“Tahun ini, lebih 48,000 murid mendapat 5A, sedangkan 54 SBP di seluruh negara cuma mampu menampung kira-kira 6,000 pelajar, tahun depan,”. petikan daripada ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom. Maknanya para pelajar akan kembali bersaing untuk mendapatkan tempat di sekolah yang diinginkan. Selaku seorang bakal guru, saya melihat situasi ini mampu untuk mewujudkan persaingan secara sihat di kalangan pelajar. Kecemerlangan akademik hendaklah seiring dengan kecemerlangan kokurikulum dan sahsiah. Kita seharusnya melihat kepada hasil akhir keluaran sekolah-sekolah di negara kita yang mana untuk melahirkan individu yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi dan rohani.

Sekolah berasrama penuh merupakan salah satu sekolah yang menyediakan pelajar ke arah yang lebih holistik. Ini tidak bermakna sekolah lain tidak bagus. Kegagalan memasuki SBP tidak sepatutnya menjadi isu besar kerana kebanyakan sekolah menengah biasa sama ada di bandar atau luar bandar kini mempunyai kemudahan pendidikan yang terbaik dan mencukupi.

Betapa ramai kita melihat pelajar dari sekolah biasa muncul sebagai pelajar terbaik Malaysia. Sebagai contoh, Nur Amalina Che Bakri, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor, iaitu pelajar sekolah luar bandar yang berjaya mencatat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2004. Dalam UPSR tahun ini pun, sebahagian daripada sekolah yang melahirkan murid 5A adalah sekolah luar bandar, termasuk sekolah Orang Asli.

Oleh yang demikian, para ibu bapa seharusnya tidak terlampau obses dengan prestijnya sesebuah sekolah. Ianya tidak bermakna andainya pelajar terbabit tidak mengambil langkah pertama untuk mencipta kejayaan mereka sendiri. The best will win dan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

DEBAT ROYAL

“lepas exam ni, boleh ke pergi debat royal?” seorang senior memberikan tawaran kepada saya.

Jawapan yang jelas saya berikan. Keputusan yang saya telah lakukan. Cukup mudah, saya menolak untuk mewakili universiti dalam debat royal kali ini.

Akal mengatakan cukup rugi menolak tawaran kali ini. Apatah lagi debat royal debat yang paling berprestij di antara semua debat di IPTA. Bayaran untuk satu kumpulan beraksi di medan pertandingan adalah sebanyak RM 1500. Berkampung hanya 5 hari 4 malam, makanan, pakaian dan sebagainya semua ditanggung. Menang kalah bukan ukuran tapi yang penting kecerdasan minda dan ketajaman lidah mengupas usul menjadi titik penentuan kejuaraan. Melihat kepada usul-usul dalam debat kali ini sememangnya memerlukan pembacaan yang amat tinggi.
Akal bersuara lagi, andai saya menolak untuk ke debat Royal kali ini, masihkah ada peluang untuk saya beraksi?

Dan saat itu..
Iman yang sedikit mampu mengubat rasa terkilan saya. Rezeki kita semua telah ditetapkan. Dan tidak akan berkurang sedikit pun rezeki-rezeki yang dijanjikan oleh ALLAH kepada kita. Ubatnya satu. KEYAKINAN dan KEBERGANTUNGAN kepada ALLAH itulah yang kita letakkan sebagai sandaran. Saya menolak untuk pergi ke debat kali ini disebabkan komitmen yang harus diberikan kepada program yang dijalankan di kolej. YA, saya punya pilihan untuk mengecualikan diri. Tapi ada amanah yang perlu dilaksanakan. Selagi memegang wasilah sekaligus sebagai pemimpin, saya harus melihat kepada aulawiyat(keutamaan) yang harus didahulukan. Dan hasilnya saya memilih untuk ke program yang dianjurkan kolej. Semoga diri ini telah membuat keputusan yang betul.

Kita mungkin tidak dapat melihat keputusan yang diambil dan kesannya pada masa sekarang. Tapi, andainya keputusan yang kita lakukan berdasarkan niat kepada ALLAH yakinlah bahawasanya ianya akan mendatangkan natijah yang baik pada masa hadapan.

