Archive | February 2008

Nenda Maimun dan PRU-12

Assalamualaikum.

di tengah-tengah kesibukan menjelang PRU ke 12 yang saya kira agak genting, saya lampirkan artikel segera yang saya petik daripada salah seorang rakan se-pendebat ipta mengenai nenda maimun.

Nenda Maimun di hadapan terataknya. Mula atur strategi!

1.Nenda Maimun, 89 tahun berdiri di hadapan teratak usangnya untuk memulakan hari-hari penuh gembira yang setelah sekian lama dinantikan oleh nenek ini. Hari bergelar seorang calon PRU. Lihat penampilannya, tanpa baju kurung berlabuci (kebanyakan calon lain gemar memakai), tanpa fesyen tudung (berjambul atau bermanik) , tanpa kederaan pacuan 4 roda dan semestinya tanpa sesiapa di sisi. Nenek ini tetap tersenyum gembira memulakan langkah kempennya.

Mesra Gerai.

2.Memilih strategi ‘mesra gerai’ ! Tanpa perlu markas, tanpa perlu mikrofon. Nenda 89tahun ini menjalankan ceritera kempennya dengan menemui para pengundi dari gerai-gerai yang ada sekitar kampung halamannya. Sambil bertemu, sambil itu jualah nenda mencanang ‘ketidakpuashatian’nya kepada apa yang telah ada dan ambil kesempatan meraih undi. Agaknya, apakah manifesto insan super- veteran ini ya ?

lambaian harapan. Undi Nenek!

3. Menyusuri jalanan di kampung tercintanya, hanya berbasikal tua. Nenek ini melambai dengan penuh harapan kepada para pengundi yang ada agar ‘jangan lupa pangkah nenek ya’. Kayuhan dan lambaian nenek ini sambil tersenyum puas jelas menunjukkan betapa hati nenda ini sangat lega dan gembira akhirnya liputan aku sebagai calon menjadi kenyataan !

Dipetik dari malaysiakini – Maimun berkata, PAS mahu menjual negeri Terengganu kepada Jepun kerana lambang PAS hampir sama dengan bendera negeri matahari terbit itu. Menurutnya, beliau tidak mahu Terengganu menjadi seperti Singapura dan Pulau Pinang yang menjadi “negeri orang Cina.”

“BN pula mahu menjual negeri ini kepada orang luar dan kerana itu mereka buat bangunan tinggi supaya orang luar datang,” katanya. — mungkin ada benarnya firasat insan tua ini ?

Renunglah bersama —

Kadang-kadang dalam hidup ini, kemenangan tidak memberikan kita erti kepuasan yang sebenar. Tetapi, dapat melakukan dan melaksanakan apa yang dicita-citakan, pasti memberi nilai kepuasan yang optima. Inilah harga sebuah kesabaran dan kecekalan, Allah izinkan jua nawaitu nenda ini bergelar calon sebelum Allah menjemput diri nenda kembali ke pangkuan – Nya.

‘Percaya dan Yakin pada rezeki dan ketentuan Allah’

 

 

Anda bagaimana? saya yakin, pelbagai rentak dan mainan politik dunia yang bakal kita saksikan sepanjang pilihanraya ini. Bagi yang selayaknya mengundi, tunaikan kewajipan anda.

p/s : teringat belajar subjek Pemikiran antara perkara-perkara yang disukai oleh Ibn Khaldun

1) ilmu pengetahuan

2) cara pemerintahan

Advertisements

Nilai yang harus dibayar

Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :

Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.”

Keterangan

masjid-kristal-terengganu.jpg

 

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Perasmian yang cukup gah pada malam itu terasminya taman tamadun islam. ALLAHURABBI. Fakta ringkas mengenai pembinaan taman tamadun islam ini :

masjid-kristal.jpg

1) Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man.

2)Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam.

