Bersama TNC Akademik

24 November 2008

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH. Kami berpeluang berjumpa dengan Timbalan Naib Cancelor Akademik & Pengantarabangsaan, Profesor Dr Zakaria Kasa bagi mendapatkan respon beliau mengenai beberapa perkara berhubung dengan akademik mahasiswa/wi UPSI. Pertemuan yang berlangsung selama satu jam setengah sedikit sebanyak memberi gambaran dan harapan daripada bahagian akademik kepada mahasiswa/wi. Berikut adalah respon beliau mengenai isu-isu yang telah kami utarakan.

Praktikum Semester Tujuh

Perlaksanaan praktikum di semester tujuh sebenarnya telah dibuat setelah beberapa kajian diadakan oleh bahagian akademik. Bagi meningkatkan kualiti graduan UPSI, maka dasar ini diperkenalkan sebagai mekanisme bagi mahasiswa/wi merefleksi semula praktikum yang telah dijalankan di sekolah-sekolah. Namun demikian, bagi pihak TNCA Akademik, dasar ini tidak akan dijalankan kepada mahasiswa/wi yang telah memulakan pengajian pada sesi 2006 iaitu mereka yang berada di semester lima sekarang. Ini disebabkan oleh, beberapa kekangan dan penyelarasan yang harus diambil kira. Walaubagaimanapun, dasar praktikum di semester tujuh akan bermula bagi mahasiswa/wi yang berada di tahun satu sekarang. Sebarang perubahan, akan dimaklumkan oleh Pusat Perkembangan Akademik.

Study week

Study Week bakal dimansuhkan. Mahasiswa/wi akan menjalani 14 minggu pengajian kuliah dan peperiksaan selama 3 minggu. Masa untuk minggu peperiksaan akan ditambah dan pemberat bagi markah peperiksaan akhir bakal dikurangkan untuk mengurangkan kapasiti mahasiswa/wi. Peperiksaan secara formatif ataupun penilaian secara berterusan akan diimplementasikan kepada semua mahasiswa UPSI. Pensyarah akan memberi semua tugasan pada minggu pertama pengajian bagi memberi masa yang panjang kepada mahasiswa/wi untuk diselesaikan.

Biasiswa

Berikutan isu pelajar Institut Perguruan (IPG) yang mendapat biasiswa sepenuhnya, maka daripada pihak TNCA beliau telah mengesyorkan kepada pihak kementerian untuk menawarkan biasiswa kepada mahasiswa/wi UPSI. Namun demikian,daripada pihak kementerian, perkara ini perlu dikaji semula berikutan UPSI bakal membuka beberapa kursus yang tidak melibatkan pendidikan.

Pertukaran pelajar antarabangsa

Bermula pada semester hadapan, UPSI akan mengadakan program pertukaran pelajar antarabangsa. Seramai lima orang pelajar Korea akan meneruskan pengajian mereka di UPSI. Melihat kepada aspek bahasa dan budaya, pertukaran awal untuk mahasiswa/wi UPSI akan melibatkan negara Indonesia. Pemilihan pelajar akan dibuat oleh bahagian akademik berdasarkan kecemerlangan dan prestasi yang ditunjukkan.

Mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan, kami akan berusaha mendapatkan perinciannya daripada semasa ke semasa. Di akhir pertemuan biro akademik dan TNCA, harapan beliau kepada mahasiswa/wi UPSI supaya sentiasa meningkatkan prestasi diri melalui pembacaan berterusan. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, tidak cukup hanya menguasai isi kandungan pengajaran namun penguasaan ilmu daripada pelbagai bidang juga harus diambil kira.

“Bersama menuju kecemerlangan”

Dari pena,

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI 2008/2009

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s