Dakwat merah guru

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH.

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai isu-isu pendidikan yang berlaku di London baru-baru ini semuanya berkisar mengenai dakwat pen yang digunakan oleh guru-guru di sana.

satu

Ada yang menyatakan warna merah itu melambangkan keberanian.

Ada juga yang menyatakan warna merah itu melambangkan kekayaan.

Dan, warna merah juga melambangkan kematangan.

Ini semua merupakan pelbagai pendapat ataupun persepsi mudah mengenai mengapa seseorang memilih warna merah.  Sedar atau tidak kajian di London telah membuktikan bahawasanya penggunaan dakwat merah guru menjejaskan motivasi murid di sekolah. (Kosmo, 27 Disember 2008)

Yang terbaru, beratus-ratus buah sekolah di Britain mengambil pendekatan melarang guru-guru daripada menggunakan pen dakwat merah untuk menanda kerja sekolah.

Pelaksanaan larangan tersebut dilakukan selepas golongan pelajar berasa lebih tenang jika kerja sekolah mereka ditanda dengan pen berwarna hijau, biru, merah jambu dan kuning selain pengunaan pensel.

Warna merah dianggap bersifat ‘konfrontasi’ dan ‘menggugat’ emosi pelajar,

Sekolah Rendah Crofton di Kent, England yang mempunyai murid-murid berusia 7 hingga 11 tahun merupakan antara sekolah yang melarang penggunaan warna merah bagi tujuan tersebut.

“Pen merah akan menjejaskan motivasi kanak-kanak. Warna itu membawa maksud negatif seperti ‘jumpa guru’ atau ‘tidak cukup bagus’,” kata guru besarnya, Richard Sammonds.

“Kita tidak lagi mendidik pelajar untuk menjadi kerani atau penyimpan kira-kira seperti pendidikan dahulu. Kita cuba membekalkan pendidikan untuk kanak-kanak yang bakal memasuki alam pekerjaan pada kurun ke-21,” tambahnya.

Walaupun disifatkan kontroversi, pendekatan baru itu turut mendapat lampu hijau daripada institusi-institusi pendidikan negara itu.

“Pengharaman warna merah merupakan reaksi setelah bertahun-tahun melihat kanak-kanak mengalami tekanan apabila kerja sekolah mereka ditanda dengan pen merah. Apabila pelajar terutama pada peringkat awal sekolah melihat setiap kesilapan diwarna merah, mereka berasa rendah diri dan putus asa,” kata seorang pakar pendidikan, Shirley Clarke.

Bagaimanapun, masih terdapat para pendidik yang menentang langkah tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak munasabah.

“Pengharaman itu karut. Akal fikiran menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui kesilapan dan mereka perlu disedarkan supaya dapat memperbaiki diri,” kata Pengerusi Kempen Untuk Pendidikan Sebenar, Nick Seaton.

Di Malaysia

3102568402_87e43de26d

Walaubagaimanapun, untuk institusi pendidikan di Malaysia, masih belum diadakan sebarang kajian mengenai penggunaan pen dakwat merah. Apa yang pasti, bagi seorang guru, sudah semestinya menjadi kewajipan untuk memiliki pen dakwat merah ini sekurang-kurangnya satu batang setiap seorang.

Apatah lagi penggunaan dakwat pen di Malaysia sebenarnya sebagai alternatif mudah untuk memberi gambaran mengenai pencapaian murid kepada ibu bapanya. Yang pasti, sifir mudah yang sering digunakan,BIRU untuk lulus, MERAH untuk gagal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s