Berita daripada Bahagian Akademik (II)

23 Januari 2009

Sumber : Bahagian Akademik UPSI

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Ada beberapa maklumat penting yang baru sahaja saya perolehi hasil pertemuan dan perbincangan dengan bahagian akademik UPSI berhubung dengan isu mahasiswa/i.

1) Borang posting

Untuk makluman mahasiwa/i, borang posting hanya boleh diisi selepas tamat praktikum, iaitu apabila pihak akademik telah menghantar surat tamat pengajian. Ini disebabkan, data hanya akan dihantar ke pihak Kementerian Pelajaran Malaysia selepas mendapat kelulusan senat. Pengisian borang posting adalah secara online di website KPM.

2) ROS (Rancangan Orientasi Sekolah)

Mesyuarat bahagaian akademik bersama dengan unit latihan mengajar pada 21hb Januari 2008, telah menetapkan ROS hanya perlu dibuat sekali sahaja sepanjang sesi pengajian di UPSI.  Sehubungan dengan itu, bagi mahasiswa/i yang telah membuat ROS 1 (di sekolah rendah) tidak perlu lagi untuk membuat ROS 2. Namun yang demikian, bagi mahasiswa/i yang masih belum membuat ROS, mereka perlu membuatnya di sekolah menengah dan boleh dibuat bila-bila masa sahaja dalam tempoh 2 minggu semasa cuti.  Masa paling akhir ROS adalah 2 minggu sebelum pergi latihan mengajar. 5% daripada markah ROS menyumbang kepada markah latihan mengajar. Perubahan tertakluk pada fakulti.

3) Study week

Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI  telah menghantar surat permohonan ‘study week’ kepada Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Akademik. Namun demikian, TNCA masih berada di luar negara (Iran) atas urusan kerja sehingga 1 februari 2009. Kami akan memaklumkan perkembangannya daripada masa ke semasa.

5) Jumlah minimum jam kredit

Mahasiswa/i seharusnya mempunyai jumlah minimum jam kredit iaitu sebanyak 12 jam bagi setiap semester. Ini tertakluk kepada peraturan akademik yang telah diluluskan oleh senat.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan mahasiswa/i dapat memperolehi input-input yang terbaru bagi meneruskan kesinambungan di bumi UPSI. Semoga kejayaan mengiringi kita semua. Saya mengalu-alukan setiap komen, cadangan dan penambahbaikan daripada mahasiswa/i.

‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009

UPSI

Advertisements

5 thoughts on “Berita daripada Bahagian Akademik (II)

  1. sEBAGAI PELAJAR DARIPADA BORNEO SAYA HARAP AGAR SAUDARI DAPAT MEMPERTIMBANGKAN LAGI MENGENAI CUTI STUDY WEEK TU KERANA KEBANYAKAN DARIPADA KAMI TELAH MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG SEKITAR 9 HINGGA 11 BULAN 5.

  2. To : susah hati
    InsyaALLAH saya akan lanjutkan perbincangan mengenainya dengan bahagian akademik untuk melihat pros dan kons nya.

  3. saya pelajar upsi yang berasal borneo amat sedih bila tahu mpp telah memohon study week kerana saya dah beli ticket penerbangan bagi cuti semester ini. ramai budak borneo dah beli ticket balik kampung. sekira terdapat perubahan,kami akan menghadapi masalah. saya tahu saudara memohon study week ada untuk kita. ada study week menang bagus, tapi ticket penerbangan saya dah beli. saya berharap tidak perubahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s