Khabar dari Perpustakaan Tunku Bainun

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Pertemuan sahabat saya Cikgu Arif (Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI) dengan  Puan Rusliza Bt Yaakob, Timbalan Ketua Perpustakaan UPSI bagi mendapatkan respon mengenai isu mahasiswa yang berkaitan dengan bahagian perpustakaan, pada 17 November lepas telah menjadi titik permulaan yang baik dalam usaha memperjuangkan agenda kebajikan mahasiswa.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan menyentuh beberapa aspek yang lazimnya dibangkitkan oleh mahasiswa. Berikut, saya menulis semula respon yang diberikan daripada bahagian perpustakaan. (rujukan blog http://arif-mppupsi.blogspot.com) :

Surau di perpustakaan :
Pihak perpustakaan sudah bawa isu ini kepada pihak Pembangunan untuk tindakan lanjut. Tempat untuk surau juga telah dicadangkan oleh perpustakaan. Sementara menunggu surau baru, pelajar boleh menggunakan surau yang ada di bangunan berhampiran perpustakaan.

Kekurangan koleksi bahan :

Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan cadangan pelajar tentang perkara ini kerana ia adalah dibawah bidang kuasa perpustakaan. Bagi pelajar yang ingin membuat cadangan, sila nyatakan dengan terperinci koleksi yang dilihat perlu ditambah atau masih belum ada. Jika ia adalah buku, nyatakan judul, nama pengarang dan penerbit untuk memudahkan urusan pentadbiran. Tidak semua permohonan akan diluluskan kerana terdapat buku luar negara yang sangat mahal harganya dan ia juga bergantung pada bajet yang ada. Namun begitu, keutamaan adalah bahan rujukan utama yang dicadangkan oleh pensyarah.

Penutupan jalan antara Tadahan Selatan dan perpustakaan :

Penutupan jalan tersebut adalah untuk proses pembinaan bumbung bagi memudahkan pelajar bergerak dari Tadahan Selatan ke perpustakaan terutama pada hari hujan.

Program diskusi buku:

Biro Akademik dan Kerjaya MPP bercadang untuk mengadakan kerjasama program diskusi buku di perpustakaan. Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan cadangan ini. Sebelum ini, beberapa fakulti pernah menjalankan program yang sama.

Terdapat juga beberapa isu yang dibangkitkan oleh pelajar dan telah dijawab oleh pihak perpustakaan. Jawapan tersebut boleh dilihat pada papan kenyataan berhampiran tangga di hadapan pintu masuk perpustakaan.

InsyaALLAH, proses perlaksanaan mengenai aktiviti-aktiviti yang melibatkan biro akademik serta isu-isu kebajikan mahasiswa akan saya kemaskini daripada semasa ke semasa. Jika tidak ada sebarang perubahan, tarikh mula kuliah bagi mahasiswa/wi UPSI adalah 5hb Januari 2008.

Dari pena,

Exco Akademik & Kerjaya

Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2008/2009

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s