Destinasi Abadi

Bismillahirrahmanirrahim

Jujurnya saya masih dalam keadaan terkejut dan sedih, namun saya gagahkan jua semangat yang sedikit hilang untuk terus menulis.Berita kehilangan dua sahabat saya benar-benar memberi kesan.

Baru sahaja saya duduk berbincang dengan mereka, bertukar pendapat dan merencana beberapa perkara. Namun berita yang diterima pada awal pagi sememangnya pahit untuk diterima.

Allahurrabi.

Saya yakin ALLAH lebih sayangkan mereka.Pemergiaannya secara tiba-tiba. Mana mungkin saya lupa setiap gerak kerja islam dan pembawakan sahabat-sahabat saya yang telah pergi.

Akhirnya pesan sahabat mengingatkan saya semula.

Kata-kata abu bakar sewaktu kewafatan Rasullah s.a.w, ‘sahabatku, jika kamu cintai sahabatmu, sesungguhnya sahabatmu telah tiada lagi, namun, jika kamu cintai ALLAH, sesungguhnya ALLAH akan sentiasa bersamamu’.

Redha dan bersabar.

Sama-sama kita doakan moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. Ameen. Tiada daya untuk saya mencoret, hanya untaian doa buat sahabat-sahabat yang telah pergi akan terus mengiringi mereka di destinasi yang ABADI.

Alfatihah buat Almarhum Mohd Fadhiri bin Mohd Arifin.
Alfatihah buat Almarhum Mohd Faizol bin Abd Shukur.

Kapan bila waktunya buat diri?

6 thoughts on “Destinasi Abadi

  1. Salam..

    sungguh semangat bagai diragut pergi…namun terfikir dalam diri, bila pula giliranku menyusul nanti?? cukuplah mati sbg peringatan…

  2. Salam… Sungguh hanya Allah yang mengetahui kesedihan ini. Namun, impian dan semangat mereka akan diteruskan.

    Sampai kita bertemu mereka di Syurga Insya Allah.

    Maut kita pasti akan datang…

  3. Assalamualaikum wbt..

    Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali..

    Ana sempat menziarahi dan menatap wajah arwah Fadhiri di Hosp Teluk Intan. Walaupun kematian disebabkan oleh severe liver damage, tetapi wajah arwah kelihatan berseri-seri tanpa ada raut kesakitan..

    Semoga mereka tergolong dikalangan ‘amilin yang terulung di sisi Allah Taala

Leave a comment