Marah menyelesaikan masalah?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Beberapa keutamaan perlu didahulukan dalam beberapa ketika ini menyebabkan sering kali penulisan saya tertangguh. Alhamdullilah, observation pertama daripada pensyarah juga telah usai dengan lancar. Biarpun pelajar saya ‘unsangkarable’ tetapi secara keseluruhannya objektif yang disampaikan terlaksana. Alhamdulillah. Masih ada lompang-lompang yang perlu diperbaiki.

Penat juga saya berulang alik menyelesaikan beberapa perkara. Berada di sekeliling orang lebih dewasa menyedarkan saya betapa banyak lagi tanggungjawab yang perlu digalas sebaiknya

.Jika dahulu mungkin di kalangan sahabat-sahabat saya adalah dalam lingkungan rakan sebaya ataupun yang lebih muda beberapa tahun dan juga senior yang tidak lebih dari usia puluhan tahun. Menjengah ke alam perguruan, realitinya saya berada di kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa yang lebih jauh dewasa usianya dari saya. Alhamdullilah, cantik susunan dan percaturan ALLAH. Lebih banyak parenting skill,  dan juga usaha-usaha memahami jiwa remaja diselami dan dipelajari daripada orang disekeliling saya.

Saya kira saya cukup bertuah kerana dibimbing oleh guru pembimbing yang bukan sahaja guru kimia, merangkap juga guru disiplin yang disegani di sekolah dan juga dalam proses menyiapkan PHD nya.

Dalam beberapa minggu ini, saya menyaksikan kes-kes disiplin yang melibatkan pelajar, guru dan ibu bapa. Semuanya perlu ditangani dengan hikmah dan professional. Sikap tidak menunding antara satu sama lain disamping perlu untuk duduk semeja adalah intipati penting dalam menyelesaikan permasalahan pelajar.

Kebanyakan pelajar yang bermasalah secara keseluruhannya inginkan perhatian daripada ibu bapa dan guru. Pabila melihat pelajar yang paling ‘nakal’ di sekolah menitiskan air mata ketika bercerita masalahnya, selaku guru perlu untuk kita merasionalkan kembali tindakan pelajar tersebut. Tidak meletakkan kesalahan ke atas bahunya sahaja. Jiwa remaja itu perlukan perhatian bukannya hukuman.

Aduhai guru, banyak sungguh tanggungjawab kalian.

Ada guru yang mungkin lebih senang datang ke sekolah, mengajar dan tidak peka dengan perubahan pelajar-pelajarnya.

Ada juga guru yang datang sekolah bukan sahaja tidak mengajar, tetapi sebaliknya memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar.

Bagaimana berhadapan dengan pelajar yang bermasalah?

Dalam usaha mendidik pelajar, kesabaran guru itu akan sentiasa diuji. Antara kesabaran yang terus teruji adalah berhadapan dengan karenah pelajar yang boleh mengundang rasa marah dalam jiwa. Kesabaran ini juga menuntut guru supaya bersabar dalam mengururskan masalah yang berkaitan disiplin di dalam kelas.

Seringkali juga pelajar-pelajar yang bermasalah ini dimarahi.

Sifat yang berlawanan dengan nilai kelembutan adalah marah. Bilamana guru gagal mengawal emosinya, maka sifat marah lebih banayk ditonjolkan berbanding dengan sifat lemah lembut. Ya, tidak salah untuk kita memarahi pelajar, tetapi apa yang perlu diingatkan ialah bagaimana kita sebagai guru meletakkan nilai sebenar kemarahan itu.

Tahanlah marahmu wahai guru.

Saya yakin, disana kita akan lebih menyelesaikan masalah dan merungkaikan setiap segumpal perasaan yang sedia kusut dalam jiwa pelajar. InsyaALLAH.

Atau mungkin kalian ada cara lain selain daripada menggunakan marah sebagai penyelesaian?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s