Langkah baru

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Terlalu cepat putaran masa. Baru semalam saya diajar, dan esoknya saya pula yang perlu mengajar. Masa pinjaman allah perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Masih banyak lagi amanah yang perlu diselesaikan. Akhirnya saya tiba di bumi sungai pelek, membawa seribu satu gagasan amanah untuk dilaksanakan sebaiknya. Misi kali ini bukan sekadar misi kosong, tujuannya bukan sahaja untuk mengajar, namun untuk mendidik anak-anak bangsa yang menuntut hak-hak mereka dari seorang guru.

Kali ini sedikit berbeda keadaannya, dahulunya punya sahabat-sahabiyah yang terdekat untuk bersama, namun kali ini penempatannya berasingan. Saya yakin ada hikmah disebaliknya. Pesan pada diri, buat yang terbaik, kerna mungkin tiada lagi punya kesempatan dan peluang yang lain pada masa akan datang.

Moga-moga dengan ilmu yang dipelajari sedikit sebanyak membantu saya dan sahabat-sahabat sekalian untuk diaplikasikan sepenuhnya nanti. Saya pasti lakaran dan corak yang berbeza akan dihasilkan dengan sentuhan masing-masing dalam pengajaran kelak. Titiplah pengalaman dan ilmu sebanyaknya, saya yakin ianya membantu kelak.

Selamat berpraktikum buat semua, jadilah seorang guru yang sentiasa tiada jemu mencurahkan keringat demi memberi setitis ilmu!

Saya kirimkan ayat-ayat cinta buat kalian, buat pembakar semangat diri.

“Adakah kamu mengira bahawa kamu akan memasuki syurga

sedangkan kamu belum menerima dugaan seperti orang-orang Mu’min

yang terdahulu dari kamu? Mereka telah ditimpa malapetaka dan

kesusahan dan mereka telah digoncangkan ketakutan sehingga Rasulullah

s.a.w dan orang-orang Mu’minin yang ada bersamanya pernah bersungut

bilakah tibanya pertolongan dari Allah? (Lalu dijawab): Sesungguhnya

pertolongan Allah itu amat dekat.” (2:214)

Cikgu Nur Aqilah Hanis

SMK Sungai Pelek.

Advertisements

7 thoughts on “Langkah baru

  1. excuse me teacher…may i go out?practice ntah beratus kali nak tuturkan ayat tersebut, namun sekarang, mungkin situasinya berlainan…renungkanlah wahai semua bakal pendidik anak bangsa…tanpa mu manakan lahir seorang doktor yg cekap seperti diriku….

  2. Salam rindu untuk sahabat come..
    InsyaAllah, buat yang terbaik..insyaAllah kita boleh buat yang terbaik..walau kita jauh namun hati kita akan sentiasa bertaut..
    Selamat Berpraktikal sahabatku, Cik Qil..

  3. Pelajar sekarang lebih pandai dari guru. Hati-hati, takut kena tipu.

    Semoga kuat jadi guru. All the best… Ada apa-apa yang nak minta tolong, Insya Allah ada mampu boleh dibantu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s