Kematian itu pasti

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH.

sajak-kemtian-21

Saya mengambil kesempatan untuk merespon bagi isu sajak kematian yang mana telah menimbulkan kontroversi dalam televisyen. Carian pantas menggunakan youtube untuk melihat sendiri sajak kematian dimanfaatkan sepenuhnya. Menteri Pelajaran Malaysia telah membuat kenyataan bahawa penayangan video sajak kematian di sekolah mesti dihentikan. Alasan yang dikemukan adalah ia menimbulkan ketakutan di kalangan kanak-kanak yang tidak sepatutnya.


Saya cuba membandingkan dengan paparan di televisyen yang sedia ada dengan unsur-unsur tahyul dan menerapkan perasaan takut. Banyak! Ini antara yang saya ingat. Drama SUSUK, Anak Pontianak, belum masuk filem Waris Jari Hantu, Jangan Pandang Belakang. Semua menceritakan pasal kematian yang hasil akhirnya dijelmakan dalam bentuk hantu. Persoalannya ianya tidak pula menjadi isu sebelum ini?

Perseptif seorang bakal guru

Dalam menongkah arus bagi melahirkan anak bangsa yang sedar bahawasanya kematian itu pasti, maka saya bersetuju dengan penayangan sajak kematian. Zaman sudah berubah, kalau dahulu cukup hanya kita menceritakan kepada anak-anak bangsa mengenai syurga neraka, seksa kubur, kematian bagi menimbulkan kesedaran kepada mereka, namun methodnya sesuai dengan peredaran zaman. Kanak-kanak sekarang bukannya kanak-kanak dahulu.  Alternatifnya, tayangan video merupakan salah satu wadah yang baik untuk memberi kesedaran kepada mereka dengan lebih efektif.

sajak-kematian

Suka saya bawakan teori pembelajaran behaviorisme. Bercerita mengenai psikologi dalam pendidikan, teringat saya Dr Suppiah selaku pensyarah yang mengajar saya dalam subjek ini. Terima kasih Dr!

Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dari dilahirkan sehingga meninggal dunia. Oleh itu, sukar bagi kita untuk membezakan dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran kerana kedua-duanya saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan ke aras aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur. Kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku kita dapat membuat kesimpulan apa yang difikirkan.

 

Fokus behaviorisme bertumpu kepada pembetukan sikap. Sememangnya guru memainkan peranan penting bagi pembentukan sikap pelajar selain daripada ibu bapa.

Melihat kepada sajak kematian, penanyangannya dilihat sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak akan mendapat kesan yang paling efektif. Isu fobia tidak timbul, kerana ketakutan merupakan senjata behaviorism. Begitu juga, mengapa denda dan hukuman diadakan di sekolah. Sudah tentu supaya pelajar rasa takut untuk membuat salah.

Seharusnya, guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar semasa penayangan sajak kematian. Tidak hanya menfokuskan kepada mayat(pocong) untuk ditakuti tetapi hasil akhir pengajarannya. Guru seharusnya kreatif bagi menerangkan dengan cara yang paling baik kepada pelajar. Ketakutan mendorong pelajar untuk mentaati perintah agama. Ini hasilnya! Apabila sikap ketaatan kepada perintah agama itu terbentuk maka ianya merupakan titik permulaan bagi perkembangan sikap-sikap positif dalam diri pelajar. Maka, pengajaran seseorang guru berjaya dan sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Sama-sama kita fikirkan!

Advertisements

2 thoughts on “Kematian itu pasti

  1. benar aqilah bakal guru yang bagus, seharusnya pihak berwajib bantu guru untuk membentuk pelajar kini yang berhadapan dengan pelbagai pengaruh negatif kerana mereka perlukan pemimpin yang boleh membimbing mereka, bukan melepaskan tugasan yang berat kepada guru semata. Pengaruh media lagi besar kesannya kepada pelajar kini, tanpa bimbingan yang betul hanyutlah mereka, guru hanya beberapa minit/jam sahaja di sekolah berbanding dengan layar tv di dalam rumah boleh dipetik bila-bila masa sahaja. Berderai air mata apabila mendengar pelbagai kutukan bukan pemberi sokongan dari penonton kepada guru pemain utama…marilah penonton turun ke padang kita main bersama agar segala masalah dapat diatasi bersama, jangan berselindung dengan kata-kata, aturlah program bersama-sama kerana semua adalah anak kita…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s