Bumi UPSI yang saya tinggalkan..

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah

Benarlah, bila kita mula menjadi pelajar semula, semakin banyak masa untuk kita peruntukkan untuk online. Dalam erti kata nama lain, saya sudah mula terasa ingin aktif menulis semula.

Masa yang ada perlu saya gunakan untuk mencari maklumat-maklumat disamping semakin cakna dengan isu yang berlaku di sekitar.  Apatah lagi dengan bebanan assignment yang semakin menuntut untuk di’selenggarakan’ kadar yang segera menyebabkan saya lebih ‘rajin’ untuk online.

Blog guruohguru ini sejarahnya bermula sejak saya dari semester 3 di upsi.

Kini, saya cikgu dalam masa yang sama saya juga pelajar.

Saya sudah merindui saat-saat kesibukan dengan sahabat-sahabat kampus saya yang dahulu. Masa yang ada semakin dirasa cukup pantas berlari sehingga kadangkala kita lupa banyak sekali perkara-perkara yang dituntut untuk dilunaskan dengan segera. Semua sahabat-sahabat saya sudah bertebaran di tempat masing-masing dalam melaksanakan taklifan sebagai hambaNYA, saya doakan kalian semua sentiasa dalam jagaanNYA. Ameen.

Syukur, saya masih berpeluang untuk menziarahi bumi UPSI, siapalah saya untuk lupa bahawasanya saya pernah menjadi ‘Anak Kandung Suluh Budiman’.

Dari jauh sudah mula kelihatan bangunan ‘pencakar langit’ kolej harun aminurrashid ataupun KHAR yang menjadi tempat saya berteduh sedari semester satu hingga tujuh. Masya-allah, setiap jalan-jalan yang dilalui sememangnya membawa nostalgia sendiri, aduhai saya kini sudah menjadi alumni UPSI.

Bertemu mata dengan adik-adik kampus, mendengar, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sememangnya menjadikan ziarah saya terasa singkat waktunya. Oh, saya sudah tua!.🙂

Terima kasih sahabat saya mawar mas yang tidak jemu menjadi ‘catalyst’ saya untuk laksanakan misi ziarah ini.

Pabila mendengar dan berbincang mengenai suasana kampus di UPSI sememangnya sedikit sebanyak menarik perhatian saya. Isu kebajikan pelajar, PTPTN, KPM , RPA,akademik saya kira sedari dahulu sememangnya masalah ini cukup popular di kalangan mahasiswa UPSI. Saya sedikit ketinggalan mengikuti perkembangan UPSI dek kerana tiada ‘facebook’ . itu hanya retorik alasan saya.

Setiap dasar yang kita laksanakan, perlu dilihat dan dinilai keberkesanannya dalam tempoh lima tahun sebelum dimansuhkan yakni isu RPA perlu diperincikan semula oleh mahasiswa kampus UPSI. Saya masih ingat, turun naiknya rakan seperjuangan saya yang kini berada nun jauh di Sarawak (Cikgu Jajawatie dan Cikgu Akmal Madzir) dalam menjadi golongan ‘pioneer’ untuk program ini. Me’nangguhkan’nya cukup mudah, berbanding memulakannya  seterusnya program seumpama ini terus lenyap di bumi UPSI.

Alhamdulillah, sempat saya menziarahi Naib Cancelor UPSI, Prof Zakaria yang baru sahaja dilantik biarpun beliau sibuk dengan urusan seharian. Saya kira beliau adalah figura penting yang banyak membantu dan menjadi rujukan saya dan rakan-rakan semasa memegang taklifan sebagai mpp akademik dahulu. Tahniah dari saya atas perlantikan Prof!

UPSI tetap dihati

Saya tinggalkan kampus UPSI dengan seribu satu kenangan, saya masih ada tanggungjawab untuk meneroka khazanah ilmu bumi tuhan yang cukup luas dan indah. Ziarah saya bukan bermakna berakhir di sini.

Pengajian master saya perlu disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, peluang untuk terus belajar dan belajar, selagi masa masih ada perlu saya manfaatkan. Perjuangan saya belum berhenti. Moga-moga redha ALLAH terus mengiringi. Ameen.

Teman-teman doakan saya!

10 thoughts on “Bumi UPSI yang saya tinggalkan..

  1. (^_^) syukran my buddy (6_^)..awok telah membuat kesimpulan sepanjang 2 Hari Satu Malam ziarah kita..bagus2, sesungguhnya ramai yang menanti karya Cikgu Aqilah yangbernas lagi bergaya..
    ” Ya Rabbul A’alamin..Engkau permudahkanlah segala urusan sahabatku..”

    • Cikgu Mas, saya tunggu awak jadi junior saya di UPM.🙂
      ya allah, KAU satukanlah hati kami untuk bertemu dan terus mentaati perintahmMU. ameen.

  2. jazakillah khairan kathira kak Qilah & kak Mas A sbb sudi meluangkan msa bersama kami..

    Kami sentiasa m’doakan urusan akak berdua dipermudahkan Allah..=D..

  3. Saya juga x lupa sy pernah menjadi Anak Kandung Suluh Budiman..sy masih igt lg bait2 lagu itu yg kt pernah lafazkan bsama..

    smg langkah awk ini utk terus menimba ilmu akn mmberi inspirasi kpd sahabat2 yg lain (as you always do)

    moga Allah permudahkan urusan awak qilah..ameen

  4. huh…kalau tak jadi alumni upsi sekarang ni…mesti dok final year medic kat indon…allah memberi yg terbaik buat hambanya…syukur alhamdulillah…

    • oraitlah tu long, 10 years from now, dr aqilah hanis, dr of philosophy in making, insya-allah.

  5. assalamualaikum aqilah.
    lamo sungguh dop menjenguk blog aqilah ni…good luck utk pgajian…aqilah buat mode apa…fiti amik mod B…2 semester lagi perlu habis…tp duk upsi..dop berkembang..haha….good luck utk master…lepas ni kita terbang plak deh blaja kt luar…semoga dipermudahkan urusan Aqilah…amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s