Masalah remaja, masalah saya?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Bila jarang saya membuat respon mengenai isu-isu semasa yang berlaku, akhirnya ada antara teman-teman yang menegur agar ditulis semula bentuk-bentuk tulisan yang lebih kritis. Dan melihat semula tulisan-tulisan saya semenjak dua menjak pabila saya mula melangkah ke alam pekerjaan, memang lebih banyak dalam kategori santai berbanding dengan kategori-kategori lain. Tidak bermakna saya tidak cakna, cuma mungkin lebih senang untuk mengurangkan ketegangan bekerja dengan menulis sesuatu yang lebih mudah dan tidak terlampau berat.

Memang turut diakui, saya kurang membaca akhbar-akhbar apatah lagi untuk online juga kadang-kadang saya ambil masa, tidak sama semasa zaman ketika belajar dahulu. Jika dahulu memang menjadi kewajipan saya untuk sentiasa online dan update dengan isu semasa, yang berbeda sekarang, saya masih sentiasa UPDATE isu semasa apabila melakukan perbincangan dengan pelajar-pelajar saya.

Kadang-kala sengaja saya mengajukan isu-isu semasa untuk melihat respon mereka. Sudah dapat teman baru untuk berdebat apatah lagi dengan pelajar-pelajar sendiri.

‘Teacher tahu kamu semua masih muda, REMAJA, teacher pun remaja juga, Cuma yang berbeda antara kita, teacher REMAJA PURBA, tua sikit dari kamu semua’ seloroh saya disahut ketawa pelajar-pelajar. Sengaja ingin menghidupkan suasana kelas.

Bila mengajar dan mendekati remaja yang usianya 16-17 tahun, banyak sekali bezanya dengan zaman saya dahulu. Mungkin juga disebabkan peredaran zaman dan persekitaran.

Benar, dunia remaja merupakan transisi dari alam bayi ke dunia kanak-kanak sebelum dewasa. Di sini, ibu bapa mahupun guru harus bijak menjadi ‘teman’ untuk anak-anak. Remaja tidak sedar apa akan berlaku, namun emosi, fizikal dan kehendak memberi seratus peratus kebebasan ditegah dalam Islam, begitu juga dilarang terlalu mengongkong golongan remaja.

Menjadi trend juga bagi anak-anak remaja pada hari ini yang ingin menikmati kebebasan, ‘mencipta’ masalah dengan lari dari rumah. Usia baru setahun jagung, jalan singkat sahaja yang mereka Nampak semua senang, tidak terfikir dek akal banyak buruk dari baik. Akibatnya, berlakulah kebejatan social lebih parah seperti hamil luar nikah, zina, kelahiran anak tanpa suami yang natijah akhirnya mendorong perbuatan buang dan bunuh bayi.

Inilah cabaran remaja masa kini, kesedaran mereka hanya melalui penerapan ilmu. Tidak hanya terhantuk baru terngadah. Ikut naluri mati, ikut kata binasa, semuanya menjurus kepada kemusnahan hidup.

Aduhai, zaman remaja zaman indah jika benar-benar bijak mengemudinya.

Sentiasa saya titipkan pesanan pada mereka.

Sudah tiba masa untuk kalian persiapkan diri dengan ilmu dan agama, jangan diikutkan sangat naluri, lihat pada masa hadapan kalian yang masih jauh.

Sungguh, mereka-mereka inilah yang akan menjadi pelapis dan melahirkan generasi-generasi akan datang. Jika rosak sekarang, bagaimana dengan seterusnya?

Advertisements

6 thoughts on “Masalah remaja, masalah saya?

  1. salam teacher…yes!!akhirnye sy jumpe jgk blog teacher..berjaya jgak mnylsaikan cabaran teacher untk cri blog teacher..hehe..
    teacher,mggu ni kmi ade final exam…pray for us~insyallah kami bleh jwb exam physic sbb physic msk bab yg teacher ajar..bab 3 n 4 je…we all miss u teacher!!

    • W’salam. Nadiah and friends , miss u too dear! Susah ke senang cari blog teacher? Anyway, lepasni perlu rajin-rajin buka blog teacher. Teacher yakin kamu semua boleh jawab soalan physic nantI. Yang penting buat yang terbaik! Sampaikan salam teacher pada yang lain. Miss ya!

    • Wa’alaikummussalam
      Aqilah sihat kak. Rindu kak huda, lama tak dengar berita. Alhamdulillah, aqilah dah dapat posting, di SMK SERI SENTOSA,KUALA LUMPUR. Akak doakan aqilah ye!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s