Saya dan Pelajar

Acap kali saya tangguhkan penulisan. Punya tugas lain yang menuntut untuk diselesaikan sebaiknya. Alhamdullilah, segala yang dirancang dan dikendalikan berjalan dengan sebaiknya.

Saya usai menguruskan perlancaran minggu sains dan matematik sekolah. Tiada bisa saya mampu untuk kendalikan tanpa kerjasama yang baik daripada guru pembimbing saya terutamanya dan pelajar-pelajar. Gunung berapi selamat diletupkan, alhamdullilah.

Saya juga terlibat sebagai pengacara majlis untuk sambutan hari anugerah kecemerlangan akademik 2009. Majlis ini dikira paling prestij bagi sekolah saya. Berbeza perasaannya. Jika dahulu saya menjadi salah seorang pelajar yang disebut oleh guru bagi menerima anugerah namun kini, giliran saya pula yang menyebut nama pelajar-pelajar yang terbaik dalam kurikulum mahupun ko-kurikulum. Yang paling terkesan adalah satu kelas 4 Alpha iaitu kelas yang saya ajar sekarang menerima anugerah. Selaku guru, jujurnya, saya amat bangga dengan pencapaian mereka. Malah, tiada kegembiraan yang dapat saya gambarkan pabila melihat pelajar-pelajar saya juga mendapat anugerah tokoh harapan.

‘teacher, kami tahu teacher penat sebut nama kami, thanks teacher’

‘teacher, let me take you some drinks’

Macam-macam gayanya. Senyuman pelajar-pelajar saya menggambarkan mereka gembira dengan pencapaian yang diperolehi.

‘after this, you must get A in chemistry’ sempat saya berpesan pada mereka, masih banyak usaha yang perlu dilakukan.

Tiada pernah terlintas saya akan diamanahkan untuk mendidik anak-anak pelajar saya yang berbilang bangsa dan agama. Hebat percaturan ALLAH. Bagus akhlaknya biarpun daripada agama yang berbeza.

Sempat juga dalam minggu ini saya menyiapkan mural untuk tinggalan kenangan di sekolah. Syukur punya sahabat yang membantu dan anak-anak pelajar yang tidak penat jemu memberi pertolongan pada saya.

Alhamdullilah.

Tanggungjawab saya masih tersisa. Saya punya tugas-tugas lain yang menanti. Moga-moga punya kekuatan untuk teruskan. Ameen.

Advertisements

3 thoughts on “Saya dan Pelajar

  1. Salam ziarah adikku. lama kak tidak berkesempatan ziarah blog kamu. Moga sejahtera hendaknya kamu disana.Subhanallah, perkongsian kamu benar-benar memberi semangat dan ilham pada kakak. Sungguh, ummah menantikan guru seperti kamu. Teruslah melangkah dan moga dapat melaksanakan yg terbaik dalam tempoh praktikal yang masih berbaki. Doakan kakak disini juga. Selamat berjuang! May Allah bless you and may we be rewarded for every good that blossoms from the seeds that we plant=)

  2. Salam..

    yg terbaik yer cik qiqi
    ckit lagi awak akan merindui skolah pelek awak tue..
    Doakan sya d tengah kriuhan exam nie
    ~rindu sgt2 kat Awak~….

  3. Salam…qilah, miss u ya ukhti..ye qilah, hilang rasa penat apabila melihat anak2 murid menghargai kita..hehe..kami xbuat mural..tp kami alhamdulillah, dpt handle beberapa prog,,huhu..teringat pula zaman ms kita handle program dulu-dulu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s