Hijrah saya dari KB ke KL

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah

Sekian lama saya membiarkan blog saya kosong tanpa entry baru. Dan kini baru punya kesempatan. Sedikit ruang ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA kepada semua teman-teman pembaca blog guruohguru, biarpun saya tahu blog ini semakin hambar dengan pengisian. Silap saya, sering dihambat waktu.

Untuk teman-teman yang bakal memulakan tugas sebagai guru 22.11 nanti, TAHNIAH dan SYABAS kerana kalian merupakan insan terpilih untuk mendidik generasi pelajar-pelajar pada masa kini dan akan datang. Setiap setitis ilmu yang dicurahkan akan menjadi saksi buat kita semua di akhirat kelak, insya-allah. Mulianya tugas guru, perlu ikhlas.

Dengan bermulanya cuti sekolah juga, saya baru sahaja selesai menamatkan sebuah lagi perjalanan saya sebagai seorang guru di maahad. Perjalanan saya tidak akan terus berhenti. Insya-ALLAH saya akan teruskan di sekolah baru pada masa yang ditetapkan di SMK SERI SENTOSA, KUALA LUMPUR.  Rezeki saya di Kuala Lumpur. Saya sedar cabarannya.

Saya harapkan doa kalian moga saya terus mampu mendidik pelajar-pelajar saya menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat di samping berjaya untuk meneruskan ijazah kedua saya kelak, insya-ALLAH.

‘Selamat Hari Raya Eid Adha’

Hijrah memerlukan pengorbanan. Dari kota bharu ke Kuala Lumpur, yang pasti, saya perlu teruskan. Teman-teman doakan ye!

Advertisements

7 thoughts on “Hijrah saya dari KB ke KL

  1. Assalamualaikum.Salam ziarah..tahniah teruskan kerja mulia anda.Hamba pernah berkhidmat di bumi Kenyalang..tempat dimana umat Islam adalah minoriti.Insya Allah jika cabarannya lebih hebat,tadhiah dan jihad kita juga lebih bermakna.laksanakan tugas dengan ikhlas demi agama Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s