Titis kesabaran

Bismillahirrahmanirrahim

Penat sungguh.

Penat saya terangkan pada mereka, setiap ayat-ayat saya gunakan saya cuba permudahkan agar mereka faham. Tapi hampa, melihat buku latihan yang dihantarkan, setiap kali juga saya menanda pangkah.

Puas saya muhasabah dengan pendekatan yang saya gunakan. Konsep mudah, cuma mereka masih gagal menguasainya.

Saya pasrah, hakikatnya setiap kecerdasan pelajar saya berbeza. Ada yang senang untuk menerima, ada juga yang perlu diterangkan beberapa kali baru mereka tangkap maksudnya.

‘Ya Allah, berikanlah kefahaman kepada pelajar-pelajarku, supaya mereka fahami  dengan setiap ilmu yang aku sampaikan’


Allahurrabi. Mungkin begini perasaannya guru-guru saya dahulu.

Biarpun tiap kali saya membuat kesilapan, tidak pernah jemu membetulkan kesilapan yang saya lakukan. Yang pasti, saya mahukan terbaik untuk pelajar-pelajar saya.

Banyak yang saya pelajari, setiap kali keluar dari kelas selepas mengajar, setiap kali juga saya belajar sesuatu dari mereka.

Benarlah, hari ini saya juga belajar sesuatu lagi. Belajar untuk terus bersabar!

Mendidik bukannya senang, kefahaman itu juga milikNYA. Saya hanya guru biasa yang masih dalam proses belajar.

‘Takpelah, buat yang terbaik, jangan sedih-sedih’, mesej bonda sentiasa memberi suntikan semangat buat diri.

Belum saya ceritakan kegusaran keruntuhan akhlak pelajar masa kini. Hakikatnya sukar diterima namun itulah realiti yang harus ditelan.

Buat bergelar guru, jangan berhenti dan jemu untuk memberi. Moga ada titis kesabaran dalam setiap apa yang disampaikan barulah disana tercapai sinar keikhlasan. InsyaALLAH.

4 thoughts on “Titis kesabaran

  1. its so surprise when the first time i heard Opie says: ‘GOOD MORNING IBU, GOOD MORNING AYAH’….thank you to all teacher who teach all the children in this world…may allah bless u always…to my beloved sister who is going to be a teacher…:always remember…u will get back what u give…luv u always…from along n opie…

    • Long, its kind of dissapointed, when i expected they gave me B, but my students gave me C as their answer. i have to repeat, and repeat the same things, and at last, only few students got the correct answer. but, alhamdullilah, my students actually teach me valuable lesson. it’s all about PATIENCE. dear ALLAH, grant me the patience to accept the things that i can’t. ameen. thanks sis, your words remind me how important I am as a teacher. for the sake of my students, i’ll try to give the best for them. insyaALLAH.

  2. Bersabarlah dengan tekun mengadun ummah yer cik qiqi ku syg..
    Potensi yg ada tidak semua diberi dalam bentuk yg tersurat kerana dia ingin kita mecari hikmah dan melengkapkan puzzle hikmah tersebut…heheh ayat sastera cket….

    Untuk melihat kau tersenyum dikejauhan…

    • Terima kasih sahabatku cik yaya, sokongan tanpa syarat yang awak berikan sememangnya memberi momentum semangat untuk disatukan dalam molekul-molekul kekuatan. moga-moga ianya berhasil membentuk sebatian sabar yang tiada lagi goyah untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan bagi mendidik pelajar-pelajar tersayang.

      saya balas dengan unsur-unsur kimia. itulah nama sahabat, awak bagi sastera, saya lengkapkan dengan sains. :). thanks cik yaya.

Leave a reply to Cik Yaya Cancel reply