Sabah : Kembara penuh hikmah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Akhirnya, kaki saya selamat menjejaki bumi sabah, bumi hijau, bumi subur dakwah. Saya rasakan jaulah ataupun percutian kali ini antara yang bermakna apatah lagi ditemani teman-teman lama. Seakan reunion semula pabila masing-masing sudah sekian lama tidak berjumpa sedari mula praktikum. Berjumpa sahabat-sahabat juga menguatkan kembali ukhwah  sesama kita disamping kali ini kami punya misi menjalankan kembara penuh makna.

Pada mulanya tempoh seminggu yang dirancangkan sedikit sebanyak menganggu perjalanan jadual yang diatur di rumah. Hati bertambah gundah dan saya mula tidak senang duduk menaiki pesawat selama 2 jam 45 minit ke Tawau. Bagaimana keadaannnya jika benar-benar saya dipostingkan ke Sabah? Sanggup berulang dengan jarak yang agak jauh?

Buangkanlah resah. Sekali kaki dilangkah, perjalanan akan diteruskan hingga sampai ke destinasi.

Sepanjang seminggu juga saya berpeluang menjelajah tiga daerah utama di Sabah, bermula di Tawau, Kunak dan Sandakan. Berpeluang juga menyaksikan walimah sahabat terdekat di tawau. Lain tradisinya di tempat sendiri. Adat resam masyarakat sabah masih lagi utuh biarpun zaman mula berubah. Berada di rumah ‘atas air’ sekali lagi memberi pengalaman yang berbeda. Situasi kanak-kanak kecil berenang di lautan indah tidak menjadi perkara luar biasa, itulah didikan yang diberikan. Mereka pandai berenang.

Berpeluang juga menemui anak semenanjung yang merantau di bumi Sabah. Perkongsian penuh makna,membuktikan bahawasanya benih yang baik dicampak ke lautan menjadi pulau juga. Semangat yang ditunjukkan demi mendidik anak bangsa dan menyampaikan risalah dakwah tanpa syarat membuktikan tanggungjawab yang ada sentiasa lebih dari masa yang ada.

Itu cebisan kisah di tawau.

Berbeda di kunak. Menyaksikan panorama indah menaiki bot sememangnya benar-benar bermakna. Keaslian alam ciptaan tuhan masih lagi terpelihara. Alhamdulillah, tadabbur alam mendekatkan diri  dengan bukti kebesaran ALLAH.

” Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal “surah al-imran ayat 190.

Saya masih lagi belajar untuk tadabbur alam dalam usaha meningkatkan diri ke jalan yang diberkati. Melihat sesuatu secara zahiri atau gambaran luaran seadanya sebenarnya mampu untuk membimbing manusia bertanya di sebalik adanya sesuatu tentu adanya proses penciptaan. Dan sesuatu itu tidak dicipta atau dijadikan atau wujud dengan begitu saja tetapi tentu bersebab. Walau pun keupayaan berfikir tidak mungkin mampu menjawab semua perkara tetapi ada pedoman asas yang membolehkan seseorang menghubungkan faktor kewujudan dengan faktor penciptaan dan faktor penciptaan sebagai sumber hikmah. Bumi ini bumi ALLAH.  Subhanallah, cukup terkesan dengan panorama indah di kunak.

Sandakan destinasi akhir.

Perjalanan menaiki bas lebih kurang 4 jam ke Sandakan. Sandakan juga bandaraya yang dikelilingi lautan. Setiap kilometer perjalanan pasti akan menemui sebuah gereja. Jarang sekali keadaan ini berlaku di semenanjung. Sempat juga saya berkunjung ke Sepilok, tempat orang utan dan taman buaya Sandakan.

Resolusi perjalanan

Sedikit sebanyak mengubah persepsi saya mengenai keadaan di Sabah. Namun saya masih khuatir, adakah saya bersedia untuk dipostingkan ke sabah? Berjalan,bermusafir, melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurnianya. Menambah nilaian harganya,iman dan taqwa bagi hamba yang setia.  Moga-moga kembara penuh makna ke sabah ini memberi seribu satu hikmah dan teladan buat diri ini.

P/s : lepas ini mahu kembara ke luar Negara pula.

7 thoughts on “Sabah : Kembara penuh hikmah

  1. sy juga masih blum mampu u menjawab bersedia atau tidak jika dicampak ke bumi yang subur dengan dakwah itu…
    Hati masih lagi bercampur baur..bukan tidak tegas dengan pendirian sendiri..tp kali ini sungguh seakan aneh u buat keputusan…
    namun, setiap kali solat, sentiasa mendoakan moga Allah letakkan kita ditempat yang sepatutnya kita berada dan pegang hati2 kita u istiqamah menegakkan Islam…
    Benar, ‘biar kita menjadi bintang yang sentiasa berkelipan di langit luas itu..menyinari langit untuk menjadi sentiasa indah dgn kehadiran kita..menjadi penenang kepada setiap jiwa2 yang memandang”…

  2. terima kasih dtg ke negeri sabah…hehe.. dah sampai tawau, napa tak pi semporna…hehe..bleh tgk pulau2…apa pun ok la tu..

  3. betul..sabah bumi indah..unik..siapa yang suka pada cabaran..bolehla ke sabah..banyak tugas dakwah disana tetapi kurang man power nye..insyaALLAH ustazah xperlu ulang alik..terus je duduk disana..bermastautin dan berkeluarga disana..=)

  4. betul 2
    sabah, negeri yg unik. kaya dengan khazanah flora & fauna indah ciptaan Allah,subur dgn dakwah, sarat dengan budi pekerti penduduknya yg tinggi.
    duk sabah tak boring sebab pemandangan cantik sangat.. dan yg paling penting banyak tgjawab yg menanti seorang daie

  5. Salam Ziarah…

    ‘Sabah’ & ‘Sarawak’ – dua negeri yg seolah menjadi ‘tali gantung’ kpd guru2 yg baru diposting. cerita mitos & ‘indah khbar dari rupa’ yg dimomokkan oleh mereka yg terdahulu posting ke dua negeri inilah yg menjadi asbab kenapa ramai guru baru takut untuk dtg. mmg jauh dr semenanjung tetapi ‘tak kenal maka tak cinta kan’…

Leave a comment