Archive | March 2009

Mendepani isu PPSMI

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

27 Mac 2009, akhirnya saya dan warga Biro Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09 dengan kerjasama persatuan mahasiswa sains berjaya menganjurkan forum PPSMI : Satu Inovasi dan Konfrontasi dalam dunia pendidikan. Syukur.

Rentetan penganjurannya menimbulkan polemik yang sukar saya terjemahkan. Hampir sahaja dibatalkan sehari sebelum berlangsungnya forum tersebut. Namun, berkat doa dan usaha serta hasil perbincangan damai dengan pihak-pihak yang berkenaan ianya mampu juga untuk diteruskan. Jujurnya, saya mensasarkan seharusnya UPSI merupakan universiti yang seharusnya menjuarai isu-isu pendidikan negara dan keterbukaan dalam penganjuran forum-forum akademik seharusnya diberi keutamaan. Cubaan pertama saya berjaya, namun saya tidak mampu untuk gambarkan bagaimana untuk seterusnya.

 sdc106923

Pertamanya, terima kasih kepada unit aduan  Biro akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09 diketuai oleh saudara Omar, terhadap pengurusan forum kali pertama yang menyentuh aspek pendidikan dalam negara. Ambillah pengajaran dan pengalaman yang berguna dalam pengendalian forum ini.

 

Alhamdullilah, sambutan mahasiswa/i juga amat memberansangkan biarpun masing-masing punya kuliah pada waktu tersebut. Saya mengharapkan kupasan yang diberikan oleh panel mampu untuk membuka dan memberi ruang untuk kita selaku mahasiswa/i berfikir dengan dengan rasional sesuai dengan status bakal guru kelak.  Pada awalnya saya telah menghubungi yayasan perdana untuk menjemput tun mahathir sendiri namun beliau punya agenda lain yang perlu direncanakan malah telah berusaha mendapatkan panel daripada pensyarah-pensyarah yang menyokong ppsmi ini. Disebabkan beberapa masalah, mereka menarik diri. Namun, ianya tidak membatalkan rancangan saya dan rakan-rakan untuk meneruskan forum.

sdc10667 

Semoga penganjuran forum kali ini, memberi momentum baru kepada suasana di UPSI dalam melahirkan mahasiswa/i yang sentiasa celik dan cakna isu semasa.

Bersesuaian dengan tema penganjuran forum ppsmi, saya petik kata-kata prof diraja ungku aziz

“Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..”

 

“‘Transform with knowledge”‘

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF
Exco Akademik & Kerjaya MPP 08/09

Advertisements

Halatuju selepas bergraduan

ALHAMDULLILAH

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan kesempatan dicelah-celah kesempitan yang ada, saya masih punya ruang untuk menulis. Hampir seminggu saya meninggalkan blog. Minggu ini saya yakin, mahasiswa/i berdepan dengan minggu penghantaran assingment, kuiz dan juga pelbagai pelaksanaan program.

Pertamanya, apabila melihat kepada jadual peperiksaan yang sedia padat, saya menerima banyak aduan daripada mahasiswa/i dan saya kira masing-masing telahpun mengambil langkah sepatutnya dan keputusan untuk draft kedua akan keluar tidak lama lagi.  Memandangkan pada kali ini, bahagian peperiksaan banyak menerima aduan, maka ianya mengambil sedikit masa untuk diproses.

Yang kedua, berhubung dengan isu pendaftaran kursus. Mahasiswa/i diberi masa oleh bahagian pendaftaran untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan biarpun ada juga yang gagal berbuat demikian. Sungguhpun begitu, untuk mahasiswa/i yang punya alasan yang kukuh, semua langkah penyelesaian telah saya berikan dan diharapkan dapat membantu dalam menyelesaikan pendaftaran kursus masing-masing.

25 Mac 2009

Taklimat ‘Halatuju selepas bergraduan’

 sdc10520

Biro Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 dibawah unit penyelidikan dan saudara Muhammad sebagai pengarah telah berjaya menganjurkan program taklimat ‘Halatuju selepas bergraduan’. Kehadiran seramai 230 orang merupakan petanda awal bahawasanya mahasiswa/i sememangnya punya perancangan untuk menerusakan pengajian diperingkat master ataupun PHD selepas sahaja tamat ijazah pertama.

Itu juga yang saya pasakkan daripada awal penganjuran program ini. Seharusnya pendidikan itu perlu diteruskan sehingga ke peringkat yang lebih tertinggi. Dengan kerjasama yang baik daripada IPS, kehadiran dekan Prof Omar diharapkan mampu memberikan suntikan baru kepada semua mahasiswa untuk terus mengorak langkah dalam bidang akademik masing-masing.

sdc10493

InsyaALLAH, program-program yang bersifat penerangan seperti kali ini akan diteruskan jika kita punya kesempatan waktu kelak. Jutaan terima kasih untuk semua warga Biro Akademik & Kerjaya MPP UPSI sesi 2008/2009 di atas kerjasama yang cukup cemerlang. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.

‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya MPP sesi 08/09

Berita daripada bahagian akademik (VII)

BIsmillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

PERHATIAN

Untuk makluman mahasiswa/i semua, draf peperiksaan semester 2 sesi 2008/2009 telah dikeluarkan.

1)  Lihat semula waktu dan tempat peperiksaan anda

2) Jika berlaku kepadatan dan dirasakan perlu diubah masa dan tempat, berikut adalah prosedur-prosedur yang perlu dilakukan sebelum 20.3.2009 :

a)  Membuat surat rasmi daripada wakil kelas

b) Memberi cadangan masa dan tempat yang diinginkan

c) Dibuat melalui pensyarah kursus (sebaiknya mendapat sokongan dekan jika sempat)

d) Pastikan telah mendapat persetujuan semua ahli kelas

e) Hantar ke bahagian peperiksaan akademik UPSI sebelum 20.3.2009

Sumber : Bahagian Peperiksaan UPSI

‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009

Berita daripada bahagian akademik (V)

PERHATIAN

 

JADUAL PENDAFTARAN DAN

PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1

SESI 2009/2010

 

KATEGORI

PELAJAR

TARIKH DAN CATATAN

 

 

Pelajar Lama

– Bagi pelajar   Semester 3 & ke atas

 

(Pra-Pendaftaran)

16 Mac 2009

hingga

28 Mac 2009

(Pra-Pendaftaran Kursus adalah mengikut semester pengajian)

Sila rujuk Jadual Pra-Pendaftaran Kursus di fakulti masing-masing.

Pelajar Baharu Mulai Ambilan Julai 2008

   Bagi pelajar Semester 1 & 2

 

(Pendaftaran Kursus)

 

29 Mac 2009

hingga

3 April 2009

(Pendaftaran Kursus adalah mengikut semester pengajian)

Sila rujuk Jadual Pendaftaran Kursus di fakulti masing-masing.

 

 

Peringatan :      Senarai kursus yang ditawarkan untuk Semester 1 Sesi 2009/2010 boleh didapati di fakulti masing-masing. Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus akan dilakukan secara online sepenuhnya.

 

                             Sekiranya Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus tidak dilakukan pada tarikh yang ditetapkan DENDA akan dikenakan sebanyak RM30/kursus + RM5.  (tidak membuat Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus)

 Sumber : bahagian akademik UPSI

‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI 08/09

Halangan yang diruntuhkan

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Keputusan SPM 08 telahpun diumumkan. Tahniah saya ucapkan untuk adik-adik yang telah mencapai keputusan cemerlang. Pertamanya perlu dipasakkan rasa syukur dan redha dengan setiap keputusan yang diperolehi. Sesungguhnya perjalanan kalian masih lagi jauh.

Halangan yang diruntuhkan

maahad202

Menelurusi kejayaan adik Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kemiskinan dan cabaran-cabaran yang datang tidak menjadi satu halangan untuk beliau mengecapi kejayaan cemerlang. Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di dada-dada akhbar. Dan ianya tidak menjadi rungutan bagi beliau apabila terpaksa berpuasa lantaran kekurangan wang untuk berbelanja.

Roadshow Ilmiah (Persatuan Mahasiswa Sains)

pic-2

Calon-calon SPM 09 SMK Kompleks KLIA

Kesempatan untuk turut serta dalam Roadshow Ilmiah 09 anjuran Biro Akademik & Kerjaya PMS merupakan kesempatan yang ada untuk saya bertemu dengan calon-calon SPM 09.  Buat adik-adik di SMK Kompleks KLIA dan SMKA SHAMS, teruskan berusaha dan terus berusaha. Kami menunggu keputusan yang cemerlang daripada anda semua. Manfaatkan waktu dan usia muda sebaiknya. Semoga kejayaan mengiringi kalian. ameen.

6

Sebahagian calon-calon SPM 09 SMKA SHAMS

 

Akademi Intelektual Mahasiswa 09

untitled-1

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Program Akademi Intelektual Mahasiswa 09 anjuran Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09 akan menampilkan beberapa program penting untuk mahasiswa/i UPSI.

1) Hari Akademik

Dijalankan sepanjang semester

2) Forum PPSMI : Antara Konfrontasi dan Inovasi Dalam Pendidikan(27 Mac 2009)

Panel :

1) Prof Emiritus Isahak Haron (UPSI)

2) Prof Emiritus Abdullah Hassan (UPSI)

3) Saudara Khairul Anwar (PKPIM)

3) Taklimat IPS  (Institut Pengajian Siswazah)  (1 April 2009)

Membicarakan peluang untuk menyambung Master dan PHD di UPSI

4) Motivasi ‘Magnet Diri Bakal Guru’

Menyediakan mahasiswa/i sebagai bakal guru. Dikendalikan oleh Amin Idris dan RK Consultant(www.aminidris.com)Segala gerak kerja sedang dijalankan, dan mahasiswa/i dialu-alukan untuk memberi cadangan serta pandangan.

“Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF
Exco Akademik & Kerjaya
MPP UPSI 08/09