Perhimpunan nan abadi

Jam sudah menganjak ke angka dua. Gagal saya melelapkan mata. Saya teringatkan satu perhimpunan penting.

‘Masa perhimpunan besar bakal tiba’

Notis amaran sudah dinaikkan.

Tanda-tanda kecil dan besar sudah ditunjukkan. Apabila si anak mula derhaka pada ibunya. Pabila pemimpin adalah orang yang rendah budinya, dan tatakala kekuasaan dianggap sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.

Ya, tanda-tandanya kini sudah ada.

Pada satu saat perhimpunan besar itu pasti berlaku. Bakal mengumpulkan seluruh manusia sejak zaman Nabi Adam sehingga kepada umat Nabi Muhammad di penghujung usia dunia.

Perhimpunan ini penting!

Bukan perhimpunan sekadar perhimpunan biasa, bukan satu bentuk konvensyen, bukan jua satu bentuk persidangan antara dunia. Memang ianya melibatkan satu keputusan dan penentuan. Di sini juga akan menentukan destinasi abadi manusia asama ada ke syurga ataupun neraka. Hari itu hari Kiamat.

Hari ditentukan balasan baik dan buruk bagi setiap amal perbuatan. Hari ini hari perbicaraaan.
Saya dan kalian pasti tidak akan terlepas.

Berseronoklah sebanyak mana yang diinginkan, kumpullah kekayaan sebanyak mana yang diharapkan. Bergembiralh dan nikmatilah. Namun, perlu waspada, masing-masing akan tetap Berhimpun tanpa mengira pangkat mahupun gelaran. Bahkan tidak ketinggalan golongan marhaen yang tidak berpangkat, semuanya akan berhimpun juga.

Kalau ada yang berkata ‘Apabila sampai hari kiamat kelak pandai-pandailah aku buat begitu dan begini.’

Aduhai…

Itu hanya khayalan dan sangkaan semata-mata. Mustahil ada peluang kedua apabila tiba hari kiamat. Mana mungkin ada yang terlepas daripada dihisab apabila semua makhluk ALLAH dihimpunkan di Padang Mahsyar. Tidak ada yang dapat terlepas daripada kepungan para malaikat ALLAH yang tidak terhitung jumlahnya. Allahurabbi.

Percayalah. Yang hanya akan menemani kita pada masa itu hanyalah bekalan yang dikumpulkan sepanjang hidup di dunia. Jika banyak bekalan yang dibawa, maka berbahagialah kita. Jika sedikit bekalan ke negeri abadi, maka bersedialah dengan sengsara yang menanti. Jika tidada langsung bekalan, terseksalah dia selama-lamanya.

Tiada peluang kedua,bagi sesaiap yang memohon dikembalikan ke dunia. Tiada sudah talian hayat.

Demikian hakikat kehidupan manusia. Selama mana pun kita di dunia, suatu hari kita pasti akan meninggalkan dunia nan sementara. Detik yang menyebabkan kita bakal meninggalkan dunia. Itulah dinamakan detik kematian. Lepas ini kita pasti ketemu lagi, untuk terus berhimpun. Di sebuah perhimpuan, di padang Mahsyar, di perhimpunan nan abadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s