Kerana sepasang kasut

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Setelah kemenangan Barack Obama yang berjaya mengenepikan populariti Bush bekas presiden Amerika Syarikat, dunia sekali lagi dikejutkan dengan insiden yang berlaku pada Bush.

Insiden presiden Amerika Syarikat dibaling kasut oleh seorang wartawan  televisyen Iraq, Muantadar al- Zaidi. Berita yang dibaca melalui akhbar tempatan pada hari ini, wartawan yang bertindak demikian telah mengalami patah tangan dan tulang rusuk selepas dipukul oleh sekumpulan ejen keselamatan Iraq.

Muntadar, 29, ditahan selepas dia melempar dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.Seorang peguam di Iraq berkata, Muntadar mungkin dihukum penjara minimum dua tahun sekiranya didapati bersalah menghina seorang ketua negara.

gambar-bush

Kerana sepasang kasut

Kejadian bermula apabila lawatan Bush ke Iraq bertukar menjadi insiden yang menggemparkan dunia, apabila seorang wartawan  al-Baghdadia, melemparkan kasutnya yang pertama semasa sidang media apabila Bush. Dia dikatakan berteriak sambil membaling kasut yang pertama  

“This is a gift from the Iraqis, this is the farewell kiss, you dog”

Kasut yang kedua dibaling dengan teriakan

 “This is from the widows, the orphans and those who were killed in Iraq”

Bagaimanapun, Bush yang mengadakan lawatan mengejut di Iraq sempat menundukkan kepala dan menyebabkan kasut itu mengenai dinding di belakangnya. Biarpun tidak mengenai Bush, namun tindakannnya telah mengenai Bendera Amerika Syarikat. Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Kerana sepasang kasut, Bush akhirnya mendapat malu dan penghinaan malah menjadi bahan utama berita dunia!

Kerana sepasang kasut, Muntadar dianggap hero atas tindakannya yang berani itu, biarpun dia dibelasah teruk pada akhirnya!

Kerana sepasang kasut, beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya untuk hari kedua semalam bagi mendesak pembebasan Muntadar yang kini dianggap sebagai hero oleh penduduk Iraq!

Realitinya, kejadian telah membuka mata byk pihak, bahawa rakyat Iraq &  seluruh kaum muslimin bencikan musuh-musuh islam.

Biarpun sekecil mana tindakan kita, hakikatnya menjadi nilaian di akhirat nanti lebih-lebih lagi dalam perjuangan menegakkan Islam! Bagaimana pula dengan sumbangan kita?

P/s : Makluman awal untuk pelajar-pelajar UPSI khususnya, kuliah bakal bermula 5 hb Januari 2009, keputusan peperiksaan akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat. Untuk pendaftaran kolej, bermula pada 3hb. Manfaatkan sisa baki cuti dengan sebaiknya. Moga ianya mampu menjadi bekalan di pada masa hadapan. InsyaALLAH.

 

 

 

Advertisements

3 thoughts on “Kerana sepasang kasut

  1. salam ziarah aqilah…semoga sentiasa dalam perjuangan ini..muntadar boleh dikira sebagai seorang yg berani dlm melakukan tindakannya..so what?..mungkin itu yg difikirkan selepas drpd kejadian itu..apapun slps ini musuh islam akan sedar betapa umat islam sememangnya bencikan mereka..salam perjuangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s