Polemik Profesion Perguruan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Syukur, di tengah kesempitan yang ada, saya masih punya ruang untuk menulis. Hawa tidur, adam dan sofea ke tadika, kerja rumah juga selesai sepenuhnya, maka peluang keemasan untuk menulis.

Kelazimannya, dunia pendidikan dan profesion perguruan sememangnya tidak sunyi dari kemelut dan polemik yang berpanjangan. Jujurnya, saya tidak betah hanya duduk diam memerhati sahaja perkembangan ini berterusan. Biarpun belum bergelar guru, namun jika punya kesempatan dalam beberapa ketika,biiznillah, saya akan bergelumang dengan dunia sebenar sebagai guru.

Sempat saya mengikuti rancangan ‘Astro Awani’ berhubung dengan pelancaran Standard Guru Malaysia. Panel yang ditampilkan amat dekat dengan saya, Pensyarah Pendidikan di UKM dan Presiden NUTP (En Hashim). Saya pernah berurusan secara langsung dengan Presiden NUTP bagi menyelesaikan isu posting. Dan tuntasnya,  kupasan mereka sememangnya memberi sedikit sebanyak gambaran sebenar hasrat kerajaan terhadap guru.  Standard Guru Malaysia (SGM) bertujuan memartabatkan profesion perguruan ke suatu aras yang lebih tinggi. Modulnya cukup cantik dan jika mampu diimplementasikan dengan berkesan.

Namun, saya masih gusar, bagaimana harus memastikannnya bukan satu lagi ‘projek politik’  yang akan mengganggu P&P para guru, dieksploitasi oleh pentadbir sekolah untuk menekan para guru supaya menyediakan pelbagai laporan dan statistik yang akhirnya akan digunakan oleh pihak pentadbir sebagai bukti untuk kecemerlangan kerjaya mereka sahaja!

Realitinya, pentadbir sekolah berjaya merangkul pelbagai anugerah dan pujian, malangnya para guru pula semakin tertekan dan para pelajar yang akan menjadi mangsa.

‘Hanis, nanti pergi sekolah, jangan berani-berani tegur pelajar, just buat kerja kamu, dan ikut silibus, guru sekarang bukan macam dulu lagi‘ nasihat kak ngah saya.

‘Ustaz duduk kat mana? Berani sangat nak tegur saya, saya akan saman ustaz’ cerita abang ngah saya yang realitinya mahu mendidik namun dia pula yang diugut pelajarnya.

Persoalannya, bagaimana SGM mampu untuk membantu para guru dalam menangani situasi sebenar di sekolah? Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.  Masih terlalu awal untuk memberi penilaian, saya yakin dalam tempoh 5 tahun ini kita akan menilai semula keperluan SGM pada guru.

Saya masih lagi memikirkan masihkah punya kerelevanan di masa kini yang menyatakan ‘guru ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain’?  Kadang-kadang ianya juga lebih cocok ditukar dengan frasa baru, ‘guru berusaha memberi yang terbaik pada pelajar, alih-alih keretanya pula yang dibakar’.

Aduhai, saya kira kemelut profesion guru akan berterusan. Tertanya-tanya adakah saya bersedia jadi guru atau mungkin boleh tukar profesion sebagai surirumah tangga sahaja?

One thought on “Polemik Profesion Perguruan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s