Assyahid Sayyid Qutb

Bismillahirrahmanirrahim

As Syahid Sayyid Qutb

Apabila berbicara mengenai pejuang-pejuang islam dewasa ini, timbul persoalan para sahabat yang menyebabkan minda saya ligat berfikir. “agak-agaknya apa yang kita sudah sumbangkan dalam dunia islam dalam usia muda kita”. Saya diam.

Ditimbulkan lagi persoalan “andainya kita mati pada hari ini, ada tak yang akan mengenangkan kematian kita”. Saya mula gusar. A very simple question but frankly speaking I don’t have the answer

Ya ALLAH, sedar atau tidak, usia saya semakin menjangkau ke angka 20 tahun. Banyak perkara yang belum dicapai dan masih banyak kelompangan yang perlu dibaiki dalam diri. Saya nukilkan kembali sajak yang ditulis oleh Sayyid Qutb sebelum beliau digantung kerana memperjuangkan Islam.

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan…
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
(ditulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID)

Saya kagum.. betapa rindunya seorang pejuang Islam kepada SYAHID ALLAH. Andainya kita meninggalkan dunia pada hari, mampukah bekalan yang kita semai pada hari ini menjawab persoalan kita di akhirat nanti? Bersediakah kita?

Exam dunia, matlamat kita dimana?

Assalamualaikum wbt 

Saya mulakan penulisan saya yang sudah lama ditinggalkan dengan cetusan idea dan sedikit perkongsian ilmu mengenai rutin yang sering kita lalui sepanjang bergelar pelajar. EXAM, peperiksaan ataupun imtihan merupakan salah satu bentuk assessment yang sering ditakuti oleh semua pelajar. Sana-sini terdengar rungutan dan kerisauan para pelajar mengenai kertas-kertas yang bakal diambil. Jujurnya, musim peperiksaan menjadikan saya lebih banyak berfikir. Mungkin dek kerana, banyak masa dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran secara total dan rasa bosan dengan situasi lazim yang dialami apabila menjelang musim peperiksaan.  Pesan pada diri,Perjuangan menuntut ilmu memerlukan keikhlasan, kesabaran dan kesungguhan. Kembali kepada matlamat kita belajar. Terdetik rasa takut dan gusar apabila saya mencari-cari jawapan untuk persoalan-persoalan yang terlintas dalam benak fikiran. Adakah diri ini belajar untuk lulus dalam peperiksaan atau menjawab di dalam exam sahaja? Jika itu tujuan saya, maka sia-sialah pengorbanan dan masa kerana tidak IKHLAS keraNYA. Na’uzubillah. Hati beristghfar panjang. Punya masa atau diri yang tiada usaha untuk muhasabah niat? saya berusaha memperbaiki diri dan meletakkan ALLAH sebagai matlamat tertinggi. 

 Maka, saya membuat kesimpulan, pilihannya telah ada. InsyaALLAH, saya berusaha menjadikan musim peperiksaan ini sebagai masa tarbiyah panjang yang diberikan oleh ALLAH kepada saya. Manfaatkan! Saya hanya bermain dengan kertas peperiksaan bukannya dengan senjata. Detik-detik masa ketika belajar adalah yang terbaik untuk dijadikan himpunan-himpunan pahala. Sama-sama kita berusaha! as a muslim, we have the responsibilities to do well in every single things in our life. Sama-sama kita berusaha mencari keradhaanNYA! INSYALLAH.  

Sesungguhnya solatku, ibadahku dan matiku kerana ALLAH.

salam kembali…

flower.gifBismillahirrahmanirrahim.

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

 ALHAMDULLILAH,  for the strength and hidayah from HIM, I’m here for the new come back. It’s take long time for me to start blogging again because of me myself.Honestly, I have so many reasons. By gone be by gone. Now, I’m here again. InsyaALLAH with born of new spirit i’ll put my best effort to deliver something here. Well, I still not finish my exam yet..:). Got two more papers, the killer one thermodynamic and inorganic. Do pray for me k. For the sake of ummah! See ya!