Pasang Surut Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah

Selama seminggu berhempas pulas dengan peperiksaan ujian bulanan pertama, syukur semuanya berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar yang menjawab exam, tetapi sebagai guru saya pula yang merasa gusar. Dan akhirnya semuanya terjawab apabila saya selesai memeriksa kesemua paper Science dan Chemistry bagi kedua-dua kelas yang diajar.

Yang paling menggembirakan adalah salah seorang pelajar saya Hong Shing mendapat 100% dalam Chemistry dan Inthouja pula biarpun dalam kelas yang ke enam ,mampu memperoleh 82% untuk subjek Science.Secara keseluruhannya, sebagai guru, ujian ini penting untuk saya lebih mengenali potensi setiap pelajar saya. Ada yang perlu diberi penekanan khusus dan ada yang hanya perlu diberi peneguhan secara berterusan.

Sebelumnya, saya kerap kali mengadakan ‘pop quiz’ dalam kelas, dan alhamdullilah, kali ini untuk kelas Science, kesemua pelajar saya menghantar kertas jawapan mereka penuh berisi. Saya yakin mereka telah berusaha memberikan terbaik untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.  Kadang-kadang sengaja saya memberikan soalan yang aras kemahirannya lebih rendah agar semua pelajar-pelajar saya dapat menjawabnya. Ini penting untuk memberi ransangan kepada pelajar agar terus minat dalam matapelajaran yang diajar apabila setiap soalan yang berkenaan dirasakan mudah dan mampu dijawab.

Belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya dalam SPM 2009. Moga-moga kejayaan pada hari ini menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya pada masa-masa akan datang.  Perjalanan adik-adik masih lagi panjang, perlu bijak dalam mengatur dan merancang kehidupan dengan sebaiknya.

Sekolah saya juga sama, yang paling cemerlang tidak mampu untuk mendapat straight a’s tapi saya lihat semangat mereka tetap berkobar untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Apabila melihat result saban tahun yang ada turun naik, mencari-cari faktornya. Guru tetap sama, yang berbeza hanya pelajar yang berubah setiap tahun. Semuanya bergantung pada pelajar itu sendiri. Tapi saya yakin, usaha yang berterusan dan berkat doa dan restu cikgu merupakan ramuan yang paling istimewa untuk peroleh kejayaan.  Jujurnya saya mengharapkan semua pelajar saya mendapat A, tapi kepelbagaian mereka sememangnya harus dirai. 🙂

p/s  : tengah berusaha mencari hadiah-hadiah untuk diberikan pada pelajar yang mendapat highest mark!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s