Menemui Kebesaran ALLAH di KERIS 09

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

KERIS 09, (Kem Jati Diri Muslim 09) ,telah selamat melabuhkan tirainya pada 26 Januari 2009. Kem yang dijadualkan 24-26 Januari merupakan anjuran Kelab Rakan Surau Ar-Rashidin bersama dengan Biro Latihan & Pembangunan Sahsiah Kolej Harun Aminurrashid meninggalkan kesan yang bermakna kepada saya terutamanya. Ini merupakan anjuran julung-julung kalinya, dan  saya selaku ahli rakan surau telah  mendapat taklifan sebagai unit pengisian dan modul berusaha memberikan yang terbaik kepada para peserta biarpun masih banyak ruang yang menuntut untuk diperbaiki.

Andai ada lafaz yang lebih mulia daripada ucapan terima kasih, itulah lafaz yang ingin saya ucapkan kepada para peserta KERIS 09 kerana komitmen yang cukup baik dan sahabat-sahabat urusetia, biarpun ada beberapa perkara yang menjadi halangan kita. Semoga kefahaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.

Apa yang paling bermakna, adalah semasa slot muhasabah yang berlangsung pada pukul 1pg-3 pg, menemukan kami dengan kebesaran ALLAH. Slot ini diadakan khas untuk para peserta bermuhasabah dan bermunajat. Kalimah ALLAH ditemui dalam gambar yang kami ambil.

SLOT MUHASABAHdsc05266

Ini pertama kali saya menyaksikannya, dan ianya bukan dibuat-buat. Malah, kami selaku urusetia melihat gambar ini berkali-kali. Subhanallah. Kami menemui kebesaranMU ya ALLAH.  Pancaran api lilin yang kami susun dan letakkan pada setiap peserta untuk bermunajat  membentuk kalimah ALLAH. 

Walaubagaimanapun, setiap perkara yang berlaku harus diambil iktibar dan pengajaran. Dan sememangnya, saya sentiasa berharap agar program seumpama ini dijadikan program wajib tahunan untuk Rakan Surau Ar-rashidin, InsyaALLAH.

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Unit Pengisian dan Modul

KERIS 09

13 thoughts on “Menemui Kebesaran ALLAH di KERIS 09

  1. salam. bestnya dpt menikmati kekuasaan Allah. alangkah ruginya tidak dpt join. rakan dah ajak tp ntah napa boleh terlupa nk join. teringat pun bila terserempak dgn rakan tu memunggah brg sabtu lepas. cantik gambar tu, banyak kalimah Allah yang wujud.

  2. salam..qilah..
    tolong tunjukkan mana kalimah Allah.. naik juling jugak tgk..tapi tak nampak…
    subahanallah…terkejut ana..rugi tak dapat sertai keris…seday hati..Allah…

  3. SubhanaALLah…MAHA SUCI ALLAH..
    inilah terjemahan kepada hati yang betul-betul memohon taubat pada Allah..
    Pada malam tersebut, Allah terus buktikan bahawa Allah MAHA MENERIMA TAUBAT..maka marilah kita memohon keampunan dari Allah andai ada melakukan kemaksiatan kepadaNYA..

  4. Subhanallah…..Allah maha Besar….
    ni adalah kebesaran Allah tuk dintunjukkn kpd makluknyer..yg bermunajat kpd Nya

  5. assalamualaikum..ya Allah..terkedu ana seketika…maha suci Allah…..melihatkan kebesarannya kpd hambanya..utk direnung dan berfikir secara bersama…
    ALLAHUAKBAR…

  6. Subhanallah..
    Alhamdulillah, syukur pada-Nya kerana memilih diri ini melihat kekuasaan-Nya yang luar biasa ini.
    mmg tak terkata apa-apa masa tengok gambar ni
    Inilah kekuasaan Allah Yang Maha Agung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s