Bingkisan rindu

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,

Lembaran-lembaran gambar dan aktiviti bersama-sama adik-adik dan sahabat-sahabat menjadi tatapan saya dikala bila rasa rindu menggamit.


Apatah lagi disaat disibukkan dengan tugasan yang sedia ada, mesej-mesej sahabat-sahabat, adik-adik yang berupa untaian ingatan kembali mengingatkan saya pada rakaman episode lalu. Namun kini, sudah pastinya setiap langkah dan jalan yang dilalui telah berbeda. Ujiannya juga tidak sama.

Mungkin inilah kesan tarbiyah ukhwah yang diterap sedari di alam kampus mula memberi impak maksima dan ianya memberi sumber kekuatan disaat diri keseorangan. Sungguh, saya rindukan nasihat-nasihat, teguran-teguran kalian. Waktu-waktu lapang saya sememangnya terisi baik tatkala bersama kalian. Saya cemburu dengan kenangan lalu.

Setiap putaran waktu yang berlari setiap hari sentiasa membawa ingatan kepada sahabat-sahabat. Allahurrabi. Kuat penangan yang kalian berikan pada saya dahulu, sehingga kini menyebabkan saya sentiasa berdoa untuk bersama sahabat-sahabat.

Saya dapat rasakan apa yang kalian rasakan. Jangan sesekali sedih sahabat, kerana sunnah orang berjuang, tiada yang mudah, dan tiada hamparan permaidani merah. Sedikit ujian yang datang, tandanya ALLAH sayang pada kita. Carilah hikmah disebalik percaturan yang ditetapkan.

Pendek sahaja bingkisan buat kalian, moga-moga ianya mampu mengubat rindu untuk menguatkan langkah yang masih panjang.

Saya doakan moga kalian terus dan terus maju, jangan diundur walau setapak. Pujuklah diri, dan mengadulah pada yang ESA, nescaya kalian temui ketenangan. Ameen.

Advertisements

7 thoughts on “Bingkisan rindu

  1. Alhamdulillah..rasa gembira melihat sahabat kembali bersemangat.sungguh! hidup ni ada turun dan naiknya..biar ape pun yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat.yakinlah Allah sentiasa mendengar rintihan hamba2nya..

    Makin jauh di mata makin terasa Ukhuwahnya.

    Alhamdulillah manisnya ukhuwah andai Allah matlamatnya.

    Sahabatku..keep moving forward!!.

    • Meresahab, moga-moga sentiasa kuat untuk mendidik pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu, apatah lagi menyelamatkan mereka dari keruntuhan akhlak. allahurrabi, doakan kita sama-sama berjaya tempuhinya. ini medan kita. keep in touch dear.

  2. Assalamualaikum wbt…

    ‘UkHuWah ItU dIhaTi,wAlaU bErsEnDirIaN pastI ia MenEmaNi..sEtiAp YanG mAnIs mAmPu dIkeNanGi,waLau TiaDa dImaTa KinI,Ia hAdIr bILa DiRinDui,kErAnA aSaSnYa ia keKal di DasAr Hati…

    Qilah, rindu tatkala terkenang masa lalu namun, sunnah orang berjuang…

    Jenguklah akak di kala kelapangan…

    Janji Allah itu pasti…

    Uhibbuki Fillah… adikku sayang…

    • Kak lela perlu teruskan rantaian perjuangan yang kami telah tinggalkan. insyaALLAH, jika umur panjang pasti ketemu lagi. ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s