Pindaan AUKU

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU”- Bekas Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tun Dr Mahathir.

Ever since I was a kid, I’ve dreamt of entering university one day. That’s because my older sister got into university and my family and I followed her there on the first day. I was mesmerized by the whole place. I thought that only the smartest people in the whole wide world only got to study at such a huge place.

Believe me, university is not anything like another place. Ia ada AUKU!

Tatkala ini parlimen masih lagi membahaskan mengenai pindaan AUKU. Dan saya pernah menulis pendirian dan pandangan saya mengenai pindaan AUKU pada entry sebelumnya. 

Ada beberapa kenyataan yang boleh dikongsikan dan difikirkan bersama.

Parlimen 11 Disember

Kenyataan 1 :

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tadi yang disebut oleh isu tentang hak mutlak, kita tidak pernah menyokong hak mutlak kepada siapa-siapa pun. Akan tetapi, yang telah dibaca tadi adalah International Covenant In Human Rights yang menyatakan hak kebebasan ini harus disekat supaya tidak mengancam keselamatan sesiapa pun.

Akan tetapi dalam undang-undang pindaan ini, adakah membenarkan pelajar kita untuk menyertai pertubuhan dan parti-parti politik mengancam keselamatan individu yang lain atau negara. Ini saya anggap selain daripada kalau pelajar itu atau seorang mahasiswa atau mahasiswi menyertai satu pertubuhan haram atau pertubuhan terrorist. Kalau pertubuhan yang didaftarkan dan parti-parti politik yang didaftar di bawah undang-undang, bagaimana kita boleh tafsirkan penyertaan mereka ini mengancam keselamatan negara atau keselamatan orang lain.

Sekarang ini, kita akan mendidik pasukan intelek dan pemimpin negara masa depan. Kalau mereka tidak dibenarkan atau kebebasan menyertai dalam parti-parti politik atau pertubuhan ini disekat, bagaimana mereka dapat experience untuk teruskan tanggungjawab mereka sebagai golongan intelek bagi masyarakat. Terima kasih.

Kenyataan 2 :

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Baguslah itu jaminan maknanya kita boleh tubuh tetapi saya hendak sebut bahawa ini masalah yang dihadapi oleh pelajar. Jangan kata hendak tubuh, saya pergi makan nasi rumah seorang pensyarah universiti buat PhD di sana, pensyarah itu dipanggil balik oleh universiti untuk beri jawapan kenapa Mahfuz Omar pergi rumah kamu.

Saya pergi makan nasi, pergi ziarah dia. Tak akan pergi makan nasi, macam mana kalau saya menikah seorang lagi. Isteri saya belajar buat PhD di UK, sebulan sekali saya pergi, nanti dia tanya pasal apa Mahfuz mai. Maknanya isteri saya jawab, dia mai bukan sahaja setakat mai, tidurdengan saya. Salah…. [Ketawa] Makna kena jawab kepada pihak universiti. Ini saya kata apa punya undang-undang. Jadi saya hendak kata bahawa Yang Berhormat beri jaminan tetapi apa dari segi praktikalnya tidak berlaku begitu. Tekanan kepada pelajar-pelajar di luar negara cukup teruk.

Kenyataan 3 :

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Menteri, sedikit menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak rujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang menggunakan Artikel 10(3) jika mana dibentangkan AUKU ini oleh ataupun semasa dipinda AUKU ini oleh bekas Perdana Menteri kita ketika itu merupakan Menteri Pelajaran, tidak timbul pun persoalan Artikel 10(3) ini.

Tiba-tiba pada hari ini menteri berhujah dengan menggunakan Artikel 10(3) dan sehinggakan dalam satu tulisan yang ditulis sendiri oleh Tun Mahathir kerana kita apabila AUKU ini diperkenalkan dia menyekat kreativiti mahasiswa untuk berfikir. Saya pengalaman ketika duduk di Universiti Malaya, pengalaman ketika duduk di UiTM, ada sahaja sedikit masalah, buat press conference sedikit, ayah saya telefon. Dia bukan menakutkan mahasiswa sahaja, menakutkan ibu bapa. Jangan, sat lagi kena AUKU, jangan sat lagi kena ISA, apa ini.