3)Menelan belanja kira-kira RM250 juta. Pembinaannya diserahkan kepada Patrick Lim. ( fakta dari laman web)

Pembinaan yang memakan berjuta-juta ringgit seharusnya direalisasikan dengan imarahnya masjid itu. Semuanya mempunyai nilai yang harus dibayar, jika tidak di dunia, di akhirat nanti pasti tidak terkecuali.
 

Cuti pendek

Alhamdullilah, saya baru menghabiskan percutian selama 6 hari di rumah sempena cuti tahun baru cina. Terubat kerinduan bersama mak dan abah, serta keluarga. Belum lagi dikira gelagat cilik adam dan sofea yang makin hari makin bijak dengan gelagat dan keletah baru.  Biarpun saya bakal mengadapi 4 ujian seawal pembukaan kuliah selepas cuti. Itulah kehidupan seorang pelajar, sistem orentasi peperiksaan akan terus dijalankan. Assignment saya menuntut disiapkan dalam kadar yang segera.

Cuti pendek yang diberikan sentiasa dirasakan tidak cukup dan jika diberi peluang sememangnya saya memilih untuk sentiasa bercuti. Itulah hakikat manusia. Nikmat yang sedikit jarang disyukuri. Apa-apapun hidup perlu diteruskan. Kadangkala kita hidup hanya untuk menghiburkan mereka yang lain. InsyaALLAH, jangan kita gusar dan sedih, natijahnya biarpun tidak dizahirkan didunia namun ganjaran di akhirat sentiasa menanti. Mari sama-sama kita teruskan kehidupan.

picture-117.jpg

my mom with adam and sofea

Pemergian yang dirasai

Pukul 2 pagi ketika meneruskan mesyuarat bersama pihak pengurusan, tatkala mata menahan ngantuk, badan menuntut untuk rehat yang cukup, saya mendapat message daripada sahabat terdekat, sedekahkan al-fatihah untuk Dato Haji Ishak Baharom. Allahurrabi. Kematian yang sentiasa menunggu dan mengintai kita. Bila masa sampai masa dan saat yang dijanjikan maka malaikat maut menjalankan tugasnya mencabut dan merentap nyawa. Maka, terputuslah amalan-amalan kita. Sumbangan Allahyarham bukanlah sedikit nilaiannya kepada kita..

mufti.jpgNamun Almarhum bukan calang-calang ulamak. Beliau tetap “consistent” dengan sikap dan pendiriannya dari semasa beliau menjawat jawatan Mufti selama 12 tahun sehinggalah beliau dipecat dari jawatan itu.

Antara faktor pemecatan beliau adalah kerana beberapa langkah berani yang telah diambilnya atas nama Mufti Selangor. Langkah berani itu dikatakan kontroversial oleh mereka yang cemburu pada Islam. Ketika Almrhum Muftilah fatwa mengharamkan rokok dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor. Beliau terlibat secara langsung dalam mengambil tindakan terhadap pertandingan ratu cantik yang melibatkan wanita Islam serta operasi pembenterasan maksiat sehinggalah tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Peristiwa yang berlaku di “Restoran The Ship” di Damansara Utama, dimana serbuan dibuat oleh pihak berkuasa agama ketika berlangsungnya majlis maksiat di sana, merupakan insiden yang telah mengakibatkan Almarhum dipecat.

Pihak tertinggi di Selangor ketika itu malangnya menyebelahi penganjur maksiat dan tergamak memecat seorang Mufti.

Hari ini jasad ulamak besar ini dimakamkan dikomplek Makam di Raja sekaligus memberikan penghormatan tertinggi kepada beliau sungguhpun masa hidupnya beliau dipinggir dan dimusuhi. Begitulah berakhirnya hayat seorang yang mulia. Yang pentingnya adalah di alam akhirat nanti yang sudah pasti menjanjikan tempat yang lebih indah dan selesa bagi mereka yang berkorban diri untuk agama Nya di dunia.

AL-FATIHAH buat Allahyarham Haji Ishak Baharom….

mungkin lepas ini giliran kita? siapa tahu?