Memberi dan memberi

Bismillahirrahmanirrahim

Loceng pertama selepas waktu rehat dibunyikan.

Bergegas saya mengemas barang bersiap sedia untuk ke kelas 4 Alpha. Saya tekad untuk habiskan sedikit lagi konsep kimia yang berbaki, kali ini biarpun sedikit, saya cuba berikan yang terbaik.

Ingatan saya kembali kepada perbualan ringkas seawal pagi lagi.

‘Susahlah qilah, dah berkali-kali ain terangkan pada diorang, siap bagi contoh lagi, tak faham-faham juga, habis masa setengah jam sahaja asyik menerang definisi je!’, saya cuma mengangguk faham tanda setuju dan memahami keadaan yang dialami rakan saya yang juga turut sama berpraktikal di sekolah yang sama.

Rungutan yang sama juga saya terima dari cikgu-cikgu senior yang duduk berhampiran saya. Luahan-luahan ini merupakan keluhan lazim seorang guru apabila keluar dari kelas. Apatah lagi jika mengajar di kelas yang ‘hujung-hujung’.

Saya juga sama. I believe in blackboards, chalk dust, textbooks, and computers for each has a part in imparting knowledge. I believe in my students…young and old…black and white…rich and poor..malays, chinese, indians..each in need of learning. Cuma sentiasa saya ingatkan pada diri, berikan masa untuk pelajar-pelajar fahami dan cerna setiap isi pelajaran yang disampaikan. Biarpun kadangkala saya risau melihat wajah-wajah pelajar yang berkerut dan melopong bila ditanya semula. Namun tugas guru hanya mampu untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar. Itulah guru!

Mulianya guru, cuma perlu untuk berlapang dada dan melihat dari sudut positif bahawasanya setiap pelajar kita punya potensi berbeza. Kita mengharapkan hasil A, namun pelajar memberikan hasil B, itu lumrah. Dan menjadi tugas kita membetulkan kembali kesilapan yang dilakukan. By learning you will teach by teaching you will understand.

‘Stand up class, good morning teacher’

Hairan saya melihat jumlah pelajar lebih sedikit dari biasa. Tangan saya mengira-ngira jumlah pelajar yang ada.

‘Where’s the others?’

‘Mereka tak datang teacher, Gong Xi Fa Chai’

Saya lupa. Sememangnya apabila half of the class berbangsa Cina, memang beginilah keadaannya.

Hati berbelah bahagi samaada perlu meneruskan dengan menerangkan konsep atau tangguhkan dahulu pada kemudiaannnya. Saya perlu untuk menghargai pelajar-pelajar yang datang, dan sememangnya mereka ingin belajar dan mengharapkan butir-butir mutiara ilmu dari saya. Saya teruskan jua pengajaran seperti biasa. Keadaan lebih tenang, dengan jumlah yang lebih sedikit, isi pembelajaran disampaikan adalah lebih tepat dan mudah.

Kali ini pelajar-pelajar saya juga senang hati memberikan jawapan tepat kepada soalan yang saya berikan. Menandakan mereka faham! Alhamdullilah. Syukur.

‘Ok class, seronok tak belajar chemistry’

Saya cuba ‘reverse psychology’ mereka bagi memberikan suasana yang lebih santai.

‘seronok teacher’

Alhamdullilah. Objektif pembelajaran tercapai.

Saya bekalkan angpau kerja-kerja rumah yang perlu disiapkan oleh mereka sempena cuti tahun baru cina, biarpun keadaannya agak banyak, namun saya yakin, mereka mampu siapkan. Apatah lagi saya mahu mereka sentiasa ingat pada saya tatkala membuat homework, biarpun bercuti panjang! 

Benarlah, biarpun semalam pelajar kita sukar untuk faham, jangan jemu untuk memberi dan terus memberi, dan sehingga akhirnya mereka temui titik kefahaman.

Sampaikan salam teacher pada appa, amma, anne, akka, tambi dan tanggachi! (saya belajar bahasa tamil dari pelajar)

p/s : saya menyahut saranan bonda untuk menulis perjalanan sebagai guru praktikal.mungkin gaya penulisan sedikit berbeda. namun, diharapkan pembaca budiman sekalian tidak jemu untuk membaca. ameen.

9 thoughts on “Memberi dan memberi

  1. Salam…suka sangat utk membaca post awak tentang praktikum ni..sy cuba utk menulis, namun kesedihan melanda.teringat peristiwa 8 februari lepas..mmg bukan senang utk menjadi guru@pendidik.. bukan sekadar mengajar, tp juga mendidik..peranan untuk mencapai objektif pembelajaran sudah satu hal; hal mendidik akhlak juga x bleh ditinggalkan..huhu..semoga sntiasa tabah dan sabar..doakan kejayaan bersama,,wallahu ;alam.

    • W’salam. Ateh, kadang-kala kita belajar dari pengalaman orang lain. dan sememangnya setiap pengalaman yang kita titip adalah berbeda mengikut kemampuan kita. saya cukup yakin dengan awak sebagai murabbi, muallimah. menulislah sahabat, sememangnya pengalaman awak boleh dijadikan panduan buat semua. insyaALLAH.

  2. Selalu cikgu kata, “Pelajar yang bermasalah. Nakal! Lembab!”

    Tapi adakah cikgu pernah buat muhasabah, “Apa yang tak kena dengan cara pengajaran aku? macam Mana nak buat pelajar faham?”

  3. “masalah pelajar” siapakah yg patut dipersalahkan….pelajar sendiri,guru,ibubapa,masyarakat, ataupun sistem pendidikan yg pincang yg berkiblatkan sistem sekular…..?

  4. Salam,
    @cg rijal
    guru-guru hanya membuat refleksi sebaris ayat setiap kali selesai menulis rancangan pengajaran harian. dan realitinya, tiada yang pernah muhasabah dengan cara pengajaran dan pendekatan yang dibuat.

    @cg zul
    bila mana bercerita mengenai sistem pendidikan, lihat sahaja dahulunya ‘kementerian pendidikan malaysia’ namun telah ditukar kepada ‘kementerian pelajaran malaysia’. lain nama lain sistem.🙂

    @cg shorab
    terima kasih. moga cg juga terus maju jaya di kampus upsi tercinta.🙂

  5. itulah realiti menjadi seorang guru
    we learn to give
    setuju sgt dengan usaha penulis untuk mula giat menulis tentang pengalaman mendidik
    saya pun nak mula

    dalam usaha nak mendidik ni, apa kata kita guna metod Rasulullah..
    Try this book
    “Hebatnya cara Rasulullah mendidik”
    karya Razali Saaran, guru (ex UPSI)

    • @ sahabat yang disayangi ummu_irsyad,
      baru sahaja beli buku tu. insyaALLAH tengah berusaha hadam, cerna dengan baik. insyaALLAH, lepas ni boleh sharing dengan pembaca blog. ada beberapa suggestion buku menarik untuk perkongsian, insyaALLAH sama-sama kita dapat manfaat. ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s