Archive | October 2010

Masalah remaja, masalah saya?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Bila jarang saya membuat respon mengenai isu-isu semasa yang berlaku, akhirnya ada antara teman-teman yang menegur agar ditulis semula bentuk-bentuk tulisan yang lebih kritis. Dan melihat semula tulisan-tulisan saya semenjak dua menjak pabila saya mula melangkah ke alam pekerjaan, memang lebih banyak dalam kategori santai berbanding dengan kategori-kategori lain. Tidak bermakna saya tidak cakna, cuma mungkin lebih senang untuk mengurangkan ketegangan bekerja dengan menulis sesuatu yang lebih mudah dan tidak terlampau berat.

Memang turut diakui, saya kurang membaca akhbar-akhbar apatah lagi untuk online juga kadang-kadang saya ambil masa, tidak sama semasa zaman ketika belajar dahulu. Jika dahulu memang menjadi kewajipan saya untuk sentiasa online dan update dengan isu semasa, yang berbeda sekarang, saya masih sentiasa UPDATE isu semasa apabila melakukan perbincangan dengan pelajar-pelajar saya.

Kadang-kala sengaja saya mengajukan isu-isu semasa untuk melihat respon mereka. Sudah dapat teman baru untuk berdebat apatah lagi dengan pelajar-pelajar sendiri.

‘Teacher tahu kamu semua masih muda, REMAJA, teacher pun remaja juga, Cuma yang berbeda antara kita, teacher REMAJA PURBA, tua sikit dari kamu semua’ seloroh saya disahut ketawa pelajar-pelajar. Sengaja ingin menghidupkan suasana kelas.

Bila mengajar dan mendekati remaja yang usianya 16-17 tahun, banyak sekali bezanya dengan zaman saya dahulu. Mungkin juga disebabkan peredaran zaman dan persekitaran.

Benar, dunia remaja merupakan transisi dari alam bayi ke dunia kanak-kanak sebelum dewasa. Di sini, ibu bapa mahupun guru harus bijak menjadi ‘teman’ untuk anak-anak. Remaja tidak sedar apa akan berlaku, namun emosi, fizikal dan kehendak memberi seratus peratus kebebasan ditegah dalam Islam, begitu juga dilarang terlalu mengongkong golongan remaja.

Menjadi trend juga bagi anak-anak remaja pada hari ini yang ingin menikmati kebebasan, ‘mencipta’ masalah dengan lari dari rumah. Usia baru setahun jagung, jalan singkat sahaja yang mereka Nampak semua senang, tidak terfikir dek akal banyak buruk dari baik. Akibatnya, berlakulah kebejatan social lebih parah seperti hamil luar nikah, zina, kelahiran anak tanpa suami yang natijah akhirnya mendorong perbuatan buang dan bunuh bayi.

Inilah cabaran remaja masa kini, kesedaran mereka hanya melalui penerapan ilmu. Tidak hanya terhantuk baru terngadah. Ikut naluri mati, ikut kata binasa, semuanya menjurus kepada kemusnahan hidup.

Aduhai, zaman remaja zaman indah jika benar-benar bijak mengemudinya.

Sentiasa saya titipkan pesanan pada mereka.

Sudah tiba masa untuk kalian persiapkan diri dengan ilmu dan agama, jangan diikutkan sangat naluri, lihat pada masa hadapan kalian yang masih jauh.

Sungguh, mereka-mereka inilah yang akan menjadi pelapis dan melahirkan generasi-generasi akan datang. Jika rosak sekarang, bagaimana dengan seterusnya?

Red Warriors Win!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah

I wrote this special post

At last, after 40 years Kelantan break the record.

I’m proud to be the Kelantanese.

Congratulation for all players and the supporters.

Kelantan deserved to win this year.

Football unites everyone.

And the best is, today is public holiday 🙂

Dari Wanita untuk Wanita

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Terasa tidak percaya saya belajar untuk menjadi stage manager untuk lakonan pementasan Hari Wanita bagi kerajaan negeri Kelantan. Niat asal untuk membantu sahabat lama saya mencari pelakon bagi mengisi slot perasmian akhirnya membawa saya untuk turut sama terlibat dalam proses latihan dan pementasannya .

Minggu ini jadual saya cukup-cukup padat memandangkan saya sudah mula menceburkan diri dalam bidang seni lakonan, sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini. Pulang dari sekolah, kelas tambahan, kelas lakonan, hanya peruntukan waktu malam sahaja yang ada untuk membuat revision dan juga istirehat bersama keluarga.

