Berita dari bahagian akademik

Bismilahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Ada beberapa makluman penting untuk mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik. 

aktiviti1

Praktikal semester tujuh

Berita yang disahkan, bahawasanya praktikal semester tujuh hanya melibatkan pelajar ambilan 2008/2009. Untuk pelajar-pelajar yang lain, anda akan mula berpraktikal pada semester 8 mengikut sistem yang telah ditetapkan. Bagi pelajar-pelajar FST, untuk subjek-subjek yang telah diambil, pihak fakulti masih dalam perbincangan samaada untuk mengekalkan subjek yang telah diambil atau kemungkinan besar akan digugurkan pada awal semester depan. Oleh yang demikian, pihak FST akan memaklumkan melalui notis yang akan dikeluarkan.

Jadual dan tempat kuliah

Pada semester depan juga, bahagian akademik telah menyusun semula jadual dan tempat kuliah mengikut fakulti. Pembahagian tempat kuliah khususnya dibuat mengikut zon bagi memudahkan dan menyelaraskan pergerakan pelajar. Sebagai contoh, tempat kuliah bagi pelajar FST hanya akan melibatkan kawasan tadahan utara dan kawasan tadahan selatan. Bagi pelajar FPE akan melibatkan kawasan anjung. Mahasiswa/i juga diminta untuk menyemak semula jadual kuliah bagi mengelakkan penyusunan waktu yang padat. Andai ada waktu yang tidak punya selang untuk melakukan solat, mahasiswa/i disyorkan untuk melakukan proses tambah gugur bagi menyusun semula jadual kuliah yang diberikan.

General English

Untuk mahasiswa/i yang akan bergraduate,  sekurang-kurangnya bagi pelajar-pelajar TESL sekurang-kurangnya lulus MUET dengan band 4, manakala pelajar sains band 3, dan pelajar-pelajar lain sekurang-kurangnya band 2. Namun yang demikian, universiti telah memperkenalkan subjek General English untuk mahasiswa/i yang berminat sebagai ganti kepada peperiksaan MUET. Subjek General English tidak dikira sebagai jam kredit. Sekurang-kurangnya pelajar harus mencapai gred C untuk subjek ini bagi menggantikan peperiksaan MUET. Pelajar lama yang berminat boleh berbuat demikian pada awal semester depan semasa minggu tambah gugur. Subjek General English diharapkan dapat membantu kesemua pelajar UPSI untuk bergraduat.

Ulang peperiksaan

Bagi mahasiswa/i  yang berminat untuk memeriksa semula kertas peperiksaan baru-baru ini, anda boleh berbuat demikian pada awal semester depan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM25 untuk satu kertas. Bagi pelajar-pelajar yang berminat mengulang semula, sekurang-kurangnya gred c- dan ke bawah untuk subjek-subjek teras iaitu subjek pendidikan dan subjek universiti.

Denda bahagian akademik

Mahasiswa/i yang mempunyai masalah untuk pulang awal ke kampus sehingga akhirnya terlambat untuk mengambil slip peperiksaan,  disebabkan masalah-masalah yang berkaitan dengan keluarga, kewangan dan lain-lain hal yang berkaitan, anda dinasihatkan menulis surat kepada dekan. Hal ini disebabkan, untuk masalah-masalah terbabit  denda boleh dikurangkan daripada bahagian akademik sehingga 80% ataupun pelajar tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Surat yang dibuat perlu mendapat pengesahan dekan untuk digunakan sebagai bukti semasa pembayaran dilakukan.

Study week

Mengikut takwim yang ditetapkan pada semester hadapan, study week tidak dimasukkan pada semester depan. Hal ini berikutan, UPSI memulakan kuliah seminggu lebih lambat berbanding dengan universiti-universiti lain iaitu pada 5.1.2009 berbanding universiti lain yang bakal bermula seawal 28.12.2008. Namun yang demikian, perkara ini telah dimajukan kepada bahagian akademik untuk diadakan semula study week sekurang-kurangnya seminggu dan ianya dalam pertimbangan . Walaubagaimanapun, saya akan mendapatkan maklum balas selanjutnya daripada semasa ke semasa oleh bahagian akademik UPSI berhubung dengan perkara ini.

Oleh yang demikian, diharapkan mahasiswa/i mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai isu-isu yang diutarakan.

“Transform with knowledge”

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI 2008/2009

Advertisements

8 thoughts on “Berita dari bahagian akademik

  1. slm qil, thanks utk info2 yg hg bg ni..
    at least dpt gak aku maklumat terkini..
    troskan mengupdate ya saudari..
    lambaian malar hijau..>_<

  2. salam.. saye pelajar FST n MUET band 2.. memang confirm ek nak grad MUET band 3? sebab semester lepas dah gi tanye bahagian akademik pasal MUET sebab nak repeat.. dorang cakap band 2 boleh grad.. saya n kawan2 nak repeat MUET kt UPSI, tapi dorang cakap band 2 boleh dan tak disyorkan untuk repeat.. so, kalau betul pelajar FST grad kene band 3, saya nak amik la general english utk semester depan.. tapi nak add course tu camne ek??

  3. W’salam nurul. nurul batch 2006/2007 ke? kalu batch 2006/2007 muet untuk course sains memang masih band 2, tak perlu direpeat dan memang akan boleh grade. untuk band 3, course sains bermula dengan batch baru 2008/2009. jika berminat juga untuk ambil general english, nurul boleh berhubung dengan bahagian akademik untuk add subjek tersebut. insyaALLAH tidak ada masalah. 🙂

  4. salam

    sya ambilan Dis 07/08…yg skrg ni sem 3.. so kami start praktikal sem 8 ke atau 7? dgr2nya lecturer pun ckp ambilan dis 07/08 kena praktikal sem 7 ….pastu psl muet, bleh ambil GE kn bg ambilan sya ni.klu da ambil GE, kena join kelas mcm biasa ke n ada ke GE mempengaruhi PNGS or PNGK? thanksss…yang manis senyuman…

    • Wa’alaikummussalam
      Pelajar yang terlibat dengan praktikum semester 7 hanyalah bermula dengan ambilan 2008/2009 dan seterusnya kerana mereka sememangnya tertakluk dengan peraturan akademik 2008. Perkara ini telah dirujuk dengan bahagian akademik UPSI dan TNC Akademik.

      Mengenai GE, cikgu boleh mengambil GE dan perlu menghadiri kelas seperti biasa 2 jam seminggu. GE tidak termasuk dalam jam kredit sekaligus tidak mempengaruhi PNGS atau PNGK. Cikgu hanya perlu lulus dengan gred C.

      Selamat berjaya!

  5. terima kasih dgn maklumat tu. pasal study week tu, bagi sya tak perlulah buat.bagi sya lah.sya dgn rkn2 dlm pgram kami pernah jg membincangkn ttg ni. jmpir semuanya nak juga ada study week. suruh budak-budak ni usaha sikit untuk study. nak mengharap minggu study je. tak mencabar juga kan, sambil buat tugasan dan menghadiri kuliah boleh terus study. tak perlu tunggu study week.apa pun, anda yang menerima aduan dari pelajar.all the best.

    p/s : sekadar pandangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s