Sedar dari lena

Bismillahirrahmanirrahim

Perlu paksa diri untuk membuat sesuatu yang lebih baik. Hari ini setelah sekian lama, saya gagahkan jua untuk menulis.

Proses adaptasi setiap individu itu berbeza. Sampai kini, sebulan dua bukan masa yang cukup untuk saya. Semalam, hari ini akan datang, saya sendiri tidak pasti bila saya akan benar-benar menerima keadaan yang tersedia.

Kelu

Lesu

Semuanya bercampur baur. Bukan saya tidak membuka blog, cuma saya lebih senang membiarkannnya kosong begitu sahaja, mungkin sedang mencari masa, sehingga tidak berjumpa-jumpa pengakhirannya.

Mencari-cari rentak untuk menulis, melakarkan sesuatu untuk tatapan buat diri dan teman-teman pembaca.

Ini silap diri, akhirnya saya malu sendiri.

Sudah tiba masanya segalanya berlalu pergi. Yang ada kini masa depan yang sedang bersedia dicorakkan.

Realitinya tugas menjadi pendidik sememangnya mendesak emosi, fizikal saya berjalan tiada henti, seakan masa pinjaman 24jam tidak pernah mencukupi.

Lihat sahaja keputusan SPM yang telah keluar, tahniah, pencapaiannya sememangnya yang terbaik sejak 4 tahun yang terdahulu. Lihat juga imbasan keruntuhan masalah akhlak yang semakin merudum tahap prestasinya. Mana yang kita mahu? Saya yakin jiwa-jiwa pendidik sedar akan realiti ini.

Bagaimana tugas ‘menjadikan’ manusia ini semakin hari semakin sukar.

Masyarakat pincang hasil didikan guru-guru yang mementingkan exam oriented sehingga hilang nilainya keseimbangan sebagai manusia. Saya tidak salahkan guru, kerana saya juga salah seorang anggota guru tersebut. Dimana nilai JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial) yang menjadi kiblat dalam falsafah pendidikan kebangsaan? Adakah dilunaskan sebaiknya?

‘saya mengajar matematik kepada abu’ atau ‘saya mengajar abu, matematik’ ?

Mana yang lebih dominan?

Hakikatnya seringkali tersasar. Yang diajar merupakan jiwa-jiwa manusia. Silibus, matapelajaran hanya merupakan ‘medium’.Bila matlamat sudah tersasar maka hasil akhirnya produk yang dihasilkan penuh lompang-lompang yang dituntut untuk diperbaiki.

Gagasan ini gagasan besar.

Pendidik harus faham tugasnya kian lama kian berat. ‘keseimbangan’ yang hilang perlu dikembalikan semula.

Saya sudah sedar dari lena.

Saya masih di sini.

Moga-moga ALLAH redha. Ameen.

p/s : terima kasih teman-teman yang terus ‘mengasak’, ‘mendesak’ saya untuk terus menulis, hasilnya kalian berjaya, biarpun lebih dua bulan, namun saya berjaya juga menulis semula akhirnya. 🙂

Advertisements

5 thoughts on “Sedar dari lena

  1. Alhamdulillah.. Akhirnya dapat baca post dari akak. 🙂 Saya terfikir, Ustaz Hasrizal sendiri hariannya diisi dengan program-program yang memang meletihkan diri. Lihat sahaja, dia punyai seorang isteri yang bila-bila masa sahaja ‘oncall’, dan juga anak-anak yang membutuhkan perhatian seorang bapa, namun sempat lagi dia mencoretkan ilmu dan pengalaman buat para pembaca didalam laman webnya. Masanya begitu ‘BERKAT’…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s