Saya dan lakonan Seingat saya, saya jarang terlibat dengan lakonan pementasan, melainkan kali terakhir ketika di matrikulasi dalam ‘English Drama Festival’, itu juga kerana ianya sudah menjadi salah satu kerja khusus kami ketika itu.

Jujurnya, saya gembira mendapat tunjuk ajar terus daripada guru teater yang berpengalaman. Realitinya bukan senang menjadi pelakon apatah lagi mengendalikan pelakon-pelakon yang rata-rata merupakan bekas pelajar saya di maahad perempuan. Bertindak sebagai stage manager merangkap assistant director kepada guru saya, kadang-kadang saya terbawa-bawa watak mengajar dalam kelas pabila bersama mereka. Ada beberapa elemen penting dalam pementasan pentomen yang perlu ditekankan. Adunan audio dan penghayatan pembaca skrip sebenarnya menjadi nadi kepada keberjayaan sesuatu pementasan. Key untuk setiap gerakan perlu difahami pelakon.

Ekspresi yang dimainkan oleh para pelakon turut sama mengheret audien menghayati maksud yang ingin disampaikan dalam pentomen. Oleh kerana skrip yang bakal dipentaskan adalah berkisar mengenai peranan wanita Kelantan, guru teater saya memberi kebebasan kepada kami untuk menterjemahkan lakonan dengan corak yang tersendiri.

Alhamdullilah, hari ini sudah sampai kepada peringkat akhir, saya sudah mula melihat peningkatan yang ditunjukkan para pelakon.

Moga-moga pementasan kali ini berjalan lancar, saya cuak bila memikirkan audiennya nanti merupakan semua figura hebat wanita-wanita Kelantan.

P/s :Saya ingin menjemput semua wanita untuk bersama-sama menjayakan HARI WANITA yang bakal dilangsungkan pada 25/10/2010, di Balai Islam. Hanya kaum hawa sahaja yang dibenarkan untuk menyertai dan menyaksikan pelbagai persembahan menarik nanti. Saya sendiri sudah mendapat pelepasan khusus dari pihak sekolah, 🙂

Saya sudah bergelar Graduan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah

Tahniah buat sahabat-sahabat yang selamat bergelar graduan. Perit jerih belajar selama 4 tahun akhirnya berjaya menyelesaikan ijazah pertama dalam bidang pendidikan. Amanah suci bergelar seorang guru harus dilunaskan sebaiknya.

 

Terima kasih dan terima kasih

Buat ayah bonda

Buat keluarga

Buat teman-teman seperjuangan

Perjalanan kita masih panjang

Hanya ALLAH dapat membalas jasa kalian.

Moga-moga selepas ini andai dicampak ke mana-mana sekalipun mampu menjadi seorang guru, murabbi, muallim dan muallimah yang baik. ameen. insya-allah.

Isthikarah dalam doa

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilllah

Sedikit perkongsian disaat saya masih lagi terasa ‘segan’ berhadapan dengan pelajar-pelajar baru saya.

Sempat juga saya ke hari sambutan suami isteri peringkat kerajaan negeri. Berpeluang menikmati bait bicara Tuan Guru dan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

‘Ambo pade denge cik yah sore jah’, ujar Tuan Guru IKHLAS.

‘Saya bukan tidak layak, cuma saya tidak MAMPU tanggung beban amanah dengan BERPOLIGAMI’, ujar Dato’ Fadzilah Kamsah.

Buat yang masih mencari pasangan.

Cukuplah penerimaan terjadi pada satu kesempatan sahaja, khususnya saat pertama yang terlihat dan ketrampilan diri secara keseluruhan.

Bertemunya hati dan jiwa memerlukan waktu dan dengan izin ALLAH, itu akan terjadi bila tiba masa.

Jika tidak ada penolakan dari dalam diri pada saat pertama berjumpa maka kemungkinan besar dapat membina kehidupan bersama yang aman tenteram dan kelak akan timbul mawaddah dan rahmah dan itu semua akan semakin mendalam seiring denagn berjalannya kehidupan bersama dan akan didapati kelak keindahan diri dan jiwa, insya-ALLAH.

Dan paling penting, pilihlah yang punya Agama, dengan agama dapat membersihkan, meninggikan dan mensucikan diri.

Susunan rentak baru

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Saya cuma ingin berkongsi rasa. Baru sedikit reda dengan keadaan’baru’ dalam minggu ini. Sekolah baru, suasana baru, jadual baru, pelajar baru, perasaan saya bercampur baur.

