Kehilangan yang meresahkan

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Dalam meneruskan minggu kedua peperiksaan akhir semester, saya telah menerima beberapa kes yang melibatkan kehilangan kad matrik dan slip peperiksaan. Ada nada panik dan resah pelajar yang terlibat apabila mereka melaporkan kepada saya. Penyelesaian harus diambil segera dan saya telah merujuk perkara ini kepada beberapa individu penting.  Berikut beberapa langkah penyelesaian yang disyorkan dalam memastikan anda semua boleh memasuki dewan peperiksaan, menduduki peperiksaan dengan tenang biarpun kehilangan slip peperiksaan serta kad matrik.

1) Kehilangan kad matrik

Mahasiswa/wi yang kehilangan kad matrik boleh menggantikannya dengan membawa kad pengenalan asal apabila masuk ke dewan peperiksaan. Maklumkan kepada pengawas yang bertugas. Mahasiswa/wi diminta untuk merujuk ke bahagian keselamatan untuk melaporkan kehilangan kad matrik dan mendapatkan semula kad matrik anda andainya dijumpai oleh individu lain di kawasan kampus. Untuk membuat semula kad matrik yang hilang, anda disarankan untuk ke kaunter bahagian akademik bagi menguruskan penghasilan kad matrik yang baru.

2) Kehilangan slip peperiksaan

Bagi mahasiswa/wi yang kehilangan slip peperiksaan anda boleh mendapatkannya semula di kaunter bahagian akademik. Maklumkan kepada pengawas yang bertugas apabila memasuki dewan peperiksaan. Andai kata anda tidak sempat untuk berbuat demikian, saya syorkan kepada individu yang terbabit supaya mencari rakan sekuliah yang hampir no matriknya serta menduduki peperiksaan yang sama bagi mengingat semula kedudukan di dalam dewan peperiksaan.

Kehilangan itu meresahkan, namun langkah segera harus diambil. InsyaALLAH, semoga mahasiswa/wi terus bersemangat untukmenghabiskan peperiksaan. Semoga kejayaan itu milik kita!

Dari pena,

 Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09

Advertisements

One thought on “Kehilangan yang meresahkan

  1. salam ziarah dari Royal College of Medicine Perak dan wakil GAMIS Perak.

    saya mengikuti kempen PRK di UPSI sejak adanya kempen di friendster melalui ruangan buletin.

    Tahniah atas kemenangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s