Kemudian di sini saya baca apa yang ditulis oleh Tun Mahathir, dia kata jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja AUKU. Ini bukan kenyataan sahaja, ini kenyataan bekas orang yang membentangkan pindaan AUKU 1975, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Kenyataan 4 :
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tentang keadaan pelajar kita di luar negara. Sebenarnya apa sistem yang ada sekarang ataupun pelaksanaan yang ada sekarang daripada dasar-dasar kementerian telah awal-awal lagi mewujudkan satu diskriminasi dan prejudis terhadap anak-anak kita.

Saya tidak kisah kalau Yang Berhormat Menteri kata Kelab UMNO adalah satu kelab kebajikan dan sebagainya tetapi sebenarnya realitinya tidak begitu seperti kata Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan berlaku diskriminasi kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan simpati ataupun mungkin seperti tadi menjadi tuan rumah sahaja.

Anak saya dua orang belajar di luar negara, saya tahu sangat isu ini dan saya tahu sangat diskriminasi, malah Timbalan Perdana Menteri pernah pergi ke Indonesia di mana tempat universiti anak saya belajar, dicari anak saya malah orang yang ikut dia, pegawai-pegawai dia mencari dan secara single out daripada ramai-ramai itu dan memberi orang kata, ugutan-ugutan kepada anak saya, kerana dia anak saya, semata-mata kerana dia anak Dr. Lo’Lo’. Jadi saya kira ini adalah satu sikap yang boleh diteruskan sebab saya kata, yang mendapat political mileage adalah kami di pihak pembangkang. Terima kasih.

Kenyataan 5 :

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi beberapa alasan yang diberi oleh menteri menyatakan universiti tidak mahu campur tangan parti politik dalam urusan universiti, tidak mahu pelajar dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Saya rasa bukan pihak universiti tetapi masalahnya ialah pihak Kerajaan Barisan Nasional yang tiada keyakinan terhadap pimpinannya. Mengapa tidak boleh membenarkan parti politik bersaing untuk menarik atau memberi pengaruh kepada pelajar-pelajar terhadap ideologi parti masing-masing. Itu persoalannya.

Saya juga hendak tahu apakah pihak kementerian membuat kajian di mana negara-negara yang top 100 universities dalam Times Higher Education Ranking ini mana universiti yang ada AUKU ala Malaysia ini. Mereka tidak ada, mereka top 100 universities. Umur mengundi di sesetengah negara seperti US dan UK ialah 18 tahun, mereka boleh mengundi, boleh terlibat dalam politik tetapi universiti mereka top 100. Jadi, alasan yang diberi tidak boleh dipakai langsung, tidak boleh diterima. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Menteri, ada kajian menunjukkan bahawa membenarkan pelajar-pelajar terlibat dalam parti politik akan menjejaskan pendidikan mereka. Kita sudah ada for the past 30 over years dengan AUKU…

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini jawapan. Ada apa kajian, ada apa bukti ini akan menjejaskan pendidikan mereka. Ini alasan yang selalu diberikan oleh menteri.

Untuk melihat teks penuh perbahasan mengenainya, saya syorkan mahasiwa/i melayari http://penarekbeca.blogspot.com.

p/s : Saya terkesan dengan AUKU, apabila ianya menjadi kiblat dalam pembentukan kabinet MPP UPSI baru-baru ini.

One thought on “Pindaan AUKU

  1. setiap perbuatan kita di dlm dunia ini adalah berlandaskan peraturan..even in solat pun ada peraturannya..mengapa nak terkesan dengan AUKU sekiranya itu memang peraturan yang perlu diikut?..adakah memudaratkan???..
    saudari..
    luaskan pandangan anda..selaraskan minda anda dengan perkembangan dunia..dunia dulu dan sekarang adalah berbeza..pendekatan juga berbeza..jangan racuni fikiran anda sendiri..
    DAN..AUKU BUKAN HANYA MENGANDUNGI HAL2 POLITIK..harap maklum..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s