1) Pelajar lelaki vs pelajar perempuan

Pertamanya mungkin saya sudah sedikit kekok apabila mengajar pelajar-pelajar lelaki. Sudah lama bercampur dengan pelajar perempuan, saya rasa canggung bila berselisih, bersoal jawab dengan mereka padahal dahulu pelajar-pelajar saya juga ada yang lelaki. Cuma yang sedikit lain, pelajar-pelajar lelaki saya kali ini semuanya berkopiah putih.

2) Subjek Chemistry dan English

Yang kedua saya masih dalam penyesuaian dengan subjek baru English terutamanya, jika Chemistry saya punya idea untuk content dan juga method yang sesuai untuk mengajar tetapi yang kali ini benar-benar menguji saya untuk menjadi lebih kreatif. Mengajar bahasa kedua berbeda dengan menerangkan konsep dalam science dan math biarpun kedua-duanya saya sampaikan dalam bahasa inggeris. Saya masih perlu ambil masa untuk hadam content subjek English.

Mungkin saya perlukan susunan rentak yang baru di sekolah baru.

Saya kira setiap tempat yang saya pergi ada cabaran yang tersendiri. Namun saya masih optimis, niat saya cuma satu, saya ikhlas ingin mengajar, mendidik mereka, usia serta ilmu pinjaman Allah perlu dimanfaatkan.  Moga-moga saya tidak bertangguh untuk mengisi ruang yang ada.  Masih terlalu awal untuk saya mengalah dengan keadaan.

Teman-teman, doakan saya!

p/s : UPSI, tunggu kedatangan saya beberapa hari lagi. Beberapa hari sebelum ini saya hilang mood untuk berkonvo, moga kehadiran teman-teman mampu mengembalikan semangat yang hilang.Kali ini sayahadir bukan sebagai mahasiswa lagi tapi sudah naik pangkat jadi mahasis-TUA, dari YB dah jadi Yang Bersara. 🙂

Lafaz mulia terima kasih

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu ini saya rasa saya sedikit tegang menguruskan beberapa perkara yang berlaku.

Terima kasih ya Allah, moga sibuk-sibuk saya mendapat redhaMU.

Sedikit perkongsian bersama teman-teman.

Ucapan yang sering kali kita lupa untuk lafazkan.

‘Terima kasih dan terima kasih’

‘Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri ALLAH’ (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)

Pernah teman-teman berterima kasih pada ibu masing-masing? Ini yang saya belajar hari ini.

Buat bonda saya.

‘Terima kasih mak, bersusah payah bergadai nyawa melahirkan hanis, sehingga usia ini, mak masih mendoakan hanis, hanis sayang mak, selama ini hanis seringkali lupa untuk berterima kasih pada mak untuk  segala-galanya, moga-moga diri ini masih belum terlambat, terima kasih mak’

Ucapan terima kasih juga mampu menitiskan air mata bonda yang redha dengan anaknya sehingga terpadam api neraka.

Jika masih punya bonda, jangan lupa untuk bertangguh berterima kasih pada bonda atas kerelaan dan perit jerih melahirkan kita. Kelak jangan menyesal, bimbang tidak sempat untuk melafazkan terima kasih kerana ianya membawa pengertian besar buat insan tersayang.

Saya perlu Facebook?

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Saya perlu facebook?

Ramai diantara teman-teman saya sudah berusaha untuk meng’invite’ saya untuk menyertai mereka dalam facebook, cuma saya biarkan sahaja jemputan tersebut tidak bersahut. Penuh sahaja akaun email saya dengan jemputan-jemputan mereka.

Maafkan saya.

Saya masih menilai keperluaannya untuk saya.

Seingat saya, saya cuma ada akaun friendster selama 2 tahun sahaja, selepas itu saya menutup sahaja akaun tersebut.

Lebih senang saya cuma focus pada blog, biarpun ramai teman yang memberi pandangan bahawasanya facebook lebih praktikal berbanding blog.

‘teacher,ada facebook tak? Nanti kami invite, senang kami nak contact teacher ’

Sogokan daripada pelajar-pelajar saya juga kadangkala membuatkan saya hampir terpengaruh.

‘teacher hanis buatlah, nanti kami jadi fans, lepastu setiap status teacher kami akan ‘like’ (panggilan teacher hanis cuma digunakan oleh pelajar-pelajar maahad memandangkan mereka lebih suka nama hanis berbanding aqilah)

Aduhai. Sebenarnya saya tiada idea mengenai isu ‘fans’ dan ‘like’ memandangkan saya tidak menggunakan facebook.

Senyum sahaja saya mendengar cadangan-cadangan mereka dan senarai kebaikan yang dicanangkan apabila saya punya akaun kelak.

‘nantilah, teacher dapat hidayah, kalau teacher buat teacher inform kamu semua, tapi buat masa sekarang tiada cadangan lagi untuk buka akaun’

Mereka hampa. Hampir keseluruhan pelajar-pelajar saya punya akaun facebook, di sekolah sungai pelek juga begitu.

Bila sahabat saya dari Rusia berkunjung ke rumah ketika ramadhan lepas, isu facebook juga yang menjadi perkara pokok.

‘Aqilah, kawan-kawan mrsm kita dulu semua sibuk tanya aku, pasai apa hang tak buat facebook, susah depa nak contact’ adu teman baik saya dengan loghat penangnya. Saya diam sahaja.

Bila semua orang ada facebook, saya rasa saya tiada keperluan lagi menggunakannnya.

Lebih mengejutkan lagi, bila dikhabarkan oleh teman-teman rapat apabila nama saya juga menjadi bualan di facebook. Tiada akaun pun, nama saya masuk juga dalam laman facebook. Jadi tidak perlu bersusah payah lagi saya buka akaun.

Benar, medium facebook terbaik untuk berhubung semula dengan teman-teman saya. Jika dihimpunkan sedari sekolah menengah, matrik, university, tambah lagi bekas-bekas pelajar saya, sayang juga saya terputus hubungan dengan mereka.

Bila melihat figura-figura utama Negara menggunakan facebook untuk medan dakwah dan kelancaran kerja, kadang-kadang saya juga teruja untuk memiliki satu akauan.

Tapi jika hanya bersandarkan beberapa alasan seperti disenaraikan, ianya belum cukup kuat untuk individu seperti saya menggunakan akaun facebook. Cukuplah bagi saya dengan medium telefon, email, sms dan juga blog yang sedia ada. Lebih dekat dihati. (Ramai juga yang tidak setuju)

Saya pasti kalian lebih maklum mengenai facebook. Yang menggunakan lebih tahu kelebihannya daripada yang tiada langsung.

Namun, setakat hari ini, jika ditanya saya ada FACEBOOK atau tidak.

Jawapan saya masih lagi sama.

Saya tiada FACEBOOK. 🙂

Hadiah perpisahan

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Sebenarnya saya ingin menulis panjang, namun masih perlu menyusun semula jadual saya yang kian berubah. Yang paling terasa, saya sudah menerima hadiah perpisahan daripada warga maahad, memandangkan sudah sampai waktu untuk saya meninggalkan sekolah.  Keputusan berjaya dalam interview sedikit sebanyak mengubat kesedihan namun kesan berpisah dengan pelajar-pelajar dan guru-guru di maahad masih lagi mengambil masa untuk merawatnya.

Bila saat kita sudah kasih, ALLAH hadirkan perpisahan. Lumrah ranjau dalam kehidupan. Kadang-kadang kita sering berhadapan dengan jalan buntu, seolah-olah dunia akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan sehingga terasa tiada ruang untuk bernafas. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir. Jodoh, pertemuan, rezeki, ajal maut semua dalam ketentuanNYA.

Saya optimis, biarlah perpisahan ini yang dianggap penamat, namun sebenarnya membawa ke pertemuan baru yang lebih indah di hadapannya. Insya-allah.

Saya mendapat hadiah berupa buku-buku dari para guru. Benar-benar cocok katanya buku dengan saya. Doa mereka, supaya saya menjadi muslimah solehah dunia dan akhirat. ameen.

Sebahagian hadiah yang saya terima daripada pelajar-pelajar. Terharu bila mana kutipan duit diadakan untuk beri cenderahati pada saya biarpun tidak diminta.

Hadiah ini saya terima dari kelas 4SC2 untuk subjek fizik. Terkejut menerima hadiah berupa ‘kumbang kuning’. Syukur, kumbang ini bukan yang hidup dan lembut untuk dipegang.  Saya diminta oleh pelajar untuk memberi nama kepada kumbang ini.  Akhirnya, sekelas bersetuju dengan nama ‘MR Light’ memandangkan bab terakhir dalam fizik yang sempat saya ajar mereka iaitu bab cahaya. Aduhai, kalau bukan kerana pelajar-pelajar, saya punya teman baru yang cukup comel sebagai peneman.

Apa yang menjadi kepastian, saya pasti merindui mereka semua warga